Saturday, October 15, 2011

‎BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG

bismillah... 1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa. ... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. 3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya. 4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. 5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya. 6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia. 7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua. 8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. 9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan. 10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya (anonymous) wasalam...

Tuesday, September 6, 2011

raye!

bismillah...

- sebelum terlambat, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua..


ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena..
Semoga di maafkan..kerana memaafkan lebih baik..

wasalam..

Friday, August 19, 2011

terima kasih

bismillah..

Berterima kasihlah pada orang yang telah…
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

wasalam..

Wednesday, August 10, 2011

stalker ag..hehe

bismillah..

inilah hasil stalker ku d fb org len...sharing is loving... :p

♥Lelaki yg Baek -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA♥
♥Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid♥
♥Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah♥
♥Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari♥
♥Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT♥

wasalam

Tuesday, August 9, 2011

dugaan d bulan puasa

bismillah...

-first at all..nak tanya, my lovely readers apa khabar..?? harap2..anda berada dalam naungan kasih Allah, x kira muslim or not.. :) ..
- puasa x..?? hehe..alhamdulillah, masuk hari ni, da 10 ari puasa...jdnya, tggal 20 hari ag..hehehe..I LIKE!...bukan apa...sbb rindu kat mak..ayah..adik.. :( -
- praktikum so far, alhamdulillah, cuma 1st observation..agak mengecewakan...nak menangis pun ada..sbb da janji ngn ayah, nk dapat A praktikum...hadiah utk dia ngn mak...demi menenangkan hati yg kuchiwa ni..kol ayah jap...ayah ckp."xpe..manusia x di lahirkan terus pandai..sbb 2 kena belajar dari kesilapan"...waaa...menitik juga air mata..sayang mak! sayang ayah!...syg ketat2!..syg beribu2 lemon....hehehe-
- anak2 kat orasekolah semuanya baik2...ada yg x puasa,ada yg puasa...yg x puasa, cergas semacam...buat aku sakit jiwa...hehehe..yg puasa, boleh la dgr kata, kalo x..nak jugak aku bw satu botol besar air suam..hahaha..opssss! puasa.....-
-cuma..terkilan satu benda la masa...baru aku sedar dan terasa sendiri..bahawa hati manusia ni susah hendak di duga keinginannya....biarlah...biar orang wat kat kita, jangan kita wat kat org...sbb Allah 2 Maha Mengetahui segalanya :) ..-
-masuk minggu kedua puasa..da dapat kad raya dari seseorang..hahaha...awalnya..dia ckp, dia nk jd org pertama bagi..hehehe...kad dari Memory Lane.. :)-
-tengah menghitung hari nak balik kpg....da 8 bulan x balik....rindu sgt2...da x leh tahan rasanya....ingat mak,ayah,adik...nak jer pp ni basah..-
-hargai mereka selagi mereka masih ada :)-
-awak....sy tau, ati awk bukan utk sy da....awk bersama dgn sy, krn siapa sy pd masa lalu awk..bukan kerana syg 2 sendiri...sy cuma minta, jgn lukakan hati sy seperti sebelumnya....jika da xda rasa syg d hati, bg tau...sy akan terima..jgn sy d DUAKAN..its painful..-

p/s :: ingatlah..apa yg kita wat..ia bermula dgn niat...baik niat kita, baik la jdnya..begitulah sebaliknya...Yang baik semuanya dtg dr DIA..dan segala kekurangan, kelemahan 2..dtgnya dr diri sendiri..

wasalam...

Saturday, July 30, 2011

puasa..

bismillah...
-first at all..nk tanya habaq u'all sume..hope sihat2 eh.. :)-
-dah sebulan gak aku x update blog..ehm..bz dgn anak2...tambah ag xda idea nak write apa2..-
-x lama ag nak puasa...aku nak ucap..SELAMAT BERPUASA..puasa lek lok ye..jangan puasa yak yok..nak ajar gak anak2 aku ni berpuasa..hehehe..-
-tb2..teringt satu benda yg aku xnak ingat...ehm..da setahun jugak rasanya..nak wat cmner..Allah menentukan segalanya :)-
-apa pun...semoga puasa tahun ni jd puasa yg jauh lebih baik dr tahun2 sebelumnya..ubat segala rindu, penawar segala duka..-

wasalam..

Friday, July 1, 2011

pantun...?

bismillah..

nk berpantun jap..ngee~

bukan mudah menampi selasih,
selasih sudah bercampur arang,
bukan mudah bercerai kasih,
kasih sudah bercampur sayang...

anak cina main gelombang,
duduk bersimpuh di tepi kali,
tuan umpama bunga nan kembang,
tetap subur di dalam hati

pohon yang tinggi menjulang biar merendang,
biar berbuah akarnya tetap terpacak di Bumi..
biar kaya, biar sehebat mana,
jati diri, budi bahasa kita kekalkan..

wasalam...

Tuesday, June 28, 2011

kebuhsanan + ketensionan = stalker :D

bismillah..

-ehm, buhsan nya bila aku xdapat nak siapkan homework yang lecture kasi...haktuihhhh!..pening *~* ..esok nak submit, tp apa yg aku wat pun aku x tau....makkkkk...tolonggggggg..-
- demi nak menghilangkan tension kat kepala hotak aku nih, aku buka la fb aku yang satu ag..aku ada 2 fb..yg 1..utk komersial, utk kenal ramai org..yg satu ag nih..private ckit..yg tertentu jer tau...-
- Aku terbuka satu wall hamba allah ni....tetibe lak ati rasa bunga2...flowering...wawawa..td tension kemain, bukak fb, terus hilang tension...hahaha..murid2 zaman skunk..iskkk..isk...hehe..-
- kat wall 2 tulis...'baby syg abg'..'ayang syg b'..wawawawa....bestnyerr~..aku lak rasa flowering...haha..tumpang sekaki.. :p .. tapi kalo da selalu sgt tulis cmtu..meluat lak aku nengok..mcm nk tunjuk jer..diam2 dah la.. :p -
- pe pun skunk ni, aku da x kesah...esok lecture nak marah ke...nak swoh wat tarian kodok ke....nyanyian secara solo ke...aku pasrah jer r, paling kurang pun, dia swoh nyanyi...lantak p r..nk sgt dgr suara aku...wawawawa....wat tension jer pk sume 2, sedangkan aku mmg x reti nak wat...baik x yah wat dari tension sendiri..(dasar pemikiran sendiri)...hahaha..-
-minggu depan da start praktikum 2 bulan....ehm, tp x sedia ag..cmner 2..?? hehe..rilex sudeyhhh :)...what goes around comes around.. -
-jom ramai2 tgk TRANSFORMER...ngee~ -

p/s :: apa yg penting...syg diri sendiri terlebih dahulu :) ::

wasalam...

Sunday, June 26, 2011

sekilas cuma..

bismillah..

-aku tersentap d saat membaca satu post d wall fb seniorku..sungguh aku x menyangka ada manusia sanggup melontarkan kata2 sebegitu kpd kami..bakal pendidik..-
- hina ke menjadi seorang guru..?? rendah sangat ke martabat kami d mata masyarakat dan insan itu terutamanya..?? -
- kenapa mesti membandingkan profesion kami dengan profesion yang lain...setiap profesion mempunyai fungsi nya yang tersendiri...jangan hanya kami pelajar maktab, kami dilihat sepicing cuma..disindir dengan jelingan yang menusuk sukma.. cubit paha kanan, paha kiri terasa... -
- kami tidak mampu menjadi seperti doktor...tapi kami MAMPU MELAHIRKAN SEORANG DOKTOR bahkan MENTERI sekalipun...!-
- pesan ku kpd insan yang 'bertuah' tu....ingatlah, anda xkan kemana tanpa ilmu yg guru anda pernah berikan kpd anda suatu masa dulu....dengan ilmu dari guru andalah, anda mampu menjadi seorang doktor yg berjaya..-
-jika doktor gagal menjalankan tugasnya, maka dia hanya menyakitkan seorang pesakit..tetapi andai kata seorang guru gagal menjalankan tugasnya, maka rosaklah seluruh generasi yang di ajarnya..renungkan lah-

wasalam..

Tuesday, June 21, 2011

anekdot yg aku suka :)

bismillah...

aku just nk kongsi apa yg aku baca d Mastika..majalah ni antara majalah feveret aku,sbb aku suka cara penulisan writer dia..impress how he write that story :)..ok, ni kisahnya..

Ketika matahari sedang memancar terik di atas kepala, seorang anak muda melihat ada seorang lelaki tua mundar mandir sendirian di gigi pantai. Lelaki tua itu diperhatikannya mengutip sesuatu di pasir, kemudian memasukkannya dengan cermat ke dalam laut. Perkara itu di lakukan berulang-ulang kali, sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri pantai.
Anak muda ini memakai topinya, kemudian menghampiri lelaki tua berkenaan. Apa yang dilihatnya ialah lelaki tua itu sedang terketar-ketar mengutip tapak sulaiman yang banyak terdampar di sepanjang pantai, kemudian memasukkannya seekor demi seekor ke dalam laut.
"Kenapa pak cik buat semua ini?" tanya anak muda itu selepas memperkenalkan diri.
"Air laut sedang surut, sedangkan sekarang ni matahari tengah terik. Kesian haiwan-haiwan ni," jawab lelaki tua itu sambil melepaskan seekor lagi tapak sulaiman ke dalam air.
"Tapi pak cik, pantai ni berkilometer panjangnya, pak cik takkan terdaya sampai ke penghujungnya. Tapak sulaiman ini pula terlalu banyak, bertaburan di sepanjang pantai. Apa yang pak cik buat ni takkan dapat mengubah apa-apa pun," kata anak muda itu lagi.
Lelaki tua tersenyum. "Memang betul...tapi ia akan dapat mengubah nasib setiap ekor tapak sulaiman yang pak cik selamatkan ini".
- hati orang tua penuh dengan kasih sayang. perasaan itu sangat halus, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi insan / sesuatu yang mereka kasihi. tetapi orang muda tidak memahaminya dan sukar menyelaminya. sebaliknya, orang muda sering lupa dan memperlecehkan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua..-

..mungkin tak terlambat untuk aku wish HAPPY FATHERS DAY kpd semua ayah.bapa..papa..daddy..abah.. terima kasih kerana sanggup bersusah demi mencari rezeki untuk keluargamu :)...

wasalam..

Friday, June 17, 2011

selamat hari jadi ayah~

bismillah..

-first at all, aku nk wish, Selamat Hari Jadi kpd my truly hero in my life...masa aku jatuh, dia pimpim tanganku, lap lututku yang berdarah...lap air mata ku...dan kemudian memeluk sambil di usap ubun2 kepalaku...saat aku tak bersuara,saat aku x mampu nk menghadapi dugaan di hadapanku...saat aku takut untuk mengangkat muka menghadapi manusia di sekelilingku....engkau ada, engkau sentiasa bersamaku....memberi ku semangat, agar jangan mudah mengalah...terima kasih AYAH :)..angah syg ayah! syg sgt2.....-

-maaf ayah..angah x dapat nak bagi hadiah kat ayah...angah suma dapat minta kat Allah, supaya insan yang angah syg sgt2 nih, sentiasa sihat, selamat dan murah rezekinya....angah x mampu nk hadapi hari2 tanpa mendengar nasihat dan kata2 semangat dari ayah...terima kasih ya Allah kerana mengurniakan dan memberi aku seorang ayah yang sentiasa ada untuk anak2nya :) -

- bagi readers yang beragama islam, sedekahkan al fatihah kepada ibu bapa anda setiap hari walaupun mereka masih hidup....itu merupakan doa kita supaya mereka hidup dalam keadaan yang murah rezeki dan sihat sejahtera...kpd yg da kehilangan mak atau ayah..atau kedua2 nya..salam takziah dr sy....jgn lupa sedekahkan alfatihah utk mereka..,.-

wasalam...

Monday, June 13, 2011

nk rest jap :)

bismillah...

- lately busy jaga baby(babysitter)..2 yg x sempat nk update blog..hihi-
- miss my reader..:) -
- "awk dengan siapa skunk?" - soalan lazim untuk aku skunk..sebenarnya aku x gemar sangat nk jawab soalan subjektif cam ni, sekurang2nya, bg la pilihan..jdkan ia objektif...heee~ tp, terima kasih aku ucapkan kat dorang ni sebab ada jugak org amek berat pasal aku -
- salah ke kalo jwpn aku .."sy selesa dgn keadaan sy skunk..wat masa ni, nk single mingle but not available dulu..:)"- best kot hidup single..hee~ xda orang nk kontrol2..bising..membebel x tentu pasal...cemburu (ni yg aku xleh blah)..n bla..bla..bla....cukup la family terutama mak ayah aku bg sokongan...n dia..hee~-
- aku xnak declare apa2 dulu...nk bg benda 2 jadi n pasti, baru aku kongsi..sharing is loving right..so far, dia boleh manerima y aku x terima cinta dia ag...terima kasih eh awk...hehehe -
- skunk ni...aku cuma nk fikir pasal masa depan...naik cuti ni, maka tinggal setahun lagi aku blajaq kat IB..yeeehuh! akhirnya..jauh juga aku dr tpt 2..hehe -
- alhamdulillah...sekarang aku sudah mampu tersenyum...terima kat mak ayah...kwn2..n dia~..n x lupa kat kpd my lovely readers :)..- apa yg da berlaku 2. let it gone..yg pnting, hidup mesti d teruskan right? :) -
- aku percaya..setiap manusia berhak untuk hidup bahagia, wlaupun cara dia meluahkan dan menginterpretasikan idea kebahagiaan berlaian :)-
- walaupun awk bukan bkn yg pertama..biarlah awk yg menjadi penutup & pengakhiran cinta sy (jiwang lak) :p -

salam sayang untuk semua :)

wasalam..

Sunday, May 29, 2011

sesekali...

bismillah...

lately, susah nk tdo...mcm ada benda yg mengganggu fikiranku...aku xtau apa..tiba2 jer aku leh teringat peristiwa lalu...

- Awak..saya nak awak tahu,saya dah maafkan awak..sy x benci awk walaupun awk da bahagia skunk dgn dia...sy x benci awk sbb awk dulu sggup terima siapa seadanya diri sy....sy x benci awk sbb awk bukan insan yg perlu sy bnci,sbb awk pernah sy syg..-

- Awk..Even if i spent a whole day with you , when you leave i still miss you ..u know y, coz my heart only f u inside it...no one can enter, and you also can't exit from it...BUT...tu semua kenangan lalu, skunk...ia seperti bunga dandelion yang beterbangan d tiup angin....meninggalkan sy sorang -

- Sy rasa mcm d sygi sgt2 time awk pnggil sy 'syg'...tp skunk, dah xda sapa nk panggil cmtu ag...'syg' awk bukan sy da....terima kasih sbb pernah pggil sy cmtu dulu..-

- Kalo sy wat slh..awk akan marah....sy nk ckp, 'jangan marah sy lama2, nanti sy rindu awk'...sampai sekarang, sy x mampu nk ucap perkataan 2...sbb, rindu mmg sentiasa ada utk awk..-

- Saat yg tak boleh sy lupakan smpai skunk...bila sy dah tau ada insan lain d ati awk dulu (3 Okt 2010)..sukarnya utk sy lalui hari2 pd masa 2...betapanya sy lemah bila awk tngglkan sy...betapa sakitnya awk hadiahkan kpd sy.......sampai ati awk -

- Bila sy lihat bintang d langit...sy selalu tanya kat dorang.. 'awk apa khabar eh..?'..-

- Awak.....sy cuma nk awk tau..sy x pernah mungkir janji kita dulu.....selepas sy berjumpa dgn awk, sy da x fikirkan lelaki lain......bg sy, ada awk, sy dah ada segalanya.....mgkin sy dulu x baik, tp dgn adanya diri awk..sy cb utk berubah walaupun awk x menyedarinya......-

- Dulu..sy x leh terima perempuan yg amek awk dr sy....sy benci dia...sy x suke dia...tp, bila sy fikir lama2..baru lah sy sedar diri sy.....utk apa terbang bersama enggang, kalo diri hanya seekor pipit....sy sedar siapa sy..mana mungkin sy mampu mengalahkan dia...sy tahu kedudukan sy d ati awk....sy baru tau, rupanya..selama tu..sy cuma kwn pd awk...kesian nya sy..naif ny sy percaya 'kasih syg' yg awk tunjukkan.....'syg' cuma perkataan yg xda mkna...terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup sy walaupun hanya utk menyakitkan .. :)-

duhai mata, tidurlah syg....usah d basahkan lagi pipiku seperti malam2 sebelumnya..

wasalam...

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur?...

 bismillah

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

wasalam

Thursday, May 26, 2011

c.i.n.t.a

CINTA yang AGUNG ...
adalah ketika kamu menitiskan air mata & MASIH peduli terhadapnya...
adalah ketika dia tidak mempedulikan kamu & kamu MASIH menunggu nya...
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain & kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata"aq turut berbahagia untkmu"....

apabila CINTA tidak berhasil , BEBASKAN diri mu...
biarknlah hatimu melebarkan kembali sayapnya & terbang ke alam BEBAS lagi...
ingatlah...ketika CINTA itu MATI..kamu TIDAK perlu MATI bersamanya kerana kamu akan menemui SESUATU yg amat berharga selepas itu....

Friday, May 20, 2011

Beruntungnya seorang wanita…

bismillah....

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Alah akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami
Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…

Sepenuh Jiwa & Raga…

Wallahualam…

wasalam..

Friday, April 22, 2011

andainya lelaki tahu...

bismillah

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
p/s : ku terbaca di fb, dan ku kongsi dengan readers semua..
wasalam

Wednesday, April 20, 2011

tinta hanna~

bismillah
Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua
Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan
Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku
Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi
Aku terdengar lagu ni kat radio,..dan tiba2 teringat kat seseorang ni…ehm, apa khabar eh dia skunk..? nak mesej tp nk tanya khabar…tp,tangan ni x tertulis mesej dan x mampu untukku tekan butang ‘sent’………terlalu x mampu..dan aku sangat x mampu… L dia ada mesej….nak sgt reply mesej 2…..tp, aku x sanggup nak eply sebab…….dia dh ada insan yg lebih istimewa…..did I out of my mine if I reply his messege..?
Kenangan 2..bukan mudah utk d delete dan d remove…bagiku, kenangan itu sentiasa hidup d hati dan ingatanku..terlalu sukar untukku kikis kenangan itu…..mungkin aku terlalu berdegil untuk tidak menerima yang lain..ehm..entah la…… biar masa yg menentukannya…
wasalam

Friday, April 15, 2011

sEmOgA bErbahAgia

Bismillah…
Ni last day aku kat SK Telok Gadong, Klang  Selangor…..berat rasa ati ni nak tengok wajah anak-anak aku sume tu time salam nak balik..
>>syafia,fatihah,maisarah a’dnin,idham,syazwana,nureen, alya, irfan, aqashah, syafiq, syafiqah, nailah, zahrin, fitri, danial, izharuddin, ayunie, atika arisha, azam, syuhada, aided, wan alia, hana maisarah, aiman, shamil izzat<<
Cikgu akan rindu awak semua…… L
Kepada seseorang..aku ucapkan selamat berbahagia ke akhir nyawa..Terima kasih kerana menunjukkan kebenaran yang selama ini tersembunyi di sebalik kata-katamu..Terima kasih kerana telah menunjukkan bagaimana rasa kawan yang sebenar..terima kasih..aku doakan kau bahagia dengan dirinya..amin.. J
Maafkan aku selama mana kau mengenali diriku….Seperti janjiku kepadamu…Tidak akan pernah ku mengganggu kebahagiaanmu…akan ku pegang janjiku itu.. J
p/s : ari ni sy ingat dia..sy rindu dia..tp dia ?..
terima kasih J
Wasalam..

Saturday, April 9, 2011

chopppp!


Bismillah…

First at all..nk ucap berbanyak terima kasih kepada yang wish befday aku ari tu…..terima kasih sebab masih ingat 
J
Second..maaf la, lama x update blog..bz ckit dengan praktikum..insyaallah, minggu depan (15 April 2011) tamat..alhamdulillah, setakat ni, aku sentiasa dikurniakan 
kesihatan yang baik….

Third..aku berharap agar readers sume sentiasa happy..senyum…dan bahagia hendaknya..Jika sesuatu perkara atau kejadian yang tak di ingini berlaku, 
hadapinya dengan satu senyuman…kerana sesungguhnya ada hikmah untuk itu..

Salam sayang untuk anda sume.. J
Wasalam..

Saturday, March 26, 2011

..hard 2 say...


bismillah...

tiba2 terasa rindu

nak dengar suara dia..
nak dengar gelak tawa dia...
nak dengar celoteh nakalnya mengusikku..
nak dengar dia merapu dan mengarut bila di usik...hihi..

rindu...

nak keluar makan sama2..
nak di suapkan (cecececeh)...
nak di lapkan peluh kat mukaku macam biasa...
na tengok dia bersusah payah mencari makanan untukku...

rindu..
nak tengok dia tersenyum..
nak tengok dia merajuk bila di usik
nak tengok dia melatah di cuit..
nak tangok dia menangis bila aku cakap nak tinggalkan dia (sebenarnya gurau jer tu)..ngee~
nak tengok kemanjaan dia..
nak tengok muka nya bila marahkan aku yang degil ni..hihi..

TAPI..
aku tau tu mustahil..
aku tau tu tak kan pernah berulang..
aku tau sume tu angan2 yg tinggal kenangan..
dan..
aku tau..
aku dah pun di tinggalkan...

biarlah rindu tu..
aku jer tau :)

--wasalam--

Sunday, March 20, 2011

cinta itu miliknya...

---bismillah---

aku terbaca sesuatu frasa di blog kawan..


 "awak adalah tangki oksigen saya..saya mampu bernafas dengan adanya awak..sekali hati awak jauh dari saya, saya sesak nafas..tersekat saluran pernafasan saya...terasa rosak anggota dalaman saya....."


aku terdiam tanpa kata..aku terkesima dengan kata-kata yang terzahir dari writer tu...ehm, betapa dia menyayangi dan mengagumi wanita ini.......aku kehilangan kata-kata apabila mengetahui bahawa writer ni dah tahu, wanita ni dah ada pilihan sendiri...dia masih menanti dengan penuh pengharapan.....aku baca satu persatu tinta hatinya.......sungguh dia pencinta yang setia........segala yang berkaitan dengan dirinya dan wanita itu, dia ingat, dia simpan dalam hati.......indahnya...dimana akan ku berjumpa dengan lelaki seperti ini.....


sayangnya dizahirkan dengan kata-kata
cintanya dibuktikan dengan pengorbanan
kasihnya di temani dengan kesetiaannya kepada si jantung hati...

aku berharap...suatu hari aku akn berjumpa dengan lelaki seperti itu........sesungguhnya..aku masih menunggu.....dan..
ku doakan agar dia menemui kebahagiaannya kerana keikhlasannya menerima wanita itu seadanya..

-------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...