Sunday, November 14, 2010

Mentari Terbit Lagi..

Aku memerhati ikan yang berlumba-lumba dan berebut-rebut akan roti yang aku bagi kat dorang. Seronoknya aku tengok. Sesekali roti tu termasuk jugak kat mulut aku. 'Mak ikan'. Aku teringat dengan kata-kata seseorang. Aku pernah pergi kat Mines sebelum ni, dok kat pedastrian kat situ dan bagi ikan makan. Puas ati kalau dapat tangkap sekor,pas tu, masak lemak cili api ke...goreng tempoyak ke...gulai asam pedas ke..ahaks! Suke suki jer aku nak tangkap, kang tak pasal-pasal aku yang kena tangkap. Haha. Aku memerhati keadaan sekeliling. Sebelum aku kenal dia, aku tak pernah pegi Mines. Aku kan budak baik. Haha. Agak baik la. Paling jauh aku jalan pun Times Square, tak pun Midvalley. Aku teringat kat dia. Dia orang pertama yang dedahkan aku pasal bagi ikan makan kat Mines ni. Sekarang, dia jauh da. Sangat jauh dari aku. Aku mendiamkan diri. 'Bestnya jadi kau ikan.Tak perlu nak fikir ada pakwe. Ada cinta. Kecewa. Yang ko tau, nganga mulut, pas tu tangkap makanan yang orang kasi kat ko. Kfc, Mcd, nasi, roti, keropok dan entah macam-macam lagi yang ko bantai. Patut lah ko gemok. Haha. Gemok..??? Ehm..aku pernah memanggilnya 'gemok' dan dia memanggilku 'montel'. Sweet tak..Tak macam pasangan lain, abang, sayang, b, papa, mama, baby, babah, umi, abi....dan macam-macam lagi panggilan kat dunia nih. Gemok dengan Montel, manja apa. Yang penting, rasa sayang tu untuk kita. Kenangan tu, bukan sesuatu yang boleh kita lupakan dan delete serta merta. It take time and depends on that person. Begitu juga aku. Hubungan aku dengan dia expired kira-kira dua tahun yang lepas. Lama tak? tapi kenangan dengan dia, kadang-kadang menemani aku dan menyebabkan aku terasa sunyi walaupun dikelilingi insan yang sentiasa ada untukku. Aku cuba untuk menjulurkan kaki mencecah air di kolam itu. Namun, aku tarik balik. Aku fikir, 'kang ikan ni terbang, dia rembat dengan kaki aku sekali.' Haha. Agak sengal. Ikan mana leh terbang. Kejadahnya aku nih. Aku lihat bot yang lalu. Berenang lintang pukang sume ikan. Haha. 'Suatu hari nanti, saya ingin melamar kamu menjadi suri di hati ini di atas bot ini.' Serta merta air mataku mengalir. Aku tunduk. Air mataku tidak menjejaskan sedikitpun isipadu air di kolam ini. Begitu juga aku kehadiranku di hatinya. 
Ku menatap dalam kelam

Tiada yang bisa ku lihat

Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah

Yang sering melupakanMu

Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah


"Apa yang terjadi ada hikmahnya. P. Ramli pun pernah cakap, barang yang lepas, jangan dikenang. Kalau dikenang, merosak badan,memakan diri." Aku menoleh. Insan itu yang selama ini ada bersamaku, namun aku tidak menyedarinya kerana janji dan cinta palsu dari 'dia'. Ku ingatkan terang, namun masih ku meraba jua mencari tempat untuk berpaut dan bertahan. Aku ingatkan dia ikhlas menerimaku seadanya, namun sebaliknya. Aku ingatkan dia menyayangiku, rupanya itu palsu. Aku adalah kawan maya nya. Aku hanya persinggahan sementara dia menemui destinasi perlabuhan. Aku berterima kasih kepadanya, kerana mengajar aku erti menyayangi insan dengan menerima kekurangannya dengan seadanya. Tidak mungkin aku membencinya, kerana aku pernah menyayanginya. Pertemuan lawannya perpisahan. Kebahagiaan disusuli penderitaan. 
"Usah diratap apa yang telah terjadi. Ada hikmahnya yang kita tak nampak. Allah menganugerahkan pelangi nan indah selepas menurunkan hujan. Allah lebih mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku.". Aku mengesat airmata. Aku lupa akan berterima kasih kepadaNya ketika aku berbahagia dulu. Dok ralit sangat bergumbira dan bercintan cintun, aku leka. Aku tau, aku tidak sebaik mana. Sentiasa melakukan kesilapan. Namun tak ada ke, ruang untuk berubah?
"Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, namun kita mampu untuk membaiki setiap kelemahan dan kekurangan itu selagi kita diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi ini. Ada sebabnya, mengapa Allah memberikan yang salah kepada kita sebelum dia menemukan kita kepada yang betul dan sesuai untuk dijadikan teman hidup." Aku terdiam. 
"Jadikan pengalaman semalam sebagai peneguh keimanan kita kepadaNya.Jangan terus rebah. Kamu kena bangkit dan teruskan langkahmu dalam mencari sinar baru." Aku terharu. Insan ini, tidak pernah penat dan menjauh ketika aku memerlukannya. "Dia da bahagia sekarang..." Aku membalas. Sesungguhnya, aku masih tidak dapat melupakan sepenuhnya apa yang berlaku semalam bersama dengannya. "Doakan dia bahagia,kerana itu yang terbaik. Dia bukan untukmu dan kamu juga bukan untuk dirinya. Jangan pernah berdendam dengan dia. Kerana dia, kamu lebih menghargai insan lain bukan." Aku mengangguk. Ya, dia banyak mengajar aku erti menghargai. "Namun dia sendiri tidak tahu menghargai saya ketika saya dengannya.". "Kamu salah. Dia bukan tidak menghargaimu, namun dia tidak ditakdirkan untuk itu. Kamu terimalah hakikat, bahawa dia sudah menjadi hak perempuan lain." Aku terdiam tanpa kata-kata. Dia sudah berteman sekarang, dan aku masih begini. Melewati hari-hari dengan kesepian. "Dia sudah pun melupakan saya seratus peratus." Aku mengesat air mata. Kesiannya aku. Aku yang masih menyebut namanya. Aku yang mengingatinya. Kelukaan itu masih berparut dan terasa. Walaupun darahnya telah kering, namun parut masih jelas kelihatan. Insan disebelahku kelihatan tenang dalam senyuman. "Mungkin dia lupa, dan mungkin dia masih mengingatimu. Kamu harus belajar redha dan menerima hakikat bahawa dia hanya ditakdirkan sementara untukmu.". Tersenyum pahit aku dibuatnya. 'Nak ingat aku ni sesalu menyakitkan hatinya dan menyababkan nya kecewa.'. Aku merenung ikan berenang dengan gedik kat air tu. Aku baling dengan roti yang aku gumpal padu. Nah! Kena sekor. Ambik kau! Cian ko ikan, tak pasal-pasal jadi mangsa. Nasiblaaa..
"Ingat pesan saya. Allah menganugerahkan pelangi kepada kita, selepas menurunkan hujan. Belajar untuk menerima hakikat. Selagi dizinkanNya,saya akan selalu ada untuk kamu.". Aku berpaling melihat ketengan di wajahnya mulus pemuda itu. Dia tersenyum. "Terima kasih. Terima kasih kerana selalu ada untuk saya." Aku mendongak di langit selepas hujan. Cantinya pelangi. Benarlah katanya. Allah mengurniakan pelangi selepas menurunkan hujan buat seketika. 'Terima kasih Ya Allah.'

p/s : kalau bahagia tu, ingt ckit kat Tuhan yer.. sama2 la kita beringat2. :)

------------------------TAMAT----------------------

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...