Tuesday, June 21, 2011

anekdot yg aku suka :)

bismillah...

aku just nk kongsi apa yg aku baca d Mastika..majalah ni antara majalah feveret aku,sbb aku suka cara penulisan writer dia..impress how he write that story :)..ok, ni kisahnya..

Ketika matahari sedang memancar terik di atas kepala, seorang anak muda melihat ada seorang lelaki tua mundar mandir sendirian di gigi pantai. Lelaki tua itu diperhatikannya mengutip sesuatu di pasir, kemudian memasukkannya dengan cermat ke dalam laut. Perkara itu di lakukan berulang-ulang kali, sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri pantai.
Anak muda ini memakai topinya, kemudian menghampiri lelaki tua berkenaan. Apa yang dilihatnya ialah lelaki tua itu sedang terketar-ketar mengutip tapak sulaiman yang banyak terdampar di sepanjang pantai, kemudian memasukkannya seekor demi seekor ke dalam laut.
"Kenapa pak cik buat semua ini?" tanya anak muda itu selepas memperkenalkan diri.
"Air laut sedang surut, sedangkan sekarang ni matahari tengah terik. Kesian haiwan-haiwan ni," jawab lelaki tua itu sambil melepaskan seekor lagi tapak sulaiman ke dalam air.
"Tapi pak cik, pantai ni berkilometer panjangnya, pak cik takkan terdaya sampai ke penghujungnya. Tapak sulaiman ini pula terlalu banyak, bertaburan di sepanjang pantai. Apa yang pak cik buat ni takkan dapat mengubah apa-apa pun," kata anak muda itu lagi.
Lelaki tua tersenyum. "Memang betul...tapi ia akan dapat mengubah nasib setiap ekor tapak sulaiman yang pak cik selamatkan ini".
- hati orang tua penuh dengan kasih sayang. perasaan itu sangat halus, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi insan / sesuatu yang mereka kasihi. tetapi orang muda tidak memahaminya dan sukar menyelaminya. sebaliknya, orang muda sering lupa dan memperlecehkan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua..-

..mungkin tak terlambat untuk aku wish HAPPY FATHERS DAY kpd semua ayah.bapa..papa..daddy..abah.. terima kasih kerana sanggup bersusah demi mencari rezeki untuk keluargamu :)...

wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...