Wednesday, January 5, 2011

Chipot Chedut 2....


Hehe. Apa la buku ni. Tergelak sendiri aku baca satu buku ni. Intipatinya lebih kurang macam ni…
Biarpun kamu sudah tahu si dia telah pun ada pengganti kamu namun tidak salah menunjukkan kamu masih sudi bersamanya sebagai sahabat. Caranya? Tetap SMS sesekali sekadar bertanyakan khabar. Buat sementara waktu kamu perlulah menahan perasaan sayang dan cinta kamu terhadapnya dengan menjadi sahabatnya bukan kekasih. Namun dalam masa yang sama, tetap lakukan usaha-usaha untuk memikatnya kembali. Mungkin dengan cara ini nampak kotor tetapi best women win.. Ada pulak? Hehe. Apa la..dia dah bahagia, dah ada kehidupan sendiri, jangan di ganggu kebahagiaannya. Just doakan jer la. At first tu, mungkin sakit untuk di terima, pahit untuk di telan, namun yakinlah pada diri sendiri, anda mampu lakukannya. Mungkin frasa ni sesuai untuk insan-insan lain di luar sana, tapi bukan aku. hehe. Aku terkecuali sebab aku….sebab aku..tak pernah bercinta. Hahaha. Bagi pendapat peribadi aku la kan, semakin kita nak mesej dia, semakin susah kita nak lepaskan perasaan itu. Aku tahu macam mana perasaan tu.Lain la kalau kita tak tahu dia da ada awek baru.  Tu lain ceritalah. Tapi, kalau kita dah tahu, tak payah la nak susah-susahkan diri nak mesej. Buang kredit jer. Sakit hati pula tu bila dia cerita pasal awek baru yang kononnya sempurna dan baik. Hehe. Tak perlu lah nak jalinkan sangat hubungan persahabatan. Hanya terdapat dua pilihan, sama ada nak jadi kawan selamanya atau nak jadi bekas awek di masa akan datang. Pilihan di tanganmu. Usah di raih lagi tangan yang telah menolakmu ke lembah duka.  Usah di baja lagi kasih yang sudah layu dan jatuh berguguran di Bumi.
Lebih baik mulakan hidup yang baru. Kalau dia mampu cari awek baru, tak kan kita tak mampu, ya dak? Ehm..lama gak aku berfikir. Aku bukan hendak mengungkit kisah sesiapa, apa lagi untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun aku pelik, apakah yang di maknakan dengan kata-kata cinta dan sayang kalau hanya di bibir. Baik simpan elok-elok kat dalam peti besi, kemudian mangga dan anak kunci, g buang jauh-jauh kat dalam Jurang Mariana tak pun, dalam gunung berapi. Biar lebur dek panas lava. Yang melukakan tidak tahu bagaimana rasanya insan yang di lukakan, namun aku percaya, dia juga akan merasakannya. Kerana roda tidak selalunya di atas dan panas tak semestinya sampai ke petang. Jangan masa kecewa dan di lukakan, kita yang dicari. Hehe. Kalau dia cari juga, kita g report hospital bahagia, tangkap orang gila talak macam tu. Hahaha. Idea yang sangat jahat!

Aku menyambung lagi pembacaan. Aku tertarik pula dengan frasa “Cinta itu bagaikan butiran pasir, semakin di genggam semakin banyak yang jatuh..” Aku pun tak faham makna si sebalik kata-kata tu. Dalam sangat bahasa tu, tak terselam aku dengan dasar maknanya. Aku menutup buku dan memandang kembali ke arah pemandangan yang ada di sekitarku. Chalet ni berdekatan dengan pantai. Jelas kelihatan pokok bakau berdiri gah di sepanjang pantai. Dia tetap kukuh berdiri walau di pukul ombak dan di landa gelora. Mungkin di sebabkan oleh akarnya yang utuh dan cekal menahan rintangan. Kalau di tebang pun, ia dapat jadi kayu api atau ceracak (palling) bangunan.

Aku menyambung kembali pembacaanku yang tergendala sedari tadi. ‘Apabila Kamu Kecewa’. Macam best jer tajuk ni.
 “Menangis sepuas-puasnya : Walaupun air mata tidak dapat menyelesaikan masalah, namun ianya dapat meredakan hati yang kecewa dan sakit hati. Jadi daripada kamu melepaskan geram dengan orang lain kebih baik kamu menangis sepuas-puasnya. Jangan menahan rasa sedih kamu kerana ianya akan membuatkan kamu lebih tertekan…”…No komen. Kalau masa dengan dia pun kita selalu mengeluarkan air mata, lebih baik berpisah. Jumlah air mata sama jer, tapi tak di nafikan, break off sakit ag berbanding menangis. Hihi.
“Cari pengganti : Tidak perlulah terus mengharap pada yang tidak sudi. Cubalah cari pengganti. Percayalah, ada yang lebih baik dari si dia di luar sana. Cuma kamu sahaja yang perlu buka mata..” Haaa….ni yang aku sokong sangat. Kalau boleh 100.1%. Hahaha. Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan. Lumrah ini tidak dapat di elakkan. Ada sesetengah orang cakap, ‘tak mudah nak cari pengganti, sebab sayang kita kat dia bukan hanya di bibir walaupun cara berbeza pengungkapan itu berbeza’, dan ada juga yang berpendapat, ‘kalau dia mampu cari lain, aku pun mampu cari yang jauh lebih sesuai untuk aku berbanding dia.’  Ikutlah, asalkan tidak menipu perasaan sendiri. Jangan kita menerima insan baru hanya semata-mata hendak merawat luka dan dalam masa yang sama hati kita masih merindui yang lama. Itu menipu namanya. Menipu perasaan sendiri dan turut menipu si dia. Di sini, kita harus faham konsep mengapa kita di temukan dengan orang yang salah terlebih dahulu.

Tapi, jika kamu bertekad hendak memulakan hidup baru dan meraih cinta yang lain pula, tidak ada salahnya. Dimana ada kereta, di situ ada lah highway. Hehe. Mengikut buku ni, pertama sekali kamu mesti ada azam untuk melakukannya. Tanam azam untuk terus melupakan si dia dan buka hati kamu untuk menerima orang lain. Keduanya, kuburkan segala kenangan antara kamu dan dia. Segala pemberiannya hendaklah kamu lenyapkan kerana ia akan menghalang dari kamu menerima yang lain. Ketiganya, bersosial. Bila kamu bersosial dan keluar dengan teman-teman, barulah kamu akan tahu sebenarnya dunia ni luas dan banyak pilihan. Tidaklah hanya bergantung apda seorang sahaja. Banyak lagi, tapi aku malas nak baca. Hehe. Aku juga berazam, akan melupakan kisah lalu. Andai di takdirkan aku berjumpa dengan nya suatu masa nanti, hanya satu perkataan yang ku ingin katakan kepadanya. Rindu? Owh NO…Sayang? Semestinya BUKAN….cinta? hahaha. Agak-agaklah. TERIMA KASIH. Itu sahaja yang mampu aku katakan.  Terima kasih untuk segalanya. Akan ku titipkan apa yang telah berlaku menjadi sejarah dalam lipatan hidupku. Dia dan si dia. Aku dan dirinya. Biarlah ‘dirinya’ menjadi rahsia. Dia cukup istimewa dan terlalu istimewa bagiku. Semalam, hari ini dan esok,…‘HANYA DIRINYA’….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...