Friday, April 22, 2011

andainya lelaki tahu...

bismillah

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
p/s : ku terbaca di fb, dan ku kongsi dengan readers semua..
wasalam

Wednesday, April 20, 2011

tinta hanna~

bismillah
Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua
Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan
Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku
Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi
Aku terdengar lagu ni kat radio,..dan tiba2 teringat kat seseorang ni…ehm, apa khabar eh dia skunk..? nak mesej tp nk tanya khabar…tp,tangan ni x tertulis mesej dan x mampu untukku tekan butang ‘sent’………terlalu x mampu..dan aku sangat x mampu… L dia ada mesej….nak sgt reply mesej 2…..tp, aku x sanggup nak eply sebab…….dia dh ada insan yg lebih istimewa…..did I out of my mine if I reply his messege..?
Kenangan 2..bukan mudah utk d delete dan d remove…bagiku, kenangan itu sentiasa hidup d hati dan ingatanku..terlalu sukar untukku kikis kenangan itu…..mungkin aku terlalu berdegil untuk tidak menerima yang lain..ehm..entah la…… biar masa yg menentukannya…
wasalam

Friday, April 15, 2011

sEmOgA bErbahAgia

Bismillah…
Ni last day aku kat SK Telok Gadong, Klang  Selangor…..berat rasa ati ni nak tengok wajah anak-anak aku sume tu time salam nak balik..
>>syafia,fatihah,maisarah a’dnin,idham,syazwana,nureen, alya, irfan, aqashah, syafiq, syafiqah, nailah, zahrin, fitri, danial, izharuddin, ayunie, atika arisha, azam, syuhada, aided, wan alia, hana maisarah, aiman, shamil izzat<<
Cikgu akan rindu awak semua…… L
Kepada seseorang..aku ucapkan selamat berbahagia ke akhir nyawa..Terima kasih kerana menunjukkan kebenaran yang selama ini tersembunyi di sebalik kata-katamu..Terima kasih kerana telah menunjukkan bagaimana rasa kawan yang sebenar..terima kasih..aku doakan kau bahagia dengan dirinya..amin.. J
Maafkan aku selama mana kau mengenali diriku….Seperti janjiku kepadamu…Tidak akan pernah ku mengganggu kebahagiaanmu…akan ku pegang janjiku itu.. J
p/s : ari ni sy ingat dia..sy rindu dia..tp dia ?..
terima kasih J
Wasalam..

Saturday, April 9, 2011

chopppp!


Bismillah…

First at all..nk ucap berbanyak terima kasih kepada yang wish befday aku ari tu…..terima kasih sebab masih ingat 
J
Second..maaf la, lama x update blog..bz ckit dengan praktikum..insyaallah, minggu depan (15 April 2011) tamat..alhamdulillah, setakat ni, aku sentiasa dikurniakan 
kesihatan yang baik….

Third..aku berharap agar readers sume sentiasa happy..senyum…dan bahagia hendaknya..Jika sesuatu perkara atau kejadian yang tak di ingini berlaku, 
hadapinya dengan satu senyuman…kerana sesungguhnya ada hikmah untuk itu..

Salam sayang untuk anda sume.. J
Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...