Sunday, October 24, 2010

Cinta Semalam

“Ko tau tak, pasal kau, aku tak sempat jumpa dengan ayah aku!” Yusrina mencekik kolar baju pengawal yang menjaga pintu hadapan. Amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Kalau dapat, ingin di telannya hidup-hidup lelaki itu dari kepala sampai ke kaki. Kelihatan pengawal itu menelan air liur. Takut barangkali melihat kemarahan Yusrina. “Bagaimana perasaan kau kalau benda ni terjadi pada kau sendiri?” Yusrina mencekik lebih kuat lagi kolar baju  pengawal tersebut. “Sabar Long” Angah mententeramkan kakaknya. Angah juga turut menangis. “Dia tak tau Ngah, macam mana rasa kehilangan orang kita sayang”. Setelah dinasihatkan oleh adiknya, barulah  Yusrina melepaskan secara kasar kolar baju pengawal yang bernama Hamdan itu. Terkebil-kebil matanya dimarah sebegitu. Yusrina mengusap air mata yang tumpah. Masakan dia boleh menahan amarahnya. Kerana di halang naik ke atas, dia tidak berpeluang untuk berjumpa dengan arwah ayahnya untuk kali terakhir.
“Yuza Yusrina Binti Yunus…..” Zaiful Adib memanggil nama pelajarnya yang kelihatan tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Yusrina terkesima. Merona merah mukanya tatkala dia perasaan dia menjadi perhatian dalam kelas. Jatuh saham aku! “Jumpa saya selepas kelas.” Yusrina mengangguk. Kena lagi kali ni, Yusrina mengeluh. Fikirannya buntu tatkala memikirkan perihal mamanya ingin berkahwin lagi. Dia sebagai anak sulung, terasa tempias tanggungjawab. Angah menangis-nangis semasa call dia semalam. Angah malu jika mama berkahwin lagi. Angah sanggup berhenti sekolah. Ingin rasanya Yusrina balik ke rumah dengan segera dan memeluk adiknya.‘Kenapa mama nak kahwin lain? Mama tak sayang lagi ke dengan arwah ayah? Mama tak bahagia ke dengan kami semua? Mama takut tak ada orang jaga mama masa mama tua nanti ke? Mama kenapa....?’. Dia menjerit dalam hati. Terasa hangat air mata mengalir. Di tambah lagi dengan bebenan tugasan di kolej. Sebagai seorang penuntut Chemical Engeneering tahun akhir, dia lebih banyak memerlukan masa di kampus berbanding di rumah. Plant design perlu di hantar seminggu lagi. Proposal untuk projek technoprenuership perlukan lebih kuarng 200 muka surat. Walaupun ia bekerja dalam kumpulan, masih terasa bebanan. Terasa ada sesuatu yang menujah otaknya dari tidak terus berfikir masalah itu.
“Awak kenapa Ina? Awak ada masalah. Any problem with your plant design?” Zaiful bertanya lembut. Dipandangnya wajah pelajarnya itu. Sebenarnya, dia menyukai Yusrina, namun dia berani hendak meluahkan kerana perasaannya kerana Yusrina merupakan pelajarnya sendiri.  Yuza Yusrina, secantik nama. Walaupun nampak kasar dan di gelar ‘bossy’ dalam kelas, dia jika didekati, kita adalah orang yang paling bahagia. Zaiful menilai sendiri. Yusrina memandang kosong wajah pensyarahnya itu. Handsome! Weh, bangun,bangun. Jangan berangan. Cepat-cepat dia menggeleng. “Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Zaiful Adib terkesima. Kelihatan penting benar panggilan sampai Yusrina pergi dengan tergesa-gesa. Siapakah yang menelefon? Kekasihnya ka? Tunangannya ka? Hatinya dipalu cemburu.
“Along jaga mama, jaga Angah dan jaga adik kalau ayah dah tak ada nanti.” Airmatanya gugur tatkala terkenang kembali pesanan arwah ayahnya. Yusrina rapat dengan ayahnya berbanding mama. Selepas membaca Yaasin, dia mencabut anak-anak rumput  yang mula meliar dan menyiram pusara ayahnya. ‘Ayah, rindunya Along kat ayah. Along sayangkan ayah lebih dari Along sayang segalanya. Ayah, Along tak kuat untuk terima semua ini ayah. Ayah, Along tak mampu nak tengok mama bersanding hari ni. Ayah, Along rindu sangat nak peluk ayah.’ Tumpah juga air matanya walaupun cuba di tahan. Sesungguhnya, kehilangan ayah yang tercinta telah meragut sebahagian besar kehidupannya.
“Anak ayah dapat nombor berapa dalam kelas?” Ayah mengusap lembut kepala Yusrina. Ayahnya sudah dapat mengagak, mesti anak sulungnya tidak mendapat nombor satu dalam kelas sebab itulah mukanya monyok semacam jer. Makan pun tak nak dan yang paling ketara, dia mendiamkan diri. Tiba-tiba, Yusrina memeluk ayahnya erat. “Ayah, Along tak dapat nombor satu.” Yusrina menangis teresak. Dia kecewa kerana menghampakan harapan ayah dan mamanya. “Along, tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Apabila kita telah berusaha sebaiknya, kita bertawakal kepada Allah. Ayah tahu, anak ayah dah cuba yang terbaik. Ayah berbangga dengan Along. Along harus mencontohi karang, walau dihempas ombak kuat, namun ia tetap cantik dan teguh di dasar lautan.” Yusrina memeluk ayahnya sambil mengesat air mata. 
http://www.youtube.com/watch?v=MvuXihFaMQo&feature=related (sila klik disini)
“Along”. Yusrina terkejut. Angah rupanya. “Mama cari Along.” Yusrina memeluk adiknya. Angah pun turut menangis sama. Dia tahu, setiap kali kakaknya balik, perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menziarahi pusara arwah ayahnya. Dia juga tahu, kakaknya cuba untuk berlakon tabah dihadapannya dan adik, semata-mata tidak mahu mereka bersedih. Adiknya yang bongsu, Yuza Yazira, masih muda dan tidak tahu apa-apa.Yang dia tahu, dia akan dapat ayah baru, dan dapat bagi duit untuk dia.
Apabila sampai di perkarangan rumah, mama terus memeluk Yusrina. “Along, mama sayangkan Along, Angah dengan adik. Sayang mama untuk anak-anak mama tidak pernah berubah dan tidak akan pernah berubah. Mama sayangkan anak-anak mama”. Yusrina menangis mendengar pengakuan mamanya. “Kalau mama sayangkan kami semua, mengapa mama kahwin lagi?” Yusrina mengelap air mata yang berjuraian membasahi pipinya. Angah juga begitu. Mamanya kehilangan kata-kata. “Sebab mama kamu sayangkan kamulah, maka dia berkahwin dengan pak cik. Dia tidak mahu kamu semua berhenti menerima kasih sayang dari seorang ayah. Mama kamu mengorbankan perasaanya tatkala mendengar cemuhan dari orang sekeliling hanya ingin melihat keluarganya kembali seperti dulu. Ada lelaki yang akan melindungi keluarga ni. ” Seraya mendengar pengakuan itu, Yusrina terus memeluk mamanya. Dia rasa bersalah kerana telah berfikiran negatif perihal mamanya berkahwin lain. Dia juga meminta maaf kepada suami baharu mamanya.
Yusrina menatap foto keluarganya. ‘Yunus berkahwin dengan Zainab dan lahirlah tiga orang cahaya mata yang comel-comel. Yuza Yusrina, Yuza Yusra dan Yuza Yazira’. Yusrina mengomel sendiri. Dia memeluk kain pelekat arwah ayahnya. Itulah peneman dan pengubat rindunya. Sekarang, dia sudah bergelar engineer seperti harapan dan impian arwah ayahnya. Walaupun peristiwa ini telah lima tahun berlalu, namun ingatannya terhadap arwah ayahnya masih kukuh dan utuh seperti karang di dasar lautan. Baginya, dia hanya ada seorang dan tidak akan pernah ada pengganti untuk ayahnya itu. ‘Zaiful Adib? Zaiful pernah meluahkan perasaan terpedam kepadanya, namun entahlah. Apa yang pasti, tidur dulu. Esok-esok aku fikirkan pasal mamat tu’. Yusrina mengomel sambil tersenyum penuh makna.

2 comments:

  1. good job!! p klu ktk smbng entry tok jd cinta smlm part 2 pon besh juak....ktk berik penjelasan gik pasal kluarga yusrina ya camni n ape pghujung cete ngn zaiful adib...so, cete akn btmbh beshh..n org akn tetanyak2 ape gk yg blaku pastok..

    ReplyDelete
  2. zarah : tQ my love....hehehe..xda idea la..just wait, i'll continue it n become a short novel.. :) hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...