Saturday, March 26, 2011

..hard 2 say...


bismillah...

tiba2 terasa rindu

nak dengar suara dia..
nak dengar gelak tawa dia...
nak dengar celoteh nakalnya mengusikku..
nak dengar dia merapu dan mengarut bila di usik...hihi..

rindu...

nak keluar makan sama2..
nak di suapkan (cecececeh)...
nak di lapkan peluh kat mukaku macam biasa...
na tengok dia bersusah payah mencari makanan untukku...

rindu..
nak tengok dia tersenyum..
nak tengok dia merajuk bila di usik
nak tengok dia melatah di cuit..
nak tangok dia menangis bila aku cakap nak tinggalkan dia (sebenarnya gurau jer tu)..ngee~
nak tengok kemanjaan dia..
nak tengok muka nya bila marahkan aku yang degil ni..hihi..

TAPI..
aku tau tu mustahil..
aku tau tu tak kan pernah berulang..
aku tau sume tu angan2 yg tinggal kenangan..
dan..
aku tau..
aku dah pun di tinggalkan...

biarlah rindu tu..
aku jer tau :)

--wasalam--

Sunday, March 20, 2011

cinta itu miliknya...

---bismillah---

aku terbaca sesuatu frasa di blog kawan..


 "awak adalah tangki oksigen saya..saya mampu bernafas dengan adanya awak..sekali hati awak jauh dari saya, saya sesak nafas..tersekat saluran pernafasan saya...terasa rosak anggota dalaman saya....."


aku terdiam tanpa kata..aku terkesima dengan kata-kata yang terzahir dari writer tu...ehm, betapa dia menyayangi dan mengagumi wanita ini.......aku kehilangan kata-kata apabila mengetahui bahawa writer ni dah tahu, wanita ni dah ada pilihan sendiri...dia masih menanti dengan penuh pengharapan.....aku baca satu persatu tinta hatinya.......sungguh dia pencinta yang setia........segala yang berkaitan dengan dirinya dan wanita itu, dia ingat, dia simpan dalam hati.......indahnya...dimana akan ku berjumpa dengan lelaki seperti ini.....


sayangnya dizahirkan dengan kata-kata
cintanya dibuktikan dengan pengorbanan
kasihnya di temani dengan kesetiaannya kepada si jantung hati...

aku berharap...suatu hari aku akn berjumpa dengan lelaki seperti itu........sesungguhnya..aku masih menunggu.....dan..
ku doakan agar dia menemui kebahagiaannya kerana keikhlasannya menerima wanita itu seadanya..

-------

Saturday, March 19, 2011

little friends with big heart

---bismillah--
entRi ni kHas utk sume kawan2..xspecialy my rOomAte

You made me cry and laugh..
You gave me memories..
You taught me many things about life..
You may not be the best friends,..
BUT YOU ARE STILL MEMORABLE..
Now, its time to 'move on'..
I'll be missing you

Our friendship is like a special roses that never withers away....
Even we're not together you always in my heart..

Earth may stop rotating.
.Birds may stop flying..
.Candles may stop melting..
Heart may stop breathing...
But I'll never STOP missing you..
my dearest friends..

p/s : just tc of u...lepas praktikum sebulan ni..kita ramai2 tgk wayang..n lepak2... :)


Friday, March 18, 2011

kerana...itu adalah dia


"Ko nak berkenalan dengan kawan aku tak?"...Soalan ni la yang aku malas sangat nak dengar..KLISE jer sume tu.
"Jantan eh??" Si minah ni mengangguk. 
"Asal kau mengeluh? Ko tak kenal dia ag. Dia keja kat bank tau.." Adeyhhh..tak paham ke minah ni yang aku tak minat nak dengar.
"Cleaner eh? Tak pun guard.." Segedebuk belakang aku kena tamparan. Mak aieh...peritnya ku rasa. 
"Ada ke pulak..Ko nak ke tak nak ni. Ni nombor dia...." Aku angkat g kuanter. Malas nak ambik pusing. Kedengaran kawan aku ni memekik bagai orang tiga suku bila aku malas nak layan.
"Bak sini nombor dia..." Aku ambik jugak, sebab nak jaga ati kawan. Kang dia kecik ati. Dah la dia cakap, dia susah2 cari nombor mamat ni semata2 nak kenalkan aku dengan dia.
"Na..ko nak tak. Shahril ada kawan dengan dak engineer. Ada la sorang dua yang single." Langkahku terhenti. Engineer??? Hehe..aku suka! Tapi...aku tak nak..just suka jer....hihi..
"Cerewetnya ko ni...". Serta merta mood aku hilang mendengarkan kata2 itu. Cerewet?? ehm...Aku duduk di satu bangku menghadap bangunan berkembar kebanggaan Malaysia...Nasib baik dorang dua2 ekor ni kawan aku dari sekolah rendah ag..kalo tak, pekena juga kata2 yg sedap dari aku..
"Memang aku cerewet.......sebab tu Iqmal tinggalkan aku...". Entah la, tiba2 jer aku leh ingat kat Iqmal. 
"Sorry la Na..kita orang tak sengaja.." Terasa berat hendak ku luahkan apa yang aku rasa time ni. Orang nampak aku ok...aku leh gelak2....tp..orang x nampak kalo aku nangis sorang2...orang x tau kalo aku teringat apa yang Iqmal da wat kat aku...Aku diamkan jer..Apa yang berlaku antara aku dengan Iqmal, masih menjadi rahsiaku sampai sekarang...Itu rahsia cinta kami, dan sekarang masih menjadi rahsia....aku tak ceritakan kepada sesiapa cacat cela dia...orang cuma nampak, kesilapan aku...
"Aku tak kisah dia keja apa, technician, askar, driver lori, kuli, pekerja ladang..apa ke..........aku tak peduli dia anak siapa.......aku tak akan bersuara kalo dia pernah jadi suami orang sebelum dia jumpa aku, dia pernah jual anak dara orang sekalipun........aku tak kisah sume 2........yang penting, hati dia., keikhlasan dia untuk terima diri aku seadanya...yang boleh hargai kehadiran aku kat sisi dia...."..Aku merenung langit yang ditaburi dengan bintang2 yang bergemerlapan..Cantik..
"Dah la tu Na...kita orang tak sengaja.."
"Apa maknya kalo dia ada degree...master..phd..kalo aku ni dia buat macam sampah!"..
"Ko jangan samakan lelaki lain dengan Iqmal...."
"Its ok Akma..Aku dapat terima da nape dia tinggalkan aku dulu..yang penting, korang ada untuk aku.." Gugur jua air mata yang ku tahan. Kawan2 la ada denganku masa aku keseorangan dulu, dan mereka sentiasa ada untukku...

p/s : terima lah dia seadanya, hargai dia...apa yang telah berlaku dengan nya suatu masa dulu, anggaplah itu kesilapannya dan belajarlah menerima kekurangan nya itu..dan cuba lengkapi dengan kelebihan yang ada dengan kita.. :)

Friday, March 11, 2011

ku hanya ingin kau tahu....

ef

Tidak semudah itu….. Aku merenung lama kat senarai friends request. Aku bukan tak nak comfirm kan request dorang tu, tapi aku takut. Takut orang yang sama menyamar dengan menggunakan account baru. Setakat ni, ada 98 friends request yang aku terima. Dan dia yang ke 98. Terkejut beruk jugak aku. motif dia add aku balik??? Ehm..entah la..malas aku nak ambil pusing. Tak semudah itu untuk aku berbaik dengan orang yang tergamak lukakan perasaan aku. Dulu…dia sendiri yang mencanangkan satu dunia, bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang insan yang sungguh sempurna sifatnya.. Aku yang tidak mengukur di mana aku berdiri…di mana aku bersandar menumpang teduhan kasihnya….dahulu juga, bukan main lagi, ‘tak nak luka kan ati si dia’..sekarang, apa motif untuk add aku balik?? Untuk sakitkan ati aku lagi. Ehmm.. cukuplah Ahmad Iqmal………
Aku tak sangka…dia akan mucul lagi dalam hidupku. Bertahun aku menahan rasa di hati akibat perbuatannya dulu. Aku bangkit dengan rasa hati yang musnah. Sesungguhnya aku selalu membayangkan hidup bersama dengan dirinya. Aku,dia and our daughter jalan-jalan kat tepi tasik waktu petang. Aku akan merangkul lengannya dan our daughter akan berada kat dakapan dia. Sesekali dia akan mencuit hidungku. Namun……aku tahu…aku sedar…..aku bukan sesiapa dalam hidupnya untuk menumpang kasih itu..Bayangan itu yang selalu menggamit rinduku padanya. Dia mampu membuatku jatuh sayang dengannya, dan dia juga yang mampu membuatkan ku menahan rasa sakit ini.
Selepas kepergiannya dalam hidupku, tiada pengganti lagi untuk rasa itu. Aku kesepian ketika itu. Tiada teman untuk ku kongsi apa yang aku rasa. Aku terimbau dengan kenangan ketika bersama dengannya dulu. Aku kehilangan rasa percaya kepada cinta dan sayang. Dia meninggalkanku kerana menyangka aku telah menerima insan lain. Tapi hakikatnya…….Tuhan da buktikan siapa yang tergamak khianati cinta kami. Aku lepaskan semua rasa sayang itu kepadanya. Tidak ku tinggal sedikitpun untuk diriku. Aku hanya mempercayai dirinya. Aku hanya ada dirinya. Aku hanya ingin dia tahu, bahawa sayang aku hanya dirinya. Tidak pernah untukku pesongkan kepada yang lain.
Usahlah bersusah payah nak add aku balik…..mungkin kau ada alasan kau sendiri..Walau apa pun alasannya…aku tidak mampu untuk mengulang sejarah yang pernah berlaku dulu…biarlah kau dan aku hidup seperti sebelumnya..Semestinya kau sudah berbahagia, dah beranak barangkali….tumpukan sahaja perhatianmu pada dia……jangan luka kan hatinya seperti mana yang telah kau lakukan terhadapku….Semestinya dia mampu bahagiakan dirimu kerana kau telah memilihnya dengan menolakku jauh dari mu…dan sekarang, x perlu la kau nak mencariku lagi, walau hanya sebagai kawan, ku hanya ingin kau tahu bahawa aku TIDAK memerlukannya...
-terima kasih kerana sudi meninggalku dulu-
gh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...