Wednesday, January 5, 2011

Hanya Untuk Yang Teristimewa....



Hanya untuk seseorang yang teristimewa,
Hanya kerana dirimu teristimewa bagiku,
Dan kerana keistimewaanmu, hatiku terpaut.

Dia lelaki biasa, namun caranya yang luar biasa membuatkan aku tidak mampu untuk jauh darinya....
Suatu ketika aku bertanya,

‘Bilakah detik bahagiamu bersamaku?’
Engkau tersenyum lalu menjawab, “Setiap detik dan ketikaku bersamamu adalah detik bahagiaku Sayang. Tidak ku mampu menulisnya secara zahir. Jika ku ceritakan dari detik 24 November dulu, tidak terbaca olehmu akan luahan hatiku mengatakan betapa aku bahagia bersamamu. Perkenalan dan permulaan hubungan kita ini memberikan nafas baru kepada kehidupan baruku. Dan dari situlah hidupku kembali bahagia dan bersinar.”

‘Adakah kau berbahagia bersamaku?’
“Tiada rasa yang lebih indah selain bersamamu Sayang. Ingin ku hentikan masa, agar aku boleh melihat kecantikan lesung pipitmu tatkala tersenyum . ”
‘Mengarut.’
“Bagiku, semua perkara yang ada denganmu adalah indah. Mata bundarmu membuatku tidak lena untuk tidur. Senyumanmu mampu membuatku nanar jika lama aku tidak melihatnya. Suaramu yang ku dengar setiap pagi mampu mengubati sakit yang ku alami. Dan kemanjaanmu, mampu membuatku gila jika dirimu meninggalkanku.” Ku lihat matanya berkaca. Tentunya dia trauma dengan apa yang aku sudah lakukan kepadanya dulu. Berdosakah aku padanya? Maafkan aku...Dia menyambung,

Andai esok nafasku terhenti,
Ingatlah detik terakhir diri ini..
Andai esok nadiku mati,
Maafkanlah kesalahan diri ini…
Hanya satu yang perlu kau tahu…
Aku bahagia mengenal dirimu

‘Aku tidak sesempurna seperti wanita lain. Aku tidak bertudung litup. Aku banyak kekurangan. Perangaiku. Perlakuanku. Percakapanku. Aku risau, itu akan melukakanmu.’
Engkau terdiam sejenak kemudian menunjuk kearah sepasang pasangan pekak dan cacat. “Lihatlah. Perlukah kesempurnaan itu dalam mengecapi kebahagiaan. Kekuranganmu akan ku lengkapi dengan kelebihanku dan kelebihanmu akan menjadi diriku lebih mampu untuk teguh berdiri. Aku juga tidak sempurna. Mengapa didamba pasangan sebaik Khadijah jika diri tidak sesempurna Muhammad.”

‘Aku pernah melukakan hatimu dulu kerana kenaifanku. Tidakkah kau takut aku akan melukakanmu sekali lagi?’
Dia menggeleng dan tersenyum. “ Bagiku, sejak lafaz kita mengisytiharkan hubungan kita dulu, aku sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan, terutama daripada keluargamu. Selepas ini, aku tidak akan pernah membiarkan dirimu sendirian lagi seperti sebelum ini. Aku berjanji, selagi hayat dikandung badan, aku akan sentiasa ada untukmu. Aku tidak akan pernah membenarkan ada insan lain untuk menyakitimu lagi Sayangku.”. Aku terkesima. Sebegitu sekali dia serik ditinggalkan olehku suatu masa lalu kerana mengejar cinta palsu.

‘Tidakkah kau serik andai hatimu terluka lagi?’
“Aku ikhlas menyayangimu. Aku menyayangi siapa dirimu, bukan bayangmu dan bukan degree yang kau pegang sekarang. Aku yakin, jika kita ikhlas menyayangi seseorang dari hati, walau dimanapun dia berada, dia akan kembali dengan kita, walau dengan apa cara sekalipun.” Dia menggenggam  tanganku,  memberi keyakinan kepadaku bahawa dia benar-benar maksudkan apa yang dia ujarkan.

‘Aku terlalu takut untuk dilukakan lagi. Aku terlalu takut untuk ditinggalkan berseorangan lagi.’ Dia mengesat airmata yang jatuh dengan kain key yang pernah aku hadiahkan kepadanya. Di hujung kain itu, terdapat namaku dan namanya.
“Kau bukan seperti ini dahulu. Dulu kau seorang yang tabah dan kuat. Kau mampu manahan rasa sedih itu. Kau mampu untuk berdiri walaupun selepas jatuh dan berdarah. Aku rindukan dirimu yang dulu. Dirimu yang asli dan tidak perlu menipu orang lain hanya semata-mata untuk menjaga hatinya.” Aku terharu. Mengapakah masih ada insan sebaiknya di dunia ini. “Selagi aku diberi nyawa, hanya kau yang akan berada disini.” Dia meletakkan tanganku di dadanya. Aku terlalu menyayangimu Sayangku. Aku bukan seperti dirinya. Dirimu bukan persinggahan sementaraku. Engkaulah pelabuhan pelayaran ku di dunia ini. Mana mungkin akan ada sayang yang kedua di hati ini. Sayangku cuma seorang, dan dirimu adalah orangnya. Dia sememangnya tidak akan pernah layak untuk menjaga dirimu apatah lagi untuk memiliki cintamu.”. Setiap kata-kata yang terzahir dari mulutnya membuatkan aku semakin menyayangi dirinya.

“Yakinlah dengan aku Sayangku. Hanya dirimu peneman siang dan malamku. Hanya dirimu yang kudambakan dalam hidupku ini. Lupakanlah insan yang telah menyakitimu. Allah kan Maha Adil dan Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.” Aku tersenyum. Kesabaranlah merupakan keistimewaan yang ada pada dirinya yang tidak ada pada diri insan lain yang ku kenali. Kesabarannya dalam menangani perangaiku yang boleh dikatakan ‘degil nak mampos’ ni. Mana nak cari lelaki yang boleh bersabar jika wanita yang pernah disayanginya menyebut nama lelaki lain dihadapannya.

Engkau susngguh jujur dan ikhlas kepadaku,
Tak pernah walau sekalipun,
Kau pinta ku membalas semuanya,
Itu lambang kesetiaanmu......

Dia bersabar dan memberi aku peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepadanya. Sabar. Ya. Kesabarannya membuatkan aku sentiasa mendambakan dirinya. Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita minta. Dan sesungguhnya, aku memerlukan dirinya dalam melengkapkan hidupku. Seperti mana bulan memerlukan bintang untuk melengkapkan keindahan malam dan seperti sang suria yang memerlukan kicauan burung  untuk menjadikan hari lebih ceria. Terima kasih Tuhan kerana Engkau masih memberiku peluang walaupun aku selalu melupakan dirimu. Hanya sujud syukur, mampu aku lakukan kepadaMu kerana mengurniakan kepadaku seseorang yang mampu membimbingku ke jalanMu. Semoga kasih yang kembali terjalin ini, diberkati dan dilimpahkan rahmat olehMu..

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temani aku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta..

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta.....
(Petikan lagu Tuhan Berikan Aku cinta - Ayushita)

Dan sesungguhnya, aku menyayangi insan ini. Tiada kedua dia di hatiku. Jika nyawaku mampu memberinya kehidupan selama sehari lagi, maka aku rela Ya Tuhanku...

Coretan Cinta Bersama,
-Hana Hagemaru & Putera Kodok-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...