Saturday, January 1, 2011

'Ctrl A' dan delete

`Perkenalan dengan dirinya bukanlah sesuatu yang dirancang. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ataupun lebih dikenali dengan nama PIPP pun tak ada. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 pun tak ada. Ianya berlaku dengan sekelip mata. Ia bukan la magic tapi ianya punyai kuasa (power) tersendiri bagaimana ianya dimulakan. Seperti terhasilnya api yang membakar bangunan. Ia terhasil dari percikan api yang kecil lalu membentuk kuasa yang mampu melenyapkan apa jua jenis bahan dan meninggalkan abu sahaja di muka bumi ini. Hubungan ini terbina dengan rasa kasih dan sayang. Aku sayangkan dirinya. Ya. Aku tidak nafikannya kerana ia mempunyai bukti. Time mesej dengan dia, aku boleh senyum sorang-sorang, mengelamun dalam kelas, mandi tak lalu, tidur termimpi dirinya, makan terkenang senyumnya. Kalau masuk hospital, aku akan dihantar ke ER (Emergency Room), kemudian barulah dihantar ke ICU. Sayang itu lahir dari hati bukan dari paksaan mahupun ugutan. Itu aku sokong. Bila kita sayangkan seseorang, segala perkara berkaitan dengan dirinya, kita teruja ingin tahu.
“Berilah saya peluang untuk menyayangi dirimu.” Aku terdiam. Aku menyepi diri buat seketika waktu. Aku sudah mengatakan kepadanya, selain dirinya, ada lagi yang berharap denganku. Aku tidak mengatakan yang aku ni cantik atau bergaya. Aku hanyalah perempuan biasa. Yang bisa menangis bila terluka dan ketawa bila bahagia. Aku berkawan dengan ramai lelaki. Aku menganggap semua mereka adalah sama. Selepas perhubungan sebelum ini, menemui jalan buntu, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.  Bukan lari dari masalah, namun untuk mengelakkan hatiku diluka lagi. Aku tahu, ada antara mereka yang cuba membina hubungan dengan aku. Serius atau tidak, itu aku tidak pasti. Ada yang setia disisiku walaupun tahu aku sudah ‘berpunya’ masa tu. Ada juga yang menyepikan diri kerana tidak mahu mengganggu hubungan aku dan dia..
“Saya tidak sempurna awak. Saya banyak kekurangan. Saya tidak sebaik yang awak fikirkan. Saya…” Aku tidak mampu untuk meneruskan ayat “Tiada istimewanya saya ni….kat tempat awak belajar, ramai lagi yang lebih layak untuk bergandingan dengan awak..” Aku menahan debaran dihati. Aku senang berkawan dengannya kerana dia seorang yang caring dan suka nyanyikan lagu untuk aku. Jiwa remaja lah katakan. Hihi. Petikan gitarnya boleh membuatkan tangisanku berhenti dan membuatku kembali tersenyum. Aku tidak menyangka dia ingin sesuatu yang lebih dari seorang kawan dariku. Aku menolaknya dengan cara yang paling baik. Aku tidak ingin melukakan hati sesiapa lagi. Puas untukku menangis. Dia tidak berputus asa untuk mengambil hatiku. Akhirnya, hatiku terbuka untuk menyayanginya dengan harapan dia mampu menghadiahkan kemanisan dalam hubungan yang baru dibina ni. Aku tidak mendambakan dia sempurna, cukuplah bagiku dia dapat menerima siapa diriku. Namun, panas yang ku harapkan, tidak sampai ke petang. Gerimis mengundang. Bahagia cuma seketika. Aku ingatkan, dia mampu membuatku kembali tersenyum namun impian tinggal impian, harapan hanyut dibawa arus kekecewaan. Kenangan semalam, umpama mimpi yang hadir dalam lena nan singkat.
Aku bukan pujangga cinta yang bisa menuturkan puisi nan indah untuk santapanmu setiap masa.. Aku juga bukan ahli nujum yang bisa menembusi hati dan membaca benak fikiranmu..Aku hanya manusia biasa, yang selalu melakukan kesilapan dan melukakan hatimu. Telah aku katakan kepadamu, aku tidak sempurna dan jangan jadikan ketidaksempurnaan diriku sebagai alasan untuk kau meninggalkanku. Jika kau masih menggunakannya sebagai jambatan kukuh untuk kau bahagia, kau teruskanlah. Walaupun aku tidak sebaik dan sesempurna perempuan lain, namun aku masih punya perasaan untuk merasa sedih bila ditinggalkan dan bahagia bila disayangi.
Suatu ketika, bondanya mesej dengan aku via celcom sms. Aku reply via maxis pula. Berapa sen la sangat. Bonda dia baik. Tapi sayang, aku tidak sempat untuk bersua muka dan berjabat tangannya. Insyaallah, suatu hati nanti kita akan berjumpa juga. Aku tidak pasti, apa yang menyebabkan dan mendorong bondanya memberitahu kepadaku akan pandangannya tentang bakal menantunya(awek mantan aku) tu. Apa yang dia mesej, jadi rahsia aku dan bonda dia (ayah aku pesan, jangan aibkan orang, tak baik.). Aku tersenyum seketika. Dalam hatiku berkata,’Nak wat camner, itu pilihan anak makcik’, tapi aku tak sampai hati nak luahkan. Aku tak burukkan awek mantan aku tu. Dia pun perempuan macam aku jugak.  Nak dikatakan aku ni baik, tak jugak..jahat pun tak jugak (tapi adalah sikit..hihihi). Walaupun aku boleh dikatakan perangai jahat, tapi aku tak lah jahat sangat sampai nak apikan orang. Kalau aku nak hasut bonda mantan ku ni dari tak terima awek anak dia ni, boleh jer (niat jahat dowhh..hehe). Tapi, tak ada faedah aku nak buat camtu, tak untung satu sen pun. Itu hal dorang anak-beranak. Aku cuma mampu cakap, ‘kalau makcik bosan, saya kan ada =)..’ Bonda dia tak wat salah kat aku. Yang sakitkan hati aku, anak dia. Jadinya, tak wajar untuk aku lupakan dan bencikan bonda dia sekali...kawan aku cakap, kalau kita buat baik, jangan cakap...nanti orang cakap, kita tak ikhlas pula...hihi..
Dua tiga hari selepas itu...terkejut beruk juga aku bila mantan aku ni, mesej aku via digi sms. Opss, salah. Via celcom sms. Nombor digi aku dah semadikan dalam tong sampah. Biar dia aman disana. Hihi. Dia cakap, dia baca blog aku. Bacalah. Itu hanya penulisan semata-mata, yang selebihnya hanya aku sendiri yang rasakan pahit maungnya. Aku nak mesej dia, aku segan. Dia yang buang aku dulu, dia tolak aku ke lembah duka untuk kedua kalinya. Tambahan pula,  dia dah jadi tunangan orang. Tak nak la ganggu hubungan bahagia dia dan Cik Cinta barunya. Aku bukan nak cakap besar a.k.a takbur la, tapi kalau setakat mantan aku ni, aku tak ‘heran’ da. Dulu pun, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kat dia...hehe..tapi bila da dapat aku, dia hadiahkan kekecewaan dan kelukaan untuk aku, hehe..Terima kasih juga untuk dia atas hadiah yang bernilai itu.  Kawan lelaki lain aku cakap...aku mampu dapatkan yang lebih baik dari dia. Ayat motivasi ketika frust. Haha. Bagi aku, dia nak bertunang ke, kahwin ke. Haa,itu dia punya pasal maaa. Yang penting, bukan aku yang mesej dan cari dia. Aku tak nak dikatakan, ‘merobohkan’ masjid. Berdosa. Tuhan marah. Kalau katakan Tak Nak pada rokok, tak apa la juga. Hehe.
Aku cerita la kat mak aku, sebab mak aku ni da macam bendahara tak rasmi aku. Mak aku cakap,’Jangan pedulikan la Ngah. Dia dah bahagia. Tak baik ganggu kebahagiaan orang lain.’ Aku mengangguk bagai burung belatuk daaaa. Mana tak nya, pekene ulam pegaga dengan ulam raja petang tu. “Pak Din da kawen ke mak?” Aku menukar topik. Mak aku mengangguk. “Tengok macam kes Pak Din tu. Belum lama bercerai dengan Mak Jah dah nak kawen lain. Dari situ kita nampak, siapa yang memang benar-benar sayang atau hanya nak main-main.” Aaiyoyoyoyo amma! bersambung lagi episod cerita tadi. Aku ingat dah habis. “Biarlah mak. Ngah da tak kisah semua tu. Lantak p dia la. Nak kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, kuak dada ke.” Aku malas nak ambil pusing. “Ngah tak nak ke, kat anak Haji Mail. Anak bongsu dia tahun akhir kat USM. Medic katanya.” Uhuk..uhuk...uhuk...terasa ulam raja bergumpal dan mengekang laluan udara. Mak aku ni, kalau ye pun, sabor ler. Ada jugak yang mati tercekik makan berulam. Isk!
Aku merenung bintang dilangit. Purnama. Tiba-tiba aku boleh teringat kat mantan aku ni. Aku memerlukan keikhlasan dirimu tika bersamaku, bukan tekadmu dalam meninggalkanku dan menolakku ke lembah duka.. Aku tidak mampu untuk berkata-kata lagi kerana kau sudah bahagia. Ya. Aku hanya mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya aku tahu, dimana takat beku dan leburnya cinta yang kau agungkan dulu. Semudah wap disejatkan dan air dikondensasikan oleh haba, begitu juga kasih sayangmu. Usah kau hadir lagi dalam hidupku. Kerana kehadiranku terlebih dahulu kau ‘Ctrl A’ kemudian ‘delete’. Aku tak tergamak nak buat benda yang sama walaupun dia pernah mengecewakan harapan aku. Dia pun manusia biasa juga sepertiku. Aku belajar menerima hakikat hidup. Apa yang kita impi dan harapkan, tidak selalunya akan kita perolehi. Bila kita sudah belajar menerima hakikat, apa yang berlaku terhadap diri kita, kita akan mampu menerimanya dengan hati yang terbuka, insyallah.
Kita adalah insan menumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana
Kita adalah hamba berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaanNya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan di hancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Kehidupan ini menjadi lebih bermakna jika orang lain menghargai kehadiran kita disisi mereka. Kadang kala, rasa rindu hadir. Tempat jatuh lagi di kenang, apatah lagi tempat berkasih. Aku tidak mengharapkan dia turut merinduiku, kerana ku tahu, rindunya bukan milikku lagi. Aku percaya, suatu hari nanti, aku mampu melepaskan rasa rindu itu kepada yang lebih berhak. Bila aku pejamkan mata, aku hanya melihat dirinya. Walaupun terluka, kenangan itu masih ada. Biarlah tahun 2011 membuka ruang baru untukku memulakan hidup baru. Apa yang dah berlaku, biarkanlah. Apa yang penting, aku masih punyai matlamat untuk meneruskan study, kemudian kerja. Cinta?? Akan ku fikirkan kemudian. Lebih baik aku kira bintang dari kira bilangan manusia yang menyakitkan hati aku. Hehe. 1..2..3..4..5..6..7...
“Ngahh..ohhhh Ngah..g tdo sana.  Dah tak ada kerja lain ke. Baik kau kira berapa hari lagi nak SPM..tak pun, g kira buku yang kau belum baca..” Alah mak ni. Spoil betul. Ada ke sebut pasal SPM. Sebut lah pasal nak kahwin ke, nak dapat adik baru ke...hehe..Baru nak syok tengok bintang. Nak tak nak, aku masuk bilik dan menyambung penulisan cerpen yang terbengkalai. Ku fikir-fikir tajuk yang sesuai. Apa ekkk....?? “Ctrl A dan Delete”...idea yang bagus!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...