Saturday, January 1, 2011

Tentang Dirimu

Hari ni aku tak kerja. Jadinya, aku menghabiskan masa yang sangat berharga ni dengan merehatkan badan aku yang terasa sengal-sengal segala urat sendi. Eh,mana pergi jam loceng aku ni? Tanganku merayap mencari dimana jam locengku tercampak. Aku membuka mata. Kat mana ek? Adui. Aku menyelak kain selimut. Tak ada. Bawah bantal pun tak ada. Bawah tilam kot. Aku duduk bersimpuh. Tilam nipis itu aku lipat dua. Pun tak ada. Mana nih? Handphone pun tak leh pakai. Bateri kong a.k.a empty! Jam rumah ni pun tak boleh pakai. Dah berapa tahun bateri jam tu tak diganti. Pukul 1 memanjang. Entah 1 pagi atau 1 malam. Aku dah janji nak kuar dengan Udin petang ni. Aku stersenyum. Aku membongkokkan kepalaku mengintai bawah almari pakaian. Kat sini rupanya kau ya ayam. Hehe. Jam loceng KFC ni merupakan jam loceng yang kelima sejak setahun aku bekerja di restoren makanan segera ni. Mana nak tahan, setiap pagi kena baling sebab sibuk nak bangunkan aku. Hehe. Kesian kau. Hehe. Baru pukul 1 tengah hari. Aku mengemas tilam, melipat selimut dan mandi. Aku bersiap untuk keluar dengan Udin. Aku melihat mukaku dicermin. Handsome juga aku ni rupanya. Hihi.
Aku memulakan tugas seperti biasa selepas cuti sehari. Aku bertugas di bahagian back up dan supplyvase dan masak. Semuanya lelaki disini. Rata-rata kat sini, sebaya aku. Lepas tingkatan enam, tak ada rezeki nak sambung study, kami cari kerja untuk menampung hidup sendiri. Dapat la juga bagi seratus dua kat mak abah kat kampung buat belanja adik-adik sekolah. “Zan, ada awek baru la.” Udin datang dari belakang lalu menepuk bahuku. Nasib baik tak terjatuh ayam yang dah siap digoreng ni. Aku sekeh juga mamat ni. Aku melihat Udin tersengih-sengih macam ayam baru dapat baja. Haha. “Lawa tak Din?” Amin menyampuk. Tajamnya telinga kalau sebut pasal perempuan. Udin mengangguk. Aku meneruskan kerjaku. Malas nak ambil pusing. Kerjaku masih belum siap. Kang tak pasal-pasal kena tegur oleh manager.“Zan,meh sini jap.” Udin memanggil. “Kenapa? Kerja aku masih belum siap la Din.”. “Ala. Jap jer pun. Kau suruh Amin ganti kau jap.” Aku mengalah. Kalau tak dilayan karenah si Udin ni, tak dapat kerja kita dibuatnya. “Apa dia?”. “Kau tengok awek tu.” Aku memerhati gelagat awek yang dikatakan oleh Udin. Aku lihat dia tersenyum. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Cantiknya dia. Aku dapat rasakan hatiku berbunga kembang setaman. Aku menyambung kembali tugasan aku yang belum siap. Namun mataku masih terbayang-bayang seraut wajah yang murah dengan senyuman itu. “Engkau ni kenapa Zan? Gelisah semacam jer aku tengok. Mengelamun pula tu.” Aku terkejut tatkala Amin menepuk bahuku. “Eh, tak ada apa la.” Aku meneruskan kerjaku, namun hatiku memberontak untuk mengenali awek misteri itu. Semasa rehat, aku mendekati awek misteri tersebut dan mencuba untuk mendapatkan nombor telefonnya. Try and error. Tak cuba tak tahu. Bergetar juga lututku. Namun, usahaku tidak sia-sia. Dari situ, bermulalah hubungan kami. Nama dia Basmina Hanani. Manis nama tu, semanis orangnya.
“Saya bukan tak sayangkan awak Nani,tapi keadaan tak mengizinkan untuk kita terus bersama.” Aku lihat matanya sudah mula berkaca. Aku tahu dia terluka. Nani tidak menengking jauh sekali untuk mengungkit apa yang dia dah lakukan untuk aku selama aku bercouple dengan nya. Dia memang wanita yang baik. Wang ringgit, masa dan pengorbanan yang dia dah lakukan untuk aku tidak pernah sama sekali dia ungkit pun. Dia hanya diam dan menundukkan wajahnya tatkala aku memutuskan hubungan dengannya. Selepas memberi salam, dia memutuskan talian. Aku tidak menyedari air mataku mengalir. Lelaki juga seperti wanita. Mereka terluka bila kecewa, dan mampu mengalirkan air mata jika tergores perasaannya. Namun, kami selaku pemimpin kaum Hawa, kami tidak akan sesekali untuk menunjukkan kami lemah dihadapan mereka. Sesekali, aku terimbau kembali kenangan aku dengannya. Aku benar-benar menyayangi Nani. Nani cukup sempurna di mataku. Dia baik, mendengar kata dan pandai menjaga dirinya. Namun, aku lakukan semua ni sebab aku tidak sampai membiarkan dia terus makan hati denganku. Dia selalu mengadu denganku, dia rindu denganku. Berat untukku mendengarnya, apatah lagi dia yang merasa dan menanggung beban rindu itu. Aku juga sepertinya.
Tiada kata harus ku lafafazkan
Tuk ku nyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai
Aku jua, sepertimu kasih.
Merindumu sepanjang hayatku,
Sabarlah menanti hadirku
Walau berjauhan, walau kesunyian
Ku tetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkin kan terlerai selamanya....
(Cinta Antara Benua – Arni Nazirah)

Indah bintang malam ni. Rasa ketenangan yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata tatkala aku melihatya. Basmina Hanani. Basmina maksudnya senyuman. Sesuai benar dengan dirinya yang suka tersenyum. Rindu untukku mendengar gelak tawa dan senda guraunya. Sesungguhnya, dia gemar bergurau dan akulah yang selalu dijadikan sasaran. Walaupun jauh dimata, namun dia tetap dekat dihatiku. Bulan Februari tahun depan tamatlah kursusku. Lepas tu, baru aku masuk Unit Marine Engineering (TMK – teknisyen marin kuasagerak) bahagian engin, aircond, paip air dan sistem melawan kebakaran atau fire fighting. Amran, teman sebilikku menyanyikan lagu Kau Ilhamku. Petikan gitarnya meragut lamunanku. Basmina Hanani. Ilham siang dan malamku. Purnama malam ni kelihatan sungguh indah.
Indahnya sewaktu kita bersama,
Terasa bagai di syurga,
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku...
Sehingga kini ku masih terbayang,
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita..
Setelah ku kehilangan dirimu,
Seluruh hidupku kegelapan,
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan...
Cinta suci biarlah ia pergi
Demi kebahagiaanmu,
Ku relakan kau pergi dariku..
(Petikan lagu Ku Relakan Kau Pergi - Okey)

Aku mengelap airmata yang jatuh. Betapa berat ku rasa beban perasaan yang aku tanggung sekarang. Aku sangat merindui dirinya. Terasa janggal untukku menghalang rasa rindu itu hadir. Namun apakan dayaku, Nani lebih berhak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dariku dan yang selalu dekat dengannya. Aku tahu, keputusan yang aku ambil ini melukakan hatinya dan hatiku, namun aku sayangkan dia. Aku nak dia dapat terbaik dalam hidupnya. Tambahan dengan kerjayaku sekarang, aku difahamkan aku akan selalu belayar kerana aku bertugas di unit engin. Aku lebih rela melepaskan Nani daripada terus melihatnya terseksa kerana berjauhan denganku.

“Nape ni bro?” Aku terkejut. Amran ku lihat memakai bedak sejuk seperti malam-malam sebelumnya. Nak jaga muka katanya. Kejadahnya mamat ni. Aku menggeleng.
“Cuba kau tengok bulan tu.” Aku mendongak. Sekali lagi aku teringat dengan Nani. Dia sangat menyukai pemandangan malam. Dia suka melihat bintang malam. Dia selalu mengatakan, jika aku merindui dirinya, lihat bintang dilangit. Nescaya dia juga merindui diriku kerana kami akan melihat bintang yang sama. “Bulan tak pernah kesunyian. Nak tau kenapa?” Aku menggeleng. “Kerana bulan sentiasa ditemani bintang kejora. Begitu juga hidup ni. kena teruskan juga walaupun sakit.” Aku menoleh. Meletus juga tawaku dengannya. Sengal. Suka suki dia jer nak buat andaian dan perumpamaan. “Terima kasih.” Aku menepuk bahunya. Dia tersenyum. “Kita kan kawan Zan.Kalau dia ditakdirkan untuk menjadi suri hidup kau, walau kemana pun dia pergi, dia akan kembali kepada kau juga.” Aku tahu, Amran cuma ingin menggembirakan hatiku. Memang betul katanya. Hidup mesti diteruskan walaupun jalan yang dilalui berliku. Aku merancang akan membawa Nani berjumpa dengan keluargaku bila aku balik untuk menghadiri perkahwinan Kak Ngahku. Aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk hubungan kami berdua ini. Aku juga tahu, hari esok tetap menjadi rahsia sehinggalah kita melaluinya. Namun, aku harap rahsia itu akan menghadiahkan sebuah kebahagiaan dan memberi sinar baru dalam hidupku yang singkat ini,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...