Monday, November 1, 2010

Hadirnya Rindu Semalam

:::Part 1:::
"Awak sayang saya Ana?" Aku tersentak. Aku tersenyum,sah-sah Imtiaz ni da kena sampuk puaka rambutan yang kami 'kongsi' kat kebun asrama ni. Zairel Imtiaz kelihatan malu-malu kucing. Nak tergelak berguling-guling aku dibuatnya. Apa kes pula mamat ni. Aku biarkan jer persoalan Imtiaz berlalu tanpa jawapan. Aku leka dengan rambutan yang kita orang petik. Hak bersama lah katakan,hehe. Tak baik membazirkan rezeki yang Allah kasi. Kesimpulan awal yang dapat aku buat setakat ni.Ramai lagi pengawas tingkatan enam yang bersetongkol, dan kami berdua tidak berkecuali. Yang perempuan ketua pengawas asrama dan yang lelaki pula ketua pengawas sekolah. Kalau kena tangkap dengan Cikgu Abdullah ni, habis saham aku jatuh,itu ramalan awal aku la. ‘Tak apa, Cikgu Abdullah tu, muda lagi',hihi. 
"Ehem...ehem." Terkejut beruk aku dibuatnya dengan deheman kawan yang baru menyertai persatuan kami ni. Nasib baik aku tak tertelan biji rambutan ni,sengal punya Kimi. Imtiaz merungut. "Orang lain petik rambutan, hang petik anak dara orang". Imtiaz masih berdiam dengan gurauan pedas itu. Cuping telinganya merah apabila terdengar suara-suara nakal mentertawakannya. "Kimi a.k.a Muhamad Hakimi Hamdani, engkau ni, mengganggu privasi betullah. Aku baru nak bermanja-manja dengan Im ni." Aku menarik tangan Imtiaz dan berlalu dari situ. Aku berasa kasihan melihat Imtiaz dibuli sebegitu. Kimi memang terkenal dengan perangai buzy body. Kimi masih terkebil-kebil matanya melihat reaksi spontan aku. "Ana, saya tahu, Kimi pun suka kat awak." Aku menoleh. Terkejut monyet aku mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Imtiaz. Mamat ni, asyik-asyik cakap pasal hati dan perasaan. Aku sumbat dengan rambutan ni karang. "Biarlah dia. Saya malas nak ambil tahu. Dia kan dah ada Marliza.". Aku sebenarnya jelik dengan perangai Kimi. Punya la cantik Marliza tu, masih lagi nak menggatal dengan perempuan lain. Dasar lelaki mata bola keranjang! Ada ke mata bola keranjang? Lantaklah. Tersenyum sendiri aku dibuatnya. "Kenapa senyum?”. Imtiaz pelik. Terus mati senyumanku tatkala mendengar sergahan Imtiaz. “Jom balik, dah lewat ni. Masa makan da ni." Aku mengubah topik. Malas sebenarnya hendak melayan perasaan cintan cintun ni. 'Boleh buat program running slow, tak pun paling kurang boleh buat aku jammad!'. Imtiaz ni bukan tak handsome, handsome. Pandai pulak tu, budak Sains la katakan. Aku ni jer,Ekonomy student.  

"Kak, ada budak perempuan bergaduh kat belakang pentas". Aku terkejut,mana tak nya tengah aku syok-syok tanam pokok bunga kat pasu, ada budak perempuan menyergahku dari belakang. Nasib baik aku tak buka silat tadi,hihi. "Kenapa ni Syima? Macam kena kejar Mak Lampir jer". Ku menoleh, Arina terkekek-kekek gelak. Kenapa pulak ni? Sakit jiwa aku. "Ko ni kan Ana, nak juga ko sebut Mak Lampir, hantu cerita Indon yang ko tengok semalam". Hehe. Baru aku perasaan. "Syakila dengan Hasrin bergaduh, bertarik-tarik rambut kak." Huh? Bertarik rambut? Isk. pekejadahnya dua-dua orang pengawas nak bergaduh. Aku tarik tangan Arina, dan berlari menuju ke belakang pentas. Tergamam aku melihat dua orang pengawas asrama bergaduh. Pelajar lelaki datang hanya nak bagi sokongan moral supaya aktiviti dan adegan tarik menarik rambut berlaku dengan lebih rancak. Nasib baik dia orang tak bawa sepanduk. Terbang tudung kedua-dua makhluk Allah tu. nasib baik kedua-duanya memakai tracksuit, kalau pakai kain, entah macam lagaknya, aku pun tak pasti. Isk, tak boleh jadi ni. Nanti, tak pasal-pasal, dengan aku-aku pun kena. Aku mendekati kedua-duanya. Aku memberi arahan agar pergaduhan ini diberhentikan segera. "Syakila, Hasrin berhenti!" Mereka berdua tidak mengendahkan arahan aku. "Arina." Arina membantu aku meleraikan pergaduhan itu. Arina menahan Syakila dan aku menahan Hasrin. Syakila tingkatan empat, Hasrin pula lima. "Apa kes ni Hasrin?" Aku bertanya lembut. Hasrin berdiam diri. Syakila kelihatan menyinga. Entah hantu apa yang merasuk budak tu, aku pun tak tahu. "Hasrin, awak tu pengawas. Kenapa boleh jadi macam ni?" Aku mengajak Hasrin ke tempat lain. Dengan tidak semena-mena..
"Lain kali jangan main tikam belakang, pengecut namanya tu!" Aku mengunci kuat tangan Syakila ke belakang. Dia menyerang aku dari belakang, nasib baik aku sempat bertindak. Aku pulas tangan nya ke belakang. Syakila meronta-ronta melepaskan diri. Aku kunci sebelah lagi tangan nya kebelakang. Kan da mengangis. Malu la tu! Sakit betul hati aku, kalau aku tak sempat mengelak, lebam biji mata aku tersembam kena batu. "Ikut saya jumpa Cikgu Abdullah". Setelah disiasat, rupanya Syakila dengan Hasrin bergaduh kerana berebutkan Zairel Imtiaz! Alasan yang tidak munasabah.

"Abyatina Ana." Aku tersentak. Mengelamun rupanya...

:::Part 2:::

“Kau tak makan ke Ana?” Aku menoleh. Arina rupanya. Aku menggeleng. “Ana, ko kena makan, dah la badan ko macam cicak batu.” Azlan mencelah kemudian tergelak sendiri. Cicak batu?! Hari tu, cicak kubing, semalam cicak gurun. Sakit ati aku. Karang sakit mental aku melayan si Azlan ni. Aku mencebik. “Arina, nape ko tak masuk acara lontar peluru? Badan ok da tu.” Azlan semakin galak menyakat. Arina pula yang ,menjadi mangsa. Arina menghampiri Azlan, “Ada aku kesah?” Aku tergelak melihat reaksi Azlan. Macam cicak berak kapur. Haha,tau takut dengan Arina. Kalau setakat badan sekeping Azlan tu, sekali kena hempuk dengan Arina, berterabur tulang-temulang. Cakap aku kurus kering, dia tu cekeding. Haha.  Arina menuju ke mejaku. Kenapa Ana? Kau tak sihat ke, atau kau masih fikirkan apa yang Cikgu Tazeli cakap kat kau tadi.

“Assalamualaikum. Boleh jumpa dengan Ana?” Aku menjenguk di jendela kelas. Siapa pula nak jumpa dengan aku? Zairel Imtiaz? Aku menutup buku makroekonomi. Terdengar siulan nakal dari Azlan. Aku menoleh, terdiam terus Azlan. Nak tergelak pun ada tatkala melihat muka Azlan. Habis renda alas meja di pintal-pintal. Dasar sotong! “Nape Im?” Aku mengekori Zairel Imtiaz menuju bilik guru. “Cikgu Tazeli nak jumpa.” Adui, mesti ada hal ni,aku da dapat mengagak mengapa aku dipanggil. Vibrate lutut aku bila masuk bilik Cikgu Tazeli. “Ana. saya lantik kamu jadi ketua untuk minggu orientasi pelajar tingkatan enam.” Haaaah! Aku? “Bukan ke Zairel Imtiaz yang sepatutnya menjadi ketua?” Aku ingin mendapatkan kepastian. “Zairel ada tugas lain, dia cadangkan nama awak untuk ganti tempat dia.” Imtiaz ni saja nak kenakan aku. Geramnya aku. Aku gigit telinga dia, baru dia tahu. “Awak setuju dengan lantikan ini?” Cikgu Tazeli mengangkat keningnya. Tak tertelan air liur aku dibuatnya. “Kenapa tak pilih Ahmad Syahdan cikgu” Aku memberanikan diri bertanya. “Saya juga cadangkan Syahdan, namun Zairel bertegas ingin awak yang gantikan dia. Awak jangan risau Ana, Zairel akan tetap membantu awak, Cuma dia tak dapat nak bagi full commitment.” Cikgu Tazeli cuba memujuk.
“Ana..” terkejut aku. Mengelamun lagi rupanya aku. Aku menoleh di jendela. Sekali lagi terkejut. Zairel Imtiaz!. Apa lagi lepas ni. “Keluar sekejap.” Aku menurut. “Nah.” Aku pelik. Apa yang ada dalam bingkusan ni. “Awak tak makan lagi kan. Ni, saya belikan kueh untuk awak. Awak makanlah dengan Arina.” “Eh, tak apalah Im, lagipun saya tak ada selera. Awak pun belum makan kan.” Segan pula rasanya. Tak pernah mana-mana lelaki buat macam ni. Romantik pun ada,hehe. “Ana,awak ambillah. Saya nak cepat ni, ada kerja sikit.” “Tak apa la Im. Im makan la. Im pun tak makan lagi tu.” Aku segan sangat-sangat. “Sayang juga awak kat saya ek.” Kelihatan Zairel Imtiaz tersenyum. Aku dapat rasakan pipiku hangat. Sengal betul la mamat ni. “Ok, kita bahagi dua ya, ni untuk Ana, dan yang ni untuk saya.” Aku semakin rasa serba salah. Aku yakin, banyak mata yang memandang. “Ana, kalau awak tak sudi,tak apalah. Maaf ganggu masa rehat Ana.” Zairel Imtiaz mengorak langkah. Aku rasa bersalah pula. “Im”. Zairel Imtiaz menoleh sambil tersenyum. Ku ambil jua kueh itu. Hanya ucapan terima kasih yang terzahir di mulutku.

:::Part 3:::
“Abah,Ana tak balik minggu ni, Ana ada kerja kat sekolah.” Aku menelefon menggunakan public phone dengan Abah. Kat asrama mana boleh bawa benda terlarang ni, tambah-tambah lagi, kat mana nak cas handphone, kat lubang telinga? Hihi.“Nanti abah tolong beritahu kat ibu ya”. Abah hanya mengiakan  permintaanku. Aku sayangkan Abah, namun, berat nak aku luahkan. Yang penting, aku sayangkan abah. Ibu? Lagi la aku sayang. Aku menamatkan perbualan kerana kehabisan duit syiling. Aku keluar membeli barangan keperluan kiranya stock makanan la. Biasalah budak-budak asrama kalau keluar, skema sikit, termasuk juga aku. Hehe. Aku ditemani Arina, Siti, Aida, Mia, Izzah dan Momo. Momo? Mulanya aku pelik, ada juga nama manusia seperti itu. Rupanya, Momo tu singkatan daripada Morissa Moritza. Kita orang window shopping dulu, baru isi perut. Tempat  biasa, kalau tak Mcd, gerai makan Pak Leman. Hari tu, kami sepakat makan kat gerai Pak Ali.
“Ya Allah..” terkejut aku. Aku baru menoleh selepas mencuci tangan,  tiba-tiba di langgar oleh seorang mamat. Mata letak mana bang oi? “Maaf”. Katanya sepatah. Nasib baik minta maaf, kalau tak, aku langgar balik dia tadi. Boleh ke camtu, saling melanggar?. “Its ok”. “Cepatlah Bie”. Rengek seorang perempuan di sebelahnya sambil memeluk lengan lelaki tersebut. Bie? C tak ada ke? D ke..Geli aku.! Aku angkat bahu dan berlalu dari situ. Menu aku macam biasa tom yam seafood, nasi putih dengan teh o ais. Arina ku buli supaya membaca doa. Mana tidaknya, tak menyempat langsung. Datang jer hidangan, entah ada ke tidak basmalahnya. Aku tersenyum sumbing melihat muka Arina ketika membaca doa. Lintang pukang doanya. Hentam saja lah Labu. Haha.
“Ana”. Aku mengangkat muka. “Ada apa Momo?” Semua mata terarah kepada Momo. “Ko kenal ke mamat tu Na?”. “1,2,3”. Arina menoleh. “1,2,3”. Siti dengan Aida menoleh. “1,2,3” Izzah dengan Mia menoleh, dan last sekali, giliran aku. Kiraan 1,2,3 di lakukan bagi mengelak orang yang ingin di lihat itu perasaan akan dirinya diperhatikan. Jika menoleh sekaligus, nescaya dia akan perasaan. Bijak tak? Hehe. Owh, mamat ni. Saat aku melihat kearahnya, lelaki itu turut melihat ke arahku. Dia tengok aku ke? Kelihatan lelaki itu tersenyum. Senyum kat aku ke? Entah. Aku mengangkat bahu. Malas nak perah santan banyak sangat. Dia tengok orang lain la tu, mata dia macam juling jer. Lantaklah. “Biarlah dia Mo. Mata dia juling kot, sbb tu macam tengok kat sini.” Aku menghabiskan baki tom yam kegemaranku. “Awek dia ke sebelah dia tu?” Izzah bertanya untuk mendapatkan kepastian. Aku mengangguk. “Mana kau tahu? Kau kenal dia ke Na?” Mia pula menjadi wartawan part time. “Tadi aku dengar dia panggil mamat tu Bie”. “Melepaslah la..” Kedengaran Aida mengeluh. “Melepas? Melepas apa Aida? Melepas bammmm ke?” Arina mencelah. Haha. Kecoh meja kami dengan gelak tawa. “Ye la, muka dia hansome, bergaya..”. “Dah..dah..kau ni, kalau dilayan, makin gatal. Aku report dengan ayah kau nanti.” Izzah mencantas kata-kata Aida. Aida mencebik. Aku pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan. Aku berborak sekejap dengan Pak Ali, aku agak rapat dengan dia. Setiap kali aku makan disitu, aku akan mendapat diskaun. Nasib baik anak Pak Ali semuanya da kawen, kalau tak, boleh jadi mertua. Haha.
“Astagfirullahalazim.” Terkejut aku. Mamat ni lagi. Dia berdiri terlalu hampir dibelakangku tadi. Mana tak terkejut aku. Jangan-jangan mamat ni psiko. “Maaf.” Aku mengangguk. Aku berlalu tanpa melihat wajahnya. Takut!. “Saudariiiii.......” Aku menoleh. Dia menunjukkan wallet aku yang tertinggal di kaunter. Spoil betul la. Sakit ati aku. Malu pun ada. “Terima kasih.” Aku mengucapkan terima kasih kemudian berlalu meminta diri. “Kasihmu di terima.” Walaupun perlahan, namun aku tidak pekak lagi. Lelaki psiko yang gatal!


***akan bersambung***



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...