Tuesday, January 11, 2011

Ibtihana Imtiaz..


girls with sunset..


Tia..Aku mengamati gambar wanita yang ada di skrin laptopku. Ibtihana Imtiaz. Orangnya pun secantik nama. Perkenalan singkat aku dengannya melalui orang tengah membuatkan hidupku kembali indah. Aku berterima kasih kepada Amir kerana memperkenalkan kazennnya itu dengan aku. Amir kawan satu kolej denganku. Tia ni masih belajar lagi, kat UNIMAS. Course apa pun aku tak tahu, kosmetik kot, tak pun kos pengangkutan,hehe. Susah juga nak berkenalan dengan Tia ni. Aku tak pernah jumpa dia. Amir kenalkan aku dengan dia sebab dia tengok aku ni macam tak laku kot. Kalau tu alasan dia kenalkan aku dengan Tia, memang sengal tahap dewa la Amir ni. Aku ada gambar dia ni pun, sebab aku ambik dari facebook dia. Nakal tak? Nak buat macam mana, aku minta, dia tak kasi. 1001 macam alasan dia bagi. Kalau dikumpul alasan dia tu, dapat jadi rempah untuk masak lomak cili api. Alasan paling koman dia, ‘saya tak cantik, awak g minta kat pempuan lain’. Mak aieh, kalau aku nak gambar pempuan lain, wat pe la aku nak minta pic dia. Bukan nak buat apa pun, just nak cari ilham kalau tengah tension dengan study. (acececehhhh…alasan semata-mata).

Aku berkenalan dengannya bermula di Facebook. Tu pun Amir yang tolong bagitau nama dia. Aku search. Aku add. Nak buka page dia, tak dapat, dia private kan sume. . Lama gak untuk dia approve .Dari situ la aku chatting dengan dia baik via YM atau kat Fb chat. Nak guna Skype, dia tak bagi nama dia. Nak guna ooVoo lak, dia cakap dia da delete. Korang tengok, mana tak pening aku di buatnya. Ada jer alasan dia. Kita orang semacam ada instinct untuk online. Nak mesej? Mana mungkin, dia tak bagi no phone dia. Aku pun tak paksa juga. Slow and steady la beb. Jangan gopoh. Nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar ketinggalan.  Hampir sebulan aku chatting dengan dia, dia tak tunjukkan pic dia sendiri kat profile pic dia. Yang ada hanya gambar dia dengan kawan-kawan. Kalau sorang dua, tak pe gak. Ni, satu angkatan tentera dia bawa. Macam mana la aku nak kenal. Kat album dia, semua pic yang aku sendiri heran. Penuh dengan pic mini cooper. Dia minat kete ni kot. Aku pernah request kat dia supaya letak pic dia single. Kang,kempunan aku nak tengok pic dia. Dia cakap, ‘ok, demi kawan’. Aku tersenyum. Hari tu, nak dijadikan cerita, aku banyak kerja, tak dapatlah aku nak online. Dua tiga hari lepas tu, baru aku dapat online. Rindu juga rasanya nak chatting dengan dia. Dah dua tahun ati aku ni sepi tanpa cinta. Haha. Ayat pasrah siot! Tapi, itulah hakikatnya. Sejak ditinggal Nisrea dulu, ati aku tutup rapat. Takut terluka lagi. Namun bila Tia muncul dalam hidup aku, dia banyak mengajar aku erti penghargaan kepada hidup. Dia sentiasa ceria. Dan yang paling aku pelik perangai dia, dia suka tengok bintang terutama sekali apabila dia sedih. Aku tengok bintang waktu malam, biasa-biasa jer. Tak ada yang ‘spesel’ pun.

Perkara pertama aku buat masa aku online fb, aku tengok pic dia. Subhanallah. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Cantik? Entah lah. Comel? Mungkin juga. Ayu? Tak tahu nak jawab macam mana. Manis? Blur sekejap. Menggoda? Jauh sekali. Seksi? Langsung tak. Tapi kalau bibirnya, mungkin juga. Hehe. Tapi yang pasti, pic dia duduk di bangku, sambil redup mata dan senyumannya  memandang ke arah sunset, sangat  indah buatku. Gambar itu juga aku jadikan sebagai desktop background dan wallpaper kat handphone. Syhhhhh. Jangan bagi tahu dia!. Hihi. Lepas seminggu kalau tak silap aku la, dia letak balik pic dia dengan kawan-kawan dia. Aku curious gak nak tahu, sebab dia tak cakap kenapa dia buat macam tu. Patutlah. Aku faham sendiri. Dia cantik. Kat status yang dia post pun, dalam sepuluh, dua tiga orang jer pempuan yang interfere. Yang selebihnya, tahu-tahu jer la. Aku tengok, friends dia lebih separuh adalah lelaki. Kata tak cemburu dibuatnya. Aku pun sebenarnya nak suruh dia tukar pic dia, sebab aku tak nak dia expose kan diri dia kat laman social ni. Namun, aku tak da hak nak suruh dia wat camtu. And, bila dia da buat dulu, aku tersenyum la. Hihi. Kadang-kadang dia ngadu gak kat aku, ada mamat-mamat kat fb try nak usha dia. Minta nombor fon paling koman. Sebagai kawan, aku cuma mampu cakap, ‘Jangan layan. Bukannya boleh percaya sangat pun..’ sebenarnya ayat itu lebih menjurus ke arah ati aku sendiri. Aku yang usha dulu, tak kan la aku nak bagi chance kat orang lain lak.
And, ni kes pasal nombor fon lak. Lama gak rasanya aku minta nombor fon dia. Dia tanya aku, ‘awak guna celcom? Digi? Maxis?’ Aku jawab la. ‘Maxis’. Lama dia berdiam diri, baru dia balas. ‘Saya tak layan dg dengan maxis. Harap maaf’. Aku stuck sekejap! ‘Saya ada celcom juga’. Tak kan aku nak lepaskan peluang ni kot. Dia bagi nombor dia. Tapi tak semudah tu. Satu jam juga aku tunggu untuk dapatkan kesemua 10 digit nombor telefonnya. Aku kol, and tu la first time ever aku dengar suara dia. Manja jer bunyi suara dia. Getaran di hati ni, hanya Tuhan jer tau. Tapi aku masih dapat cover lagi. Gentleman ok. Hehe.

Semakin lama aku mengenalinya, semakin teruja untukku mendekatinya. Aku ingat lagi, Masa tu, aku tertekan sangat sampai boleh menangis dibuatnya. Dengan presentation yang ada masalah, kerja kumpulan, assignment, hal-hal family, duit, kerja part time dan macam-macam lagi. Semua benda ni berkumpul menjadi satu. Aku dapat rasakan, atiku terbeban dengan masalah ni. Ibtihana Imtiaz. Terima kasih kepada insan itu. ‘Allah takkan uji hambaNya jika Dia merasakan hambaNya itu tidak mampu untuk menerima dugaan itu..’ Masa tu, aku menangis. Betapa aku kerdil dan hina kerana melupakan pencipta apabila bahagia. Dia kol aku. Macam-macam perkara yang kami borakkan. Bila mendengar suaranya, aku dapat rasakan yang aku kembali bersemangat. Gelak ketawanya menjadikan hatiku lebih ceria. Ada jer benda yang ingin dia borakkan dan yang paling aku suka apabila dengar dia gelak time dapat kenakan aku. Kadang-kadang merajuk juga aku di buatnya, tapi dia ni pandai pujuk balik. Nak marah pun tak jadi. Memang nakal. Dia selalu meminjamkan bahunya untukku. ‘Saya kan ada’..ayat biasa dia kalau aku ada masalah. Dia minta alamat aku. aku tanya la, ‘Tak raya lagi, buat apa nak kirim kad raya..’ Aku saja nak kenakan dia. ‘Tak apa la, saya tahu saya ni siapa…’ Ayat ni lah aku paling lemah. Dia ni pandai buat aku rasa serba salah. Aku bagi juga, saja nak menyakat. Seminggu selepas itu, aku dapat hadiah. Hadiah ni akan ku simpan sampai bila-bila rasanya. Nak tau apa? Mesti korang fikir kek lapis Sarawak, tak pun ikan terubuk masin. Sebab pengirimnya Ibtihana Imtiaz Binti Imran. Terkejut aku hadiahnya seutas jam tangan. Jam tangan ultraman. Nak tergelak aku dibuatnya. Nak pakai pun tak muat. Aku tanya dia, nape bagi jam tangan cam tu kat aku. ‘Walau apa pun yang berlaku semasa kita masih hidup ni, tak kira susah ke senang untuk kita mengharungi nya, kita mesti tabah dan harus kembali kepada Sang Pencipta.’ Terharu aku. Aku tak sangka, ada makna jam tangan ultraman ni. Kiranya bentuk ultraman ni dia andaikan sebagai bentuk dugaan kita di uji. 

‘Awak sayang saya?’ Itu soalan cepumas yang aku dapat dari dia masa aku tengah ada kuliah. Macam mana nak focus dengan soalan macam tu. Dia da terima aku ke? Berbunganya ati aku time tu, Tuhan jer tau. dalam kelas yang paling membosankan pun aku boleh senyum sampaikan Amir pun pelik. Aku jawab la, ‘saya memang sayangkan awak. Nape?’ Berdebar-debar atiku menunggu mesej dia. ‘Saya pun sayangkan awak…..tapi, tak lebih dari seorang kawan. Saya sayang semua kawan saya..’. Pahitnya jawapan tu terpaksa ku telan jua. Nak buat macam mana. Aku memang selesa berkawan dengannya, begitu juga dengan dia.

Rupanya dalam keceriaan yang ditunjukkan, tersimpan satu luka lama. Luka yang masih berdarah. Pandainya dia sembunyikan rahsia atinya. Aku dah faham sangat perangai dia. Kalau dia cakap dia nak tengok bintang, mesti ada yang tak kena. Lately, dia selalu cakap, dia rindu nak tengok bintang. Tak ada bintang ke kat Sarawak sana? Pelik bin ajaib. ‘Saya tak ingin menjadi bulan.’ Aku bertanya kenapa, sebab bagiku, bulan kan cantik. ‘Biarlah saya menjadi bintang yang sentiasa menemani bulan untuk menerangi malam. Itu sudah lebih dari cukup untuk saya..’ Lama aku berfikir. Dalam maknanya.  Aku cuba untuk mengambil hatinya dengan caraku sendiri. Namun, aku kecundang di wajah penuh ketenangan itu. Rupanya aku bertepuk sebelah tangan dan sememangnya aku mengetahui hal itu. Aku yakin, dia mengetahui isi hatiku, namun dia menepis perasaan itu untuk terus hadir di hatinya. ‘Saya masih sayangkan dia..’ Aku terkesima. Itulah kata-kata keramat yang aku ingat sampai sekarang. Aku tahu, dia berusaha untuk menggembirakan semua kawannya, termasuk aku. ‘Bagaimana awak boleh sebegini tabah?’ Aku menahan kesedihan di hati. Sedih apabila mendengar ceritanya.
“Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat dimata kailmu,
Hendaklah kamu ambil terus ikan itu..
Janganlah sesekali lepaskan ia semula ke sungai,
Kerana bisa ketajaman mata kail dan mungkin ikan itu akan menderita selagi ia hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi  pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu,
Hendaklah kamu menjaga hatinya,
Janganlah sesekali tinggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
Dan,
Mungkin tak dapat lupakan segalanya selagi dia
Mengingatimu…”

Itulah jawapannya. ‘Saya hanya layak doakan kebahagiaan dia, bukan bersama dengannya..’ Aku tersentuh mendengar kata-kata itu, aku tak dapat bayangkan kalau aku ditempatnya.'Kalau masih sayang, cubalah ambil hati dia balik...'Aku tidak puas hati, mengapa dia harus mengalah sebegitu cepat. Aku terdengar dia tergelak di hujung talian.'Insyaallah.....'. Insyaallah? aku keliru. 'Insyaallah...???'. Terkeluar juga perkataan itu. 'Ya.Insyaallah..saya tak akan kembali dengan dia..' Kedengaran tenang sahaja suaranya. ehm..sampai ati gak lelaki tu wat Tia macam ni. Mungkin dia ada alasan yang sekukuh jambatan Pulau Pinang untuk meninggalkan kawanku ini. Perasaan aku terhadapnya masih ada, namun aku memahami dan menghormati keputusannya. Sekarang pun, aku masih contact dengannya seperti biasa, walaupun tidak sekerap dulu. Aku berharap, impiannya untuk menyambung pelajaran ke luar negara akan tercapai, amin. Mungkin dengan cara itu, atinya akan terubat. Siapa tahu kan. Dan sekarang ni, aku tengah cuba ‘usha’ sorang awek ni. Harap menjadi, hehe. Ibtihana Imtiaz, engkau seperti rumpai laut. Nampak lembut dan tidak kukuh, namun masih gah berdiri walau di pukul badai(betul ke perumpamaan ni? Ni akibat tido masa kelas BM dulu.). Ibtihana Imtiaz, aku dokan yang terbaik untukmu, sahabatku. Semoga Allah mengurniakan insan yang mampu menjaga atimu nan tulus itu….

(idea asal : Aitif Afifi)

1 comment:

  1. polah agik ngah cerite mcm tk....
    best kmk bace nyer...
    hilang tension kmk....
    hehe..
    go angah..
    go angah..
    goooooooooo.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...