Monday, February 28, 2011

dandelion..

*    *    *
dengan nama Allah maha pengasih lagi maha penyayang


dandelion..
tiba2 aku terfikir...bagaimana la jika kasih manusia seperti dandelion..
bahagia..?? derita..?? ataupun kedua2nya..

dandelion ni cantik...sesuai dengan namanya...
begitu juga dengan cinta....nama yang cukup indah..
kasih - sayang - cinta
Taj Mahal - Shah Jahan & Mumtaz
Romeo & Julie
contoh yang cukup gah!

namun..
dandelion ni juga cukup unik sifatnya...
bijinya akan di terbangkan oleh angin ke tempat lain..
dan bermulalah satu kehidupan yang baru...
begitu juga cinta..
ia akan sentiasa beralih arah jika kita tidak pernah di takdirkan untuk memiliknya..
cukup rasanya untuk sedetik cuma..

jangan berumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak..

percayalah..
setiap kejadian dan dugaan punyai hikmahnya
setiap ketentuanNya mempunyai sebab dan alasan
sakit pun kena telan..pahit pun kena makan..

kebahagiaan akan di duga dengan kedukaan
dan 
kedukaan akan di susuli dengan kebahagiaan..
usah di kenang benda lalu..
anggap itu mimpi yang menyedarkan kita dari terus lena dalam tidur nan panjang..

*     *     *




i WISH you would LOVE me...
and

i will ALWAYS be 
BESIDE YOU UNTIL THE VERY END...

Friday, February 11, 2011

4eVa frEns!

FOREVER FRIENDS!

entri ni, aku tujukan KHAS untuk SEMUA KAWAN-KAWANKU yang sentiasa ada di sisiku selama ini..

THANKS GUY!
I am lucky to have you as my friend,
And I wish our friendship lasts forever..

FRIEND..
Yeah, we're tight and yeah we fight
But through all of it, there's one
Thing that will never change, we'll be
FRIENDS FOREVER..


You're my best friend,
You were from the start
Together we stand strong and we shall never part....
We found a friendship so powerful and true
That I know it'll last forever...
terima kasih....kerana anda aku masih mampu berdiri...
dan sesungguhnya, aku bertuah memiliki sebagai temanku...

Tuesday, February 8, 2011

~ daRipada SesEorAng kEpaDa sEseOrang ~

ef
Perhatianku teralih dengan satu objek cerah bergerak perlahan. Satelit kot. Bintang malam ni kelihatan cerah bergemerlipan. Nak jer rasanya aku petik satu dan aku simpan kat ati yang tika ini sarat merindukan dia. Entahlah, tiba-tiba aku teringat akan dirinya. Masih kah dia mengingatiku seperti mana ada selalu teringat akan dirinya? Aku rindukan dirinya. Ya. Aku merindui dirinya. Salah ke? Aku tak minta pun untuk dia balas rasa rindu tu, cukuplah hanya aku jer tahu. Semakin aku cuba untuk membuang kenangan aku dengannya, semakin ia menghampiriku…

“Abang….” Aku menahan rasa gemuruh di hati. Dia mengangkat mukanya. Dia seolah-olah tahu apa yang tersirat di hatiku saat itu. Dia hanya diam seribu bahasa.
“Lepaskan sayang…..” Aku mengalih pandangan  ke arah laut yang menderu ombaknya. Dia masih diam seribu bahasa. Mungkin itu jawapan yang dia tunggu dan mungkin itu perkataan yang dia nantikan selama ini dariku.
“Baiklah, kalau tu yang sayang nak…abang akan lepaskan sayang. Mungkin itu yang terbaik untuk kita” Akhirnya bersuara juga. Aku menggenggam tisu di tanganku. Aku ingatkan dia akan memujukku kembali dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama untuk kesekian kalinya.
“Assalamualaikum…” Itulah kata-kata terakhir yang ku dengar darinya sebelum dia meninggalkan aku sendiri di belakang dan terkial-kial untuk bangkit setelah jatuh. Aku menggiringi pemergiannya dengan air mata yang sukar untukku tahan. Dia langsung tidak menoleh lagi. Nekad benar dia dengan keputusannya meninggalkan aku.  Aku merenung air laut. Nak jer rasanya aku berlari dan terus melemaskan diriku di air yang sedang pasang itu. Nak jer rasanya, aku menjerit..’Abangggggggggggggg, jangan tinggalkan sayang!!’ namun…….aku hanya mampu menjerit di sini saja..di hati yang telah di hancurkan rasa kasih sayangnya. Aku terduduk. Tidak terdaya untukku berdiri menahan beban yang teralas di bahuku.

3 tahun menyulam cinta, namun hancur dan musnah kerana kecurangan. Mungkin di sebabkan kami jauh, maka hati  mula berubah. Kehadiranku mula diganti, kekosongan di hati semakin terisi dengan cinta yang lebih harum mewangi. Aku jarang balik ke kampung, bila ada cuti, baru aku dapat berjumpa dengannya. Kesetiaan  yang aku harapkan, kecurangan yang di hadiahkan. Apa la salah aku menyanginya sampai dia tergamak menyakitku sampai begini sekali. Aku hanya inginkan kepastian dalam hubungan kami, namun jawapan yang diberikan samar-samar kepadaku. Aku meraba, terjatuh dan bangun sendiri demi mencari jawapan itu. Perasaanku didera dengan kedinginannya. Jika aku tidak memulakan mesej, maka sehari suntuk dia tak akan mesej denganku. Alasannya yang selalu menyebabkan aku terluka. ‘I am busy.’ Busy sangat ke sampai nak mesej bertanya khabar pun susah. Kadang-kadang mengalir juga air mata bila merenug HTC Desire aku ni, menunggu mesej darinya. Kadang-kadang sampai tertidur aku menunggu calling seperti yang dia janjikan. Aku diamkan jer. Mungkin betul dia busy. Kalau aku call, selalu jer waiting. Client dia kot. Akhirnya, aku sendiri mendapat tahu, hati nya sudah terisi dengan orang baru. Tersenyum luka di buatnya.  “Sayang percayalah, hanya sayang di hati abang. Dia cuma kawan lama abang jer…”, itulah ayat biasa di lafazkan olehnya. Namun, itu dulu. Sekarang…….dulu dan sekarang,banyak sangat perbezaannya, namun hanya satu yang masih seperti dulu………. ingatanku terhadapnya masih sesegar seperti sebelumnya..
Untuk apa aku menahan dirinya, sedangkan hatinya bukan untukku lagi.... Lebih baik aku yang mengakhirinya walaupun aku tahu, aku kan lebih terluka. Namun, aku masih ada maruahku sendiri. Biarlah apa pandangan manusia-manusia yang berada di sekelilinganya dan sekelilingku. Mereka hanya mampu melihat aku terluka, namun kelukaannya hanya Tuhan dan orang yang pernah mengalami kelukaan yang sama tahu bagaimana rasanya apabila cinta yang diberi, tuba yang di balas ganti.  Walaupun peristiwa ni dah lama berlalu, namun kadang-kadang aku rasa dirinya begitu dekat denganku. Aku pun tak tahu, malam ni……aku rasa sangat rindukan dirinya hinggakan aku boleh terpanggil ‘abang’ ketika gelas di tanganku jatuh…..dan rasa rindu tu, aku sampaikan pada bayu malam,agar tidurnya malam ini, penuh dengan ketenangan dan dia mampu  tersenyum untuk menempuhi hari esok.............sesungguhnya, sayangku untuk dirinya memang telah ku janjikan dan ku ikhlaskan hanya untuk mengasihi dirinya.. dan aku tidak meminta balasan untuk itu....

cd

Monday, February 7, 2011

wonderful DAY.. :)


alkisah bermula...
1- "Camner nak start moto ni weh? ko try lak.." Aku lak yang kena..aku try r, tp x dapat jugak...wat malu jer!..haha...turun saham, dah la mamat hensem tengok.. *-* Last2, kawan aku tu jugak yang dapat start..hihi...entah doa apa yang aku baca pun aku tak tahu..hehe...
2- Naik moto dengan minah ni, first ever dalam hidup aku..was2 pun ada jugak...aku tak kawen ag..haha..tempat yang ingin di tuju, Amcorp Mall kat Petaling Jaya..x la jauh sangat dari tempat aku belajaq.. ada la dalam 10 minit camtu.. :) Sampai kat Amcorp, soalan ini yang aku dapat.."Nak mintak kerja eh?" Aku mengangguk.."Dah tau dah..." Dalam ati aku, sabar jer r..nak jugak aku sekeh mamat ni..Aku bukan nak mintak kerja la bang, tapi nak mintak sponsor untuk aktiviti yang akan kita orang wat 19Feb ni...
3- The Sphere kat Bangsar South lak pas ni. Nak g kat Carrefour, try our best nak dapatkan sponsor lain lak....ni la first time gak aku g situ..nampak macam jakun jer aku ni...hehe..Dah tau jalan, pas ni, boleh la aku lepaking kat situ...hihi...."Oh mak engkau!" Terkejut beruk aku bila kawan aku ni melanggar bumper....Sikit lagi nak wat aksi stunt aku kat belakang....Seriau aku naik moto dengan minah ni lagi...dia boleh gelak2 lagi, sabor jer la...hehe.
4- Kami g Mydin kat Masjid Jamek pas tu...ingatkan nak berhenti kat Dataran Merdeka, nak mencapap jap dengan tourist, tp x jadi..hihi..Agak frust r bila x dapat nak mintak sponsor dari Mydin..bukan pe, dia cakap kalau nak mintak sponsor, kami mesti pergi ke main place dia, branches x ada sediakan untuk sponsor. Dia bagi kad, 'Subang Jaya'..Mak aieh, jauhnya! Jalan pun kami tak tau...alih2..aku dengan geng aku ni, merayap la kejap dekat pasar kat situ, survey2 harga emas (macam kaya) and beli anak tudung untuk selendang (nak hilangkan rasa kecewa la kononnya)......
5- Kami singgah ke pasar malam dekat kerinchi sebelum balik, beli makanan untuk berbuka puasa...

Walaupun penat, aku sangat untuk happy dan bahagia hari ni..sebab aku buat banyak benda kali pertama untuk hari ni.....terima kasih kat kawan aku ni, yang da wat aku serik naik moto dengan dia lagi..hahaha....walau apa pun..hari ni, memang hari yang indah...what a wonderful day (",)

Sunday, February 6, 2011

assalamualaikum,,..
Lama da aku tak singgah kat sini....bukan pe, aku lebih suka tengok dan baca blog orang lain,..hehe...tambah ag, xkan nak wat cter sedeh jer kan, sekali sekala, nak gak tulis cter yang happy...hihi..tp, mcm mustahil jer...
Azam semester ni..nak repair balik pointer..nk dapat 4 mcm susah, tp x mustahil..hehe...Nasib baik mak & ayah tak bagi syarahan free sebab pointer drop, kalau x, cair telinga beb!..kihkihkih...salah aku gak, orang lain dok sibuk belajar, aku dok sibuk melayan perasaan...syukur alhamdulillah gak la x fail and repeat(mana nak letak muka kalau fail, siap dengan nama lagi tu), and pointer keseluruhan masih atas 3.6.. tingkatkan usaha! (mood : bersemangat dengan mata yang berkaca2)..hahaha..
Tak lama lagi, nak g praktikum da..tak lama, sebulan jer...rindu ngan IB (klise jer)..hehehe....3 sem lagi, insyaallah, selamat tinggal untuk IB..dan aku berharap agar dapat kat tempat yang aku idamkan..aminnnn..mintak2 la di makbulkan, supaya aku mampu mengikhlaskan janjiku pada dia....... :)

ucapan sempena CNY

  • tak terlambat rasanya untuk aku wish Happy Chinese New Year (CNY) kat sume, x kesah la sesiapun..just a wish.. :)
  • salam takziah untuk keluarga Kak Rozni & Abang Jep yang baru kehilangan puteri kedua mereka kerana lahir pramatang dan masalah kesihatan dalaman yang lain...Allah lebih menyayangi dirinya, sesungguhnya dia akan menunggu kehadiran ibu dan ayahnya di syurga...
  • buat kawan2 yang akan berkahwin pada cuti sem ni, selamat pengantin baru ye!..hehe..insyaallah, kalau aku tak balik, aku g...nak bungkus lauk banyak2...hakhak..
  • buat kawan2 yang nak bertunang lak...selamat bertunang..& kepada yang dah selamat bertunang, aku doakan anda berbahagia dengan si dia..


p/s : kebahagiaan di lengkapi dengan kedukaan..maka, simpanlah sedikit senyuman dan kebahagiaan hari ini untuk esok...kerana esok belum pasti ia milik kita... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...