Wednesday, March 27, 2013

SK Kuala Muput, Tatau

Bismillah dan assalamualaikum.. Harap maaf,sebab baru sempat nak update blog. Entri kali ni aku tulis khas sebagai tanda penghargaan aku kepada SK Kuala Muput, yang menerima kedatangan aku kat sana. First time terima panggilan dari JPN Sarawak, aku agak terkejut bila dorang cakap aku dapat kat skola tu. Benda pertama yang aku wat, aku search kt google, cari kat mana SK Kuala Muput tu & maklumat pasal skola tu. So, aku aku booked flight ticket ke Bintulu dari Kuching pada 17hb.03.2013. Dan2 lak, xlama pas tu, kawan aku inform nama utk Penilaian Khas Zon Sarawak da kua. Dugaan~ Nama aku ada. Penilaian Khas tu 19.03.2013. Pening pale jap +.+ .. Nak tak nak, aku terpaksa 'burn'kan ticket ke Bintulu, sebab nak g Penilaian Khas kt Hotel Hilton, Kuching. Aku booked ticket sekali ag ke Bintulu ------> 20.03.2013, Rabu : Flight aku dari Kuching ke Bintulu. Perjalanan mengambil masa dalam sejam gak la Sampai Bintulu, aku naik teksi nak ke Pekan Tatau, kos teksi dia dalam rm73. Perjalanan dalam 30-40 minit gak la dari airport Bintulu ke Pekan Tatau -------> Dari Pekan Tatau, aku tnggu kawan aku amek. Kat ctu ada kedai muslim jugak, kena pandai cari la. Aku rehat jap ngan adik aku (escort) kat kedai yang aku non muslim nyer, aku minum air soya tin jer. Nak makan, x yakin akak Halal ny. Nk gerak g kedai lain, xdan sebab barang byk giler aku bawa. Hehehe~ ------> Dari Pekan Tatau ke Jeti Sangan perjalanan ny dalam setengah jam lebih gak la. Berhenti rehat sementara menunggu uncle driver boat tu smpai Daripada Jeti Sangan menuju ke SK Kuala Muput, perjalanannya mengambil masa dalam sejam lebih kalau air nya surut, kalo air pasang lak, dalam 40-50 minit cam tu la. . ini lah jeti Sangan.. Long boat ni bleh muat dalam 10 orang, tengok pada muatan barang. Sekali naik dalam rm200. Kalo ada 10 orang, bahagi la. rm200 dengan 10 orang, dapat la rm20 sorang. Aku tengok air terjun ni masa otw nak g skola tu. Air terjun ni sangat unik, tepi sungai dalam hutan. Kalo ada rezeki, insya Allah, aku nak g sana. Macam sejuk jer air dia. ini adalah antara gambar yang sempat aku snap. Kesimpulan awal, sekolah ni rasa sunyi, tenang dan nyaman. ni gambar anak2 aku kat prasekolah. Ada yang datang, tapi ramai yang tak datang. hehe. Semoga aku mampu menjadi seorang pendidik yang berkualiti, dan melahirkan anak bangsa yang menjadi pemangkin kemajuan negara. p/s : kalau ada pertanyaan pasal sekolah ni, bleh jer follow kat twitter aku Cik Hana Nirah. sekian, wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...