Saturday, January 1, 2011

Senyum Pagi....

Hehe..pagi2 da buat aku meremang bulu roma..mana taknya, melihat manusia masing2 menunjukkan kebahagiaan...Baguslah tu, alhamdulillah..Aku? Aku pun semakin bahagia sekarang sebab atokku da semakin sihat... :) Sebulan lebih menyepikan diri. Rindu nak update blog, namun ada sesuatu yang menahan aku dari terus menghampiri dunia maya...Apapun, aku nak ucapkan tQ kat pembaca sebab sudi baca blog ni..mekaceh ye.. :) semoga anda pun selalu bahagia....
Malam tahun baru, aku terjaga tepat pada pukul 3:31pagi..aku pun tak tahu, dan tiba2 aku terasa sebak...Aku ingat balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2010...starting from January until November. It takes a lot of time and.....tears. Ini lah manusia. Bila dah terjatuh, baru tersedar. Azam aku, aku nak hempuk kepala sesiapa sahaja yang berani sakitkan ati aku lagi..hak3....ada bran?..just joking. Takkan la nak hempuk kepala orang, kang orang tu mati, aku juga yang susah. Azam aku...nak habiskan stdy, kerja dan stdy (tu sebenarnya lebih kepada impian). pasal nak bina family, insyaallah..Aku tak nak cakap dulu, nanti kalau tak jadi, boleh terjun gaung di buatnya...Kalau ada perkhabaran gumbira, akan ku kongsi dengan pembaca semua...12-12-2012...tunggulah kedatangannya..hehe.....Buku hutang 2010 aku da tutup, sekarang aku nak buka lembaran baru pada muka surat 1. Kepada insan2 yang da sakitkan ati aku sebelum ni, aku maafkan korang.. :)  Tak nak la dendam2 ag...kepada kawan2 yang sentiasa ada untukku ketika ku berduka dan gembira, mekaseh ye utk korang.....aku rasa bertuah dapat kenal korang sume...syg korang tau... :)
Kepada kawan2 yg dah bertunang masa cuti lepas, aku minta maaf sebab tak dapat pergi....dan tak terlewat rasanya untukku mengucapkan tahniah untuk anda...Semoga kebahagiaan yang anda bina, akan berkekalan.. :) jgn gado2...gado2 manja tu boleh la...hihi...sorry ek, tak ada untuk hadiah untuk korang,postpone tggu korang da kawen nanti..hehe..Realisasikan impian korang untuk hidup lebih sempurna dan bahagia...itu doaku...
'Hargai bila ada'...sudah semestinya...aku hanya akan menghargai sesiapa sahaja yang menghargai diriku.... :) kpd yang menyaktiku..its ok...aku nak tengok dia bahagia ke tak..hehe..tu bukan dendam, tapi lebih kepada, 'Jangan pandai mengata, kalau tak tahu buatnya....'..jangan mengaku dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.... wawawa.....opssss...tak baik ketawaka orang...tp nak buat mcm mana..dia jer betul..hehe..Lepas ni, lantaklah lori dengan bas...ada aku kesah?...hehe....

= salam ukhwah & tahun baru =


Tentang Dirimu

Hari ni aku tak kerja. Jadinya, aku menghabiskan masa yang sangat berharga ni dengan merehatkan badan aku yang terasa sengal-sengal segala urat sendi. Eh,mana pergi jam loceng aku ni? Tanganku merayap mencari dimana jam locengku tercampak. Aku membuka mata. Kat mana ek? Adui. Aku menyelak kain selimut. Tak ada. Bawah bantal pun tak ada. Bawah tilam kot. Aku duduk bersimpuh. Tilam nipis itu aku lipat dua. Pun tak ada. Mana nih? Handphone pun tak leh pakai. Bateri kong a.k.a empty! Jam rumah ni pun tak boleh pakai. Dah berapa tahun bateri jam tu tak diganti. Pukul 1 memanjang. Entah 1 pagi atau 1 malam. Aku dah janji nak kuar dengan Udin petang ni. Aku stersenyum. Aku membongkokkan kepalaku mengintai bawah almari pakaian. Kat sini rupanya kau ya ayam. Hehe. Jam loceng KFC ni merupakan jam loceng yang kelima sejak setahun aku bekerja di restoren makanan segera ni. Mana nak tahan, setiap pagi kena baling sebab sibuk nak bangunkan aku. Hehe. Kesian kau. Hehe. Baru pukul 1 tengah hari. Aku mengemas tilam, melipat selimut dan mandi. Aku bersiap untuk keluar dengan Udin. Aku melihat mukaku dicermin. Handsome juga aku ni rupanya. Hihi.
Aku memulakan tugas seperti biasa selepas cuti sehari. Aku bertugas di bahagian back up dan supplyvase dan masak. Semuanya lelaki disini. Rata-rata kat sini, sebaya aku. Lepas tingkatan enam, tak ada rezeki nak sambung study, kami cari kerja untuk menampung hidup sendiri. Dapat la juga bagi seratus dua kat mak abah kat kampung buat belanja adik-adik sekolah. “Zan, ada awek baru la.” Udin datang dari belakang lalu menepuk bahuku. Nasib baik tak terjatuh ayam yang dah siap digoreng ni. Aku sekeh juga mamat ni. Aku melihat Udin tersengih-sengih macam ayam baru dapat baja. Haha. “Lawa tak Din?” Amin menyampuk. Tajamnya telinga kalau sebut pasal perempuan. Udin mengangguk. Aku meneruskan kerjaku. Malas nak ambil pusing. Kerjaku masih belum siap. Kang tak pasal-pasal kena tegur oleh manager.“Zan,meh sini jap.” Udin memanggil. “Kenapa? Kerja aku masih belum siap la Din.”. “Ala. Jap jer pun. Kau suruh Amin ganti kau jap.” Aku mengalah. Kalau tak dilayan karenah si Udin ni, tak dapat kerja kita dibuatnya. “Apa dia?”. “Kau tengok awek tu.” Aku memerhati gelagat awek yang dikatakan oleh Udin. Aku lihat dia tersenyum. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Cantiknya dia. Aku dapat rasakan hatiku berbunga kembang setaman. Aku menyambung kembali tugasan aku yang belum siap. Namun mataku masih terbayang-bayang seraut wajah yang murah dengan senyuman itu. “Engkau ni kenapa Zan? Gelisah semacam jer aku tengok. Mengelamun pula tu.” Aku terkejut tatkala Amin menepuk bahuku. “Eh, tak ada apa la.” Aku meneruskan kerjaku, namun hatiku memberontak untuk mengenali awek misteri itu. Semasa rehat, aku mendekati awek misteri tersebut dan mencuba untuk mendapatkan nombor telefonnya. Try and error. Tak cuba tak tahu. Bergetar juga lututku. Namun, usahaku tidak sia-sia. Dari situ, bermulalah hubungan kami. Nama dia Basmina Hanani. Manis nama tu, semanis orangnya.
“Saya bukan tak sayangkan awak Nani,tapi keadaan tak mengizinkan untuk kita terus bersama.” Aku lihat matanya sudah mula berkaca. Aku tahu dia terluka. Nani tidak menengking jauh sekali untuk mengungkit apa yang dia dah lakukan untuk aku selama aku bercouple dengan nya. Dia memang wanita yang baik. Wang ringgit, masa dan pengorbanan yang dia dah lakukan untuk aku tidak pernah sama sekali dia ungkit pun. Dia hanya diam dan menundukkan wajahnya tatkala aku memutuskan hubungan dengannya. Selepas memberi salam, dia memutuskan talian. Aku tidak menyedari air mataku mengalir. Lelaki juga seperti wanita. Mereka terluka bila kecewa, dan mampu mengalirkan air mata jika tergores perasaannya. Namun, kami selaku pemimpin kaum Hawa, kami tidak akan sesekali untuk menunjukkan kami lemah dihadapan mereka. Sesekali, aku terimbau kembali kenangan aku dengannya. Aku benar-benar menyayangi Nani. Nani cukup sempurna di mataku. Dia baik, mendengar kata dan pandai menjaga dirinya. Namun, aku lakukan semua ni sebab aku tidak sampai membiarkan dia terus makan hati denganku. Dia selalu mengadu denganku, dia rindu denganku. Berat untukku mendengarnya, apatah lagi dia yang merasa dan menanggung beban rindu itu. Aku juga sepertinya.
Tiada kata harus ku lafafazkan
Tuk ku nyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai
Aku jua, sepertimu kasih.
Merindumu sepanjang hayatku,
Sabarlah menanti hadirku
Walau berjauhan, walau kesunyian
Ku tetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkin kan terlerai selamanya....
(Cinta Antara Benua – Arni Nazirah)

Indah bintang malam ni. Rasa ketenangan yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata tatkala aku melihatya. Basmina Hanani. Basmina maksudnya senyuman. Sesuai benar dengan dirinya yang suka tersenyum. Rindu untukku mendengar gelak tawa dan senda guraunya. Sesungguhnya, dia gemar bergurau dan akulah yang selalu dijadikan sasaran. Walaupun jauh dimata, namun dia tetap dekat dihatiku. Bulan Februari tahun depan tamatlah kursusku. Lepas tu, baru aku masuk Unit Marine Engineering (TMK – teknisyen marin kuasagerak) bahagian engin, aircond, paip air dan sistem melawan kebakaran atau fire fighting. Amran, teman sebilikku menyanyikan lagu Kau Ilhamku. Petikan gitarnya meragut lamunanku. Basmina Hanani. Ilham siang dan malamku. Purnama malam ni kelihatan sungguh indah.
Indahnya sewaktu kita bersama,
Terasa bagai di syurga,
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku...
Sehingga kini ku masih terbayang,
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita..
Setelah ku kehilangan dirimu,
Seluruh hidupku kegelapan,
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan...
Cinta suci biarlah ia pergi
Demi kebahagiaanmu,
Ku relakan kau pergi dariku..
(Petikan lagu Ku Relakan Kau Pergi - Okey)

Aku mengelap airmata yang jatuh. Betapa berat ku rasa beban perasaan yang aku tanggung sekarang. Aku sangat merindui dirinya. Terasa janggal untukku menghalang rasa rindu itu hadir. Namun apakan dayaku, Nani lebih berhak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dariku dan yang selalu dekat dengannya. Aku tahu, keputusan yang aku ambil ini melukakan hatinya dan hatiku, namun aku sayangkan dia. Aku nak dia dapat terbaik dalam hidupnya. Tambahan dengan kerjayaku sekarang, aku difahamkan aku akan selalu belayar kerana aku bertugas di unit engin. Aku lebih rela melepaskan Nani daripada terus melihatnya terseksa kerana berjauhan denganku.

“Nape ni bro?” Aku terkejut. Amran ku lihat memakai bedak sejuk seperti malam-malam sebelumnya. Nak jaga muka katanya. Kejadahnya mamat ni. Aku menggeleng.
“Cuba kau tengok bulan tu.” Aku mendongak. Sekali lagi aku teringat dengan Nani. Dia sangat menyukai pemandangan malam. Dia suka melihat bintang malam. Dia selalu mengatakan, jika aku merindui dirinya, lihat bintang dilangit. Nescaya dia juga merindui diriku kerana kami akan melihat bintang yang sama. “Bulan tak pernah kesunyian. Nak tau kenapa?” Aku menggeleng. “Kerana bulan sentiasa ditemani bintang kejora. Begitu juga hidup ni. kena teruskan juga walaupun sakit.” Aku menoleh. Meletus juga tawaku dengannya. Sengal. Suka suki dia jer nak buat andaian dan perumpamaan. “Terima kasih.” Aku menepuk bahunya. Dia tersenyum. “Kita kan kawan Zan.Kalau dia ditakdirkan untuk menjadi suri hidup kau, walau kemana pun dia pergi, dia akan kembali kepada kau juga.” Aku tahu, Amran cuma ingin menggembirakan hatiku. Memang betul katanya. Hidup mesti diteruskan walaupun jalan yang dilalui berliku. Aku merancang akan membawa Nani berjumpa dengan keluargaku bila aku balik untuk menghadiri perkahwinan Kak Ngahku. Aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk hubungan kami berdua ini. Aku juga tahu, hari esok tetap menjadi rahsia sehinggalah kita melaluinya. Namun, aku harap rahsia itu akan menghadiahkan sebuah kebahagiaan dan memberi sinar baru dalam hidupku yang singkat ini,

'Ctrl A' dan delete

`Perkenalan dengan dirinya bukanlah sesuatu yang dirancang. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ataupun lebih dikenali dengan nama PIPP pun tak ada. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 pun tak ada. Ianya berlaku dengan sekelip mata. Ia bukan la magic tapi ianya punyai kuasa (power) tersendiri bagaimana ianya dimulakan. Seperti terhasilnya api yang membakar bangunan. Ia terhasil dari percikan api yang kecil lalu membentuk kuasa yang mampu melenyapkan apa jua jenis bahan dan meninggalkan abu sahaja di muka bumi ini. Hubungan ini terbina dengan rasa kasih dan sayang. Aku sayangkan dirinya. Ya. Aku tidak nafikannya kerana ia mempunyai bukti. Time mesej dengan dia, aku boleh senyum sorang-sorang, mengelamun dalam kelas, mandi tak lalu, tidur termimpi dirinya, makan terkenang senyumnya. Kalau masuk hospital, aku akan dihantar ke ER (Emergency Room), kemudian barulah dihantar ke ICU. Sayang itu lahir dari hati bukan dari paksaan mahupun ugutan. Itu aku sokong. Bila kita sayangkan seseorang, segala perkara berkaitan dengan dirinya, kita teruja ingin tahu.
“Berilah saya peluang untuk menyayangi dirimu.” Aku terdiam. Aku menyepi diri buat seketika waktu. Aku sudah mengatakan kepadanya, selain dirinya, ada lagi yang berharap denganku. Aku tidak mengatakan yang aku ni cantik atau bergaya. Aku hanyalah perempuan biasa. Yang bisa menangis bila terluka dan ketawa bila bahagia. Aku berkawan dengan ramai lelaki. Aku menganggap semua mereka adalah sama. Selepas perhubungan sebelum ini, menemui jalan buntu, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.  Bukan lari dari masalah, namun untuk mengelakkan hatiku diluka lagi. Aku tahu, ada antara mereka yang cuba membina hubungan dengan aku. Serius atau tidak, itu aku tidak pasti. Ada yang setia disisiku walaupun tahu aku sudah ‘berpunya’ masa tu. Ada juga yang menyepikan diri kerana tidak mahu mengganggu hubungan aku dan dia..
“Saya tidak sempurna awak. Saya banyak kekurangan. Saya tidak sebaik yang awak fikirkan. Saya…” Aku tidak mampu untuk meneruskan ayat “Tiada istimewanya saya ni….kat tempat awak belajar, ramai lagi yang lebih layak untuk bergandingan dengan awak..” Aku menahan debaran dihati. Aku senang berkawan dengannya kerana dia seorang yang caring dan suka nyanyikan lagu untuk aku. Jiwa remaja lah katakan. Hihi. Petikan gitarnya boleh membuatkan tangisanku berhenti dan membuatku kembali tersenyum. Aku tidak menyangka dia ingin sesuatu yang lebih dari seorang kawan dariku. Aku menolaknya dengan cara yang paling baik. Aku tidak ingin melukakan hati sesiapa lagi. Puas untukku menangis. Dia tidak berputus asa untuk mengambil hatiku. Akhirnya, hatiku terbuka untuk menyayanginya dengan harapan dia mampu menghadiahkan kemanisan dalam hubungan yang baru dibina ni. Aku tidak mendambakan dia sempurna, cukuplah bagiku dia dapat menerima siapa diriku. Namun, panas yang ku harapkan, tidak sampai ke petang. Gerimis mengundang. Bahagia cuma seketika. Aku ingatkan, dia mampu membuatku kembali tersenyum namun impian tinggal impian, harapan hanyut dibawa arus kekecewaan. Kenangan semalam, umpama mimpi yang hadir dalam lena nan singkat.
Aku bukan pujangga cinta yang bisa menuturkan puisi nan indah untuk santapanmu setiap masa.. Aku juga bukan ahli nujum yang bisa menembusi hati dan membaca benak fikiranmu..Aku hanya manusia biasa, yang selalu melakukan kesilapan dan melukakan hatimu. Telah aku katakan kepadamu, aku tidak sempurna dan jangan jadikan ketidaksempurnaan diriku sebagai alasan untuk kau meninggalkanku. Jika kau masih menggunakannya sebagai jambatan kukuh untuk kau bahagia, kau teruskanlah. Walaupun aku tidak sebaik dan sesempurna perempuan lain, namun aku masih punya perasaan untuk merasa sedih bila ditinggalkan dan bahagia bila disayangi.
Suatu ketika, bondanya mesej dengan aku via celcom sms. Aku reply via maxis pula. Berapa sen la sangat. Bonda dia baik. Tapi sayang, aku tidak sempat untuk bersua muka dan berjabat tangannya. Insyaallah, suatu hati nanti kita akan berjumpa juga. Aku tidak pasti, apa yang menyebabkan dan mendorong bondanya memberitahu kepadaku akan pandangannya tentang bakal menantunya(awek mantan aku) tu. Apa yang dia mesej, jadi rahsia aku dan bonda dia (ayah aku pesan, jangan aibkan orang, tak baik.). Aku tersenyum seketika. Dalam hatiku berkata,’Nak wat camner, itu pilihan anak makcik’, tapi aku tak sampai hati nak luahkan. Aku tak burukkan awek mantan aku tu. Dia pun perempuan macam aku jugak.  Nak dikatakan aku ni baik, tak jugak..jahat pun tak jugak (tapi adalah sikit..hihihi). Walaupun aku boleh dikatakan perangai jahat, tapi aku tak lah jahat sangat sampai nak apikan orang. Kalau aku nak hasut bonda mantan ku ni dari tak terima awek anak dia ni, boleh jer (niat jahat dowhh..hehe). Tapi, tak ada faedah aku nak buat camtu, tak untung satu sen pun. Itu hal dorang anak-beranak. Aku cuma mampu cakap, ‘kalau makcik bosan, saya kan ada =)..’ Bonda dia tak wat salah kat aku. Yang sakitkan hati aku, anak dia. Jadinya, tak wajar untuk aku lupakan dan bencikan bonda dia sekali...kawan aku cakap, kalau kita buat baik, jangan cakap...nanti orang cakap, kita tak ikhlas pula...hihi..
Dua tiga hari selepas itu...terkejut beruk juga aku bila mantan aku ni, mesej aku via digi sms. Opss, salah. Via celcom sms. Nombor digi aku dah semadikan dalam tong sampah. Biar dia aman disana. Hihi. Dia cakap, dia baca blog aku. Bacalah. Itu hanya penulisan semata-mata, yang selebihnya hanya aku sendiri yang rasakan pahit maungnya. Aku nak mesej dia, aku segan. Dia yang buang aku dulu, dia tolak aku ke lembah duka untuk kedua kalinya. Tambahan pula,  dia dah jadi tunangan orang. Tak nak la ganggu hubungan bahagia dia dan Cik Cinta barunya. Aku bukan nak cakap besar a.k.a takbur la, tapi kalau setakat mantan aku ni, aku tak ‘heran’ da. Dulu pun, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kat dia...hehe..tapi bila da dapat aku, dia hadiahkan kekecewaan dan kelukaan untuk aku, hehe..Terima kasih juga untuk dia atas hadiah yang bernilai itu.  Kawan lelaki lain aku cakap...aku mampu dapatkan yang lebih baik dari dia. Ayat motivasi ketika frust. Haha. Bagi aku, dia nak bertunang ke, kahwin ke. Haa,itu dia punya pasal maaa. Yang penting, bukan aku yang mesej dan cari dia. Aku tak nak dikatakan, ‘merobohkan’ masjid. Berdosa. Tuhan marah. Kalau katakan Tak Nak pada rokok, tak apa la juga. Hehe.
Aku cerita la kat mak aku, sebab mak aku ni da macam bendahara tak rasmi aku. Mak aku cakap,’Jangan pedulikan la Ngah. Dia dah bahagia. Tak baik ganggu kebahagiaan orang lain.’ Aku mengangguk bagai burung belatuk daaaa. Mana tak nya, pekene ulam pegaga dengan ulam raja petang tu. “Pak Din da kawen ke mak?” Aku menukar topik. Mak aku mengangguk. “Tengok macam kes Pak Din tu. Belum lama bercerai dengan Mak Jah dah nak kawen lain. Dari situ kita nampak, siapa yang memang benar-benar sayang atau hanya nak main-main.” Aaiyoyoyoyo amma! bersambung lagi episod cerita tadi. Aku ingat dah habis. “Biarlah mak. Ngah da tak kisah semua tu. Lantak p dia la. Nak kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, kuak dada ke.” Aku malas nak ambil pusing. “Ngah tak nak ke, kat anak Haji Mail. Anak bongsu dia tahun akhir kat USM. Medic katanya.” Uhuk..uhuk...uhuk...terasa ulam raja bergumpal dan mengekang laluan udara. Mak aku ni, kalau ye pun, sabor ler. Ada jugak yang mati tercekik makan berulam. Isk!
Aku merenung bintang dilangit. Purnama. Tiba-tiba aku boleh teringat kat mantan aku ni. Aku memerlukan keikhlasan dirimu tika bersamaku, bukan tekadmu dalam meninggalkanku dan menolakku ke lembah duka.. Aku tidak mampu untuk berkata-kata lagi kerana kau sudah bahagia. Ya. Aku hanya mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya aku tahu, dimana takat beku dan leburnya cinta yang kau agungkan dulu. Semudah wap disejatkan dan air dikondensasikan oleh haba, begitu juga kasih sayangmu. Usah kau hadir lagi dalam hidupku. Kerana kehadiranku terlebih dahulu kau ‘Ctrl A’ kemudian ‘delete’. Aku tak tergamak nak buat benda yang sama walaupun dia pernah mengecewakan harapan aku. Dia pun manusia biasa juga sepertiku. Aku belajar menerima hakikat hidup. Apa yang kita impi dan harapkan, tidak selalunya akan kita perolehi. Bila kita sudah belajar menerima hakikat, apa yang berlaku terhadap diri kita, kita akan mampu menerimanya dengan hati yang terbuka, insyallah.
Kita adalah insan menumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana
Kita adalah hamba berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaanNya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan di hancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Kehidupan ini menjadi lebih bermakna jika orang lain menghargai kehadiran kita disisi mereka. Kadang kala, rasa rindu hadir. Tempat jatuh lagi di kenang, apatah lagi tempat berkasih. Aku tidak mengharapkan dia turut merinduiku, kerana ku tahu, rindunya bukan milikku lagi. Aku percaya, suatu hari nanti, aku mampu melepaskan rasa rindu itu kepada yang lebih berhak. Bila aku pejamkan mata, aku hanya melihat dirinya. Walaupun terluka, kenangan itu masih ada. Biarlah tahun 2011 membuka ruang baru untukku memulakan hidup baru. Apa yang dah berlaku, biarkanlah. Apa yang penting, aku masih punyai matlamat untuk meneruskan study, kemudian kerja. Cinta?? Akan ku fikirkan kemudian. Lebih baik aku kira bintang dari kira bilangan manusia yang menyakitkan hati aku. Hehe. 1..2..3..4..5..6..7...
“Ngahh..ohhhh Ngah..g tdo sana.  Dah tak ada kerja lain ke. Baik kau kira berapa hari lagi nak SPM..tak pun, g kira buku yang kau belum baca..” Alah mak ni. Spoil betul. Ada ke sebut pasal SPM. Sebut lah pasal nak kahwin ke, nak dapat adik baru ke...hehe..Baru nak syok tengok bintang. Nak tak nak, aku masuk bilik dan menyambung penulisan cerpen yang terbengkalai. Ku fikir-fikir tajuk yang sesuai. Apa ekkk....?? “Ctrl A dan Delete”...idea yang bagus!

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Zaman Tok Kadok

16 November 2010, Selasa

Aku duduk di suatu sudut untuk mencari plug. Aku survey dulu. Aku wat tawaf kat satu LCCT ni. Cari port yang sesuai. Ok! Jumpa. Ada satu plug dekat Currency Exchange CIMB Bank. Ok la tu. Aku duduk di situ dan Irah, kawanku masih setia menemaniku disini. Pening lalat kepalaku melihat orang lalu lalang di Low Carrier Capacity Transit (LCCT) Kuala Lumpur ni. Macam-macam ragam ada. Putih, kelabu, hitam, kuning dan macam-macam lagi warna kulit aku nampak. Fesyen macam ultraman ada, iklan Trojan ada, ratu kebaya ada, skin head ada, pendek kata, 1001 macam fesyen bermula dari rambut hingga ke kaki yang dapat aku ilhamkan untuk aku berfesyen jugak. Hihi. Sambil menyelam, kita tangkap ikan. Dapat gak buat gulai.  Aku mencuba untuk menyambung kemudahan wireless free yang kat sini. Dapat! Aku layari laman social ku yakni Facebook la. Aku buka. Aku tengok komen dari kawan-kawan. Ehm, tak ada yang special. Tanganku gatal untuk membuka blog dia a.k.a someone. Aku yakin bin pasti, dia pun turut sama buka blog aku. Kalau tak buka pun, tak apa. Tak luak pun aku nyer blog. Aku buka blog dia. Entah apa yang aku tekan dan klik, terkeluar satu lagi blog. Nama blog itu pun sudah cukup menggambarkan apa yang ingin disampaikan. Aku baca satu persatu-satu.  Jangan mengalir duhai air mata. Sudah puas untukmu meratapi ‘kematian’ cinta palsu dia dulu. Kematian yang tidak bernisan. Dan sememangnya aku tidak ingin meninggalkan kesan pun. Kalau boleh ingin ku humban kenangan itu di Laut Mati. Mengalir juga. Aku tunduk. Malu. Aku perasan ada mata yang memandang. Apa tengok-tengok? Aku berlari keluar munuju ke kawasan parking kereta. “Woi, nak mati ke?” AKu terkejut tatkala mendengar decitan tayar kereta. Aku menoleh. Aku lihat keadaan sekeliling. Semua mata tertumpu ke arahku. Sedihnya aku. Nape dia buat aku macam ni? Aku ditipu hidup-hidup. Nampak sangat aku naïf dalam menilai orang. Buta kerana sayang kononnya. Haha. Dasar anak kecil!
Aku duduk di suatu sudut. Aku mendongak melihat purnama. Cantiknya. Aku kesat air mata. Habis tanggal segala mascara yang aku pakai. Jatuh saham camni. Aku kesat elok-elok. Rupanya, selama ni aku ditipu. Ya. Penipuan yang sangat berkesan daripada seorang pelakon yang baik. Aku tabik springgggg sama dia!

Di dalam sendu yang teramat
Ku lihat senja yang berlabuh
Dan malam yang melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar
Siapa di antara kita

Yang dulu memula sengketa



Pastinya diriku bagimu



Yang engkau anggap punca



Biarpun ketara engkau Yang mula...

Bukan sekali kau suarakan

Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah
Manis madah penuh helah
Yang pastinya...
Aku adalah sandaran...
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku...terlebur kini
Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
Kau keruhkan warnanya...


Ya! Lagu ini sesuai untuk nya. Kalau nak lagu lebih sesuai,Setiamu gugur dimata. Ambik kau! Patutlah dia ok jer masa aku mintak putus. Rupanya, dah ada spare part yang baru. Mana taknya. Hehe. Nape la aku tak boleh nak faham. Dia nekad konon? Haha. Nekad? Tak payah nak nekad sangat. Kalau boleh mesej kat aku “saya rindu awak”. Dasar kumbang tak ada ekor! Aku rebus dengan pucuk paku baru tau.Sakit betul ati aku. Aku kembali ke tempat asalku mula-mula parking tadi. Kawanku cakap, bateri lappy da nak abis. Aku cakap, rodok jer kat plug tu. Dia cakap, “tak dapek den nak nolong.” Hampeh bin hampagas. Dah la bateri da nak abis. Ni tempoyak basi tu punyer pasal la. Eh! Dia dah tak ada kaitan dalam hidup dan mati aku! Berat nya nak terima hakikat yang aku ni boleh ditipu hidup-hidup. Tahun 2010 merupakan tahun yang sangat mencabar buatku kerana macam-macam perkara telah berlaku. Tahun 2010 merupakan perintis untuk menjadikan aku lebih dewasa dalam menilai manusia yang berada disekelilingku. Sakit tu, tak payah cakaplah. Lebih sakit berbanding pembedahan kecil yang pernah aku buat pada 1 Mei 2009. Sakitnya menyebabkan saraf kepercayaanku kepada kaum Adam berkurangan dan membuatkan aku membenci pihak ketiga. Aku pernah mengatakan kepadanya dulu. ‘Jika dirimu menemukan cinta baharu, terus terang sahaja denganku. Jangan diri aku di duakan.’ Ehm, manusia dipegang dengan janji. Namun terkilan. Bukan kerana dia menemukan cinta baharu, namun terkilan kerana aku di duakan saat aku masih memerlukan. Sadisnya! Isk..isk...Dia jangan pernah terfikir yang aku akan menyerang cinta barunya. Aku berakal dan berpendidikan. Perbuatan seperti itu hanya akan menjatuhkan airmuka ku sebagai seorang yang terpelajar. Kawanku berpesan,’Memang sudah jodohnya dengan perempuan itu. Kau tak dapat nak cakap apa-apa.’ Aku terdiam dan menilai kebenaran kata-kata itu. Ya. Aku menaiki pesawat AK5220 ke Kuching dengan harapan, apabila aku kembali ke kampus, keadaan akan kembali seperti sebelum 26 April 2010. Insyallah. ‘Semoga kau berbahagia dengan Sayang barumu.’
Aku tersenyum. Catatan penuh emosi marah, kecewa dan trauma. Aku menutup diari 2010 dengan kemasnya. Diari itu masih tetap ku simpan sampai sekarang. Aku menulis kerana itu sahaja cara untukku menghargai hidup ini. Bila aku baca balik, tergelak dibuatnya. Masa muda. Pertimbangan pun kurang. Keputusan banyak dikuasai emosi dan perasaan. Nak berlagak dewasa, tetapi tak kena pada cara. “Teringat cinta lama ke?” Aku tersentak lantas tersenyum.”Jangan nak mengada. Flying kick kang.” Suamiku tergelak. “Mak aieh, powernya isteri Chief Sarjan Hapis sekarang.” Aku tersenyum. “Dalam ati ni, ada nama Chief Sarjan Hapis jer. Insyaallah, selagi diizinkan Allah, saya akan menjadi isterinya dunia akhirat.” Aku memeluk suamiku. Dia mencium dahiku. Itu kebiasaan yang dia lakukan. Tak kira tempat, masa dan bila. “Tua-tua pun nak mengada.” Dia mencubit pipiku. Itulah dia, lelaki yang banyak mengajarku erti cinta sebenar. Erti cinta yang membawa kebahagiaan di dunia dan insyaallah di akhirat. Walaupun dia bukan yang pertama, namun dia yang akan menjadi peneman sehingga detik akhir hayatku.........




Monday, November 15, 2010

Chipot Chedut...

Berapa dalamkah cintamu padaku? Adakah sedalam jurang Mariana? Atau hanya dipinggiran, bak kata penyanyi tu..entah, aku pun tak ingat..
Setinggi mana kasih sayangmu padaku? Setinggi gunung Everest? Atau setinggi Gunung Berapi Karakatoa, yang boleh memuntahkan isinya pada bila-bila masa? Atau adakah seperti banjaran, walaupun rendah namun berpanjangan.....
Seberat mana kesetiaan yang akan ku terima daripadamu? Seberat mata memandang atau seberat sekor cicak kubing?
Berapa megahertz (mz) gelombang bunyi yang kau gunakan untuk kau menyatakan "I LOVE YOU" padaku? Seperti Radio Era fikirku mungkin.......atau paling kurang, Hot Fm..
Selaju manakah kehadiranmu disisiku saatku memerlukanmu? Atau adakah aku akan menangis dan meraung sepuasnya, baru kau datang membawa secebis kain untukku mengesat hingus? isk.....
Berapa pantas pergerakan mu untuk mengejarku tika aku merajuk denganmu? The Flash ? Superman ? Tidak..Kau hanya membiarkan aku pergi dan mencari sendiri damai di hati....
Mampukah kau menahan impuls dengan jumlah daya yang tinggi daripada kelukaan itu mendekatiku? Namun, aku juga yang terluka sebelummu, baru kau sedar akan kesakitan ku alami....
Adakah tenaga yang kau gunakan untuk meyalakan bara cinta kita mampu bertahan untuk selamanya? Aku harap begitu....tak pun, kau tuang minyak tanah bagi mempercepatkan pembakaran dan menghasilkan haba bagi menghangatkan dinginnya hubungan kita ini......
Berapakah jumlah isipadu airmata yang telah kau gugurkan untukku? Tak ada bukan.....kerana, DIRIKU BUKAN INSAN KAU CINTAI.....

Sunday, November 14, 2010

its doesn't means yours....



Someone asked me if i missed you..I close my eyes and just walked away..Then I whispered "So much more than ever". Because I cant just smile like nothings wrong. Talk like everything fine. Act it's all a dream and pretend its not hurting me.......
Missing someone isn't about how long it has been since you have seem them or the amount of the time since you have talked...
Its about very moment when you are doing something and wishing they were right there with you...

Love someone,
It doesn't matter if you suffer,
It doesn't matter if you cry,
It doesn't matter if you fight,
Because in the end, you will able to say:
I suffered, I cried, I fought
BUT I LOVE YOU...


People always said that sticks and stones may break my bones but words will never hurt me. 
If that true, then why did the words you say hurt me so much?

once u say u LOVE me....here and after, my heart and my soul always be yours..
my love..

Mentari Terbit Lagi..

Aku memerhati ikan yang berlumba-lumba dan berebut-rebut akan roti yang aku bagi kat dorang. Seronoknya aku tengok. Sesekali roti tu termasuk jugak kat mulut aku. 'Mak ikan'. Aku teringat dengan kata-kata seseorang. Aku pernah pergi kat Mines sebelum ni, dok kat pedastrian kat situ dan bagi ikan makan. Puas ati kalau dapat tangkap sekor,pas tu, masak lemak cili api ke...goreng tempoyak ke...gulai asam pedas ke..ahaks! Suke suki jer aku nak tangkap, kang tak pasal-pasal aku yang kena tangkap. Haha. Aku memerhati keadaan sekeliling. Sebelum aku kenal dia, aku tak pernah pegi Mines. Aku kan budak baik. Haha. Agak baik la. Paling jauh aku jalan pun Times Square, tak pun Midvalley. Aku teringat kat dia. Dia orang pertama yang dedahkan aku pasal bagi ikan makan kat Mines ni. Sekarang, dia jauh da. Sangat jauh dari aku. Aku mendiamkan diri. 'Bestnya jadi kau ikan.Tak perlu nak fikir ada pakwe. Ada cinta. Kecewa. Yang ko tau, nganga mulut, pas tu tangkap makanan yang orang kasi kat ko. Kfc, Mcd, nasi, roti, keropok dan entah macam-macam lagi yang ko bantai. Patut lah ko gemok. Haha. Gemok..??? Ehm..aku pernah memanggilnya 'gemok' dan dia memanggilku 'montel'. Sweet tak..Tak macam pasangan lain, abang, sayang, b, papa, mama, baby, babah, umi, abi....dan macam-macam lagi panggilan kat dunia nih. Gemok dengan Montel, manja apa. Yang penting, rasa sayang tu untuk kita. Kenangan tu, bukan sesuatu yang boleh kita lupakan dan delete serta merta. It take time and depends on that person. Begitu juga aku. Hubungan aku dengan dia expired kira-kira dua tahun yang lepas. Lama tak? tapi kenangan dengan dia, kadang-kadang menemani aku dan menyebabkan aku terasa sunyi walaupun dikelilingi insan yang sentiasa ada untukku. Aku cuba untuk menjulurkan kaki mencecah air di kolam itu. Namun, aku tarik balik. Aku fikir, 'kang ikan ni terbang, dia rembat dengan kaki aku sekali.' Haha. Agak sengal. Ikan mana leh terbang. Kejadahnya aku nih. Aku lihat bot yang lalu. Berenang lintang pukang sume ikan. Haha. 'Suatu hari nanti, saya ingin melamar kamu menjadi suri di hati ini di atas bot ini.' Serta merta air mataku mengalir. Aku tunduk. Air mataku tidak menjejaskan sedikitpun isipadu air di kolam ini. Begitu juga aku kehadiranku di hatinya. 
Ku menatap dalam kelam

Tiada yang bisa ku lihat

Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah

Yang sering melupakanMu

Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah


"Apa yang terjadi ada hikmahnya. P. Ramli pun pernah cakap, barang yang lepas, jangan dikenang. Kalau dikenang, merosak badan,memakan diri." Aku menoleh. Insan itu yang selama ini ada bersamaku, namun aku tidak menyedarinya kerana janji dan cinta palsu dari 'dia'. Ku ingatkan terang, namun masih ku meraba jua mencari tempat untuk berpaut dan bertahan. Aku ingatkan dia ikhlas menerimaku seadanya, namun sebaliknya. Aku ingatkan dia menyayangiku, rupanya itu palsu. Aku adalah kawan maya nya. Aku hanya persinggahan sementara dia menemui destinasi perlabuhan. Aku berterima kasih kepadanya, kerana mengajar aku erti menyayangi insan dengan menerima kekurangannya dengan seadanya. Tidak mungkin aku membencinya, kerana aku pernah menyayanginya. Pertemuan lawannya perpisahan. Kebahagiaan disusuli penderitaan. 
"Usah diratap apa yang telah terjadi. Ada hikmahnya yang kita tak nampak. Allah menganugerahkan pelangi nan indah selepas menurunkan hujan. Allah lebih mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku.". Aku mengesat airmata. Aku lupa akan berterima kasih kepadaNya ketika aku berbahagia dulu. Dok ralit sangat bergumbira dan bercintan cintun, aku leka. Aku tau, aku tidak sebaik mana. Sentiasa melakukan kesilapan. Namun tak ada ke, ruang untuk berubah?
"Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, namun kita mampu untuk membaiki setiap kelemahan dan kekurangan itu selagi kita diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi ini. Ada sebabnya, mengapa Allah memberikan yang salah kepada kita sebelum dia menemukan kita kepada yang betul dan sesuai untuk dijadikan teman hidup." Aku terdiam. 
"Jadikan pengalaman semalam sebagai peneguh keimanan kita kepadaNya.Jangan terus rebah. Kamu kena bangkit dan teruskan langkahmu dalam mencari sinar baru." Aku terharu. Insan ini, tidak pernah penat dan menjauh ketika aku memerlukannya. "Dia da bahagia sekarang..." Aku membalas. Sesungguhnya, aku masih tidak dapat melupakan sepenuhnya apa yang berlaku semalam bersama dengannya. "Doakan dia bahagia,kerana itu yang terbaik. Dia bukan untukmu dan kamu juga bukan untuk dirinya. Jangan pernah berdendam dengan dia. Kerana dia, kamu lebih menghargai insan lain bukan." Aku mengangguk. Ya, dia banyak mengajar aku erti menghargai. "Namun dia sendiri tidak tahu menghargai saya ketika saya dengannya.". "Kamu salah. Dia bukan tidak menghargaimu, namun dia tidak ditakdirkan untuk itu. Kamu terimalah hakikat, bahawa dia sudah menjadi hak perempuan lain." Aku terdiam tanpa kata-kata. Dia sudah berteman sekarang, dan aku masih begini. Melewati hari-hari dengan kesepian. "Dia sudah pun melupakan saya seratus peratus." Aku mengesat air mata. Kesiannya aku. Aku yang masih menyebut namanya. Aku yang mengingatinya. Kelukaan itu masih berparut dan terasa. Walaupun darahnya telah kering, namun parut masih jelas kelihatan. Insan disebelahku kelihatan tenang dalam senyuman. "Mungkin dia lupa, dan mungkin dia masih mengingatimu. Kamu harus belajar redha dan menerima hakikat bahawa dia hanya ditakdirkan sementara untukmu.". Tersenyum pahit aku dibuatnya. 'Nak ingat aku ni sesalu menyakitkan hatinya dan menyababkan nya kecewa.'. Aku merenung ikan berenang dengan gedik kat air tu. Aku baling dengan roti yang aku gumpal padu. Nah! Kena sekor. Ambik kau! Cian ko ikan, tak pasal-pasal jadi mangsa. Nasiblaaa..
"Ingat pesan saya. Allah menganugerahkan pelangi kepada kita, selepas menurunkan hujan. Belajar untuk menerima hakikat. Selagi dizinkanNya,saya akan selalu ada untuk kamu.". Aku berpaling melihat ketengan di wajahnya mulus pemuda itu. Dia tersenyum. "Terima kasih. Terima kasih kerana selalu ada untuk saya." Aku mendongak di langit selepas hujan. Cantinya pelangi. Benarlah katanya. Allah mengurniakan pelangi selepas menurunkan hujan buat seketika. 'Terima kasih Ya Allah.'

p/s : kalau bahagia tu, ingt ckit kat Tuhan yer.. sama2 la kita beringat2. :)

------------------------TAMAT----------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...