Friday, November 12, 2010

Tercipta Hanya Untuk Dirimu...

“Kenapa abang buat saya macam ni?” Nazirah mengesat air mata yang sedari tadi di tahan. Dia mendongak melihat kejernihan di wajah Syamil. Ketenangan di wajah Syamil yang banyak mengubat dukanya selama ini, dan sekarang ketenangan itu juga yang menagih air matanya. Sedangkan aku? Nazirah mengusap pipinya. “Setakat ini sahaja jodoh kita. Saya harap awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya.” ‘Saya?’ ‘Awak?’. Nazirah terpana lalu  tunduk. Di usap air jernih yang mengalir di pipinya untuk sekian kalinya. ‘Ini yang kau sendiri nak kan?’ Hatinya berkata keras. “Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Syahmil meminta diri, namun dia tidak balik sebenarnya. Dia pergi ke suatu sudut. Nazirah tidak mampu untuk mengangkat muka melihat kepergian Syahmil. Kepalanya sakit lagi. Sakit, ya amat. ‘Terima kasih Abang.’Nazirah berkata dalam hati. Tidak mampu untuknya menahan tangisan ini. Syamil hanya memerhati gelagat Nazirah. Tanpa disedari, air jernih mengalir juga dipipinya. Nazirah. Cinta hidup dan matinya. Mana mungkin dia mampu menyintai wanita lain seperti dia menyintai Nazirah. ‘Maafkan Abang,Sayang. Abang tidak mampu. Cinta Abang pada Sayang, hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya.” Syahmil menghilangkan diri dalam khalayak ramai.

5 bulan berlalu. Nazirah meminta diri selepas melawat adiknya yang baru lepas bersalin anak sulung. Kembar. Seorang lelaki, seorang perempuan. Yang perempuan, namanya Nur Hana Nazirah dan yang lelaki namanya Muhamad Iqbal Syahmil. ‘Syahmil?’. ‘Sayang rindu sangat dengan Abang.’ Tika itu, hanya air mata yang mampu menjawab hatinya kala itu. Nazirah mencium pipi gebu milik Muhamad Iqbal Syahmil. Berat rasa bahunya memikul rasa perpisahan itu. Semasa mencuci muka di washroom, pandangannya menjadi kabur. Memang itu kesan daripada penyakitnya. Badannya hilang imbangan dan terus terjatuh. Sedar-sedar, dia dikelilingi oleh ibu dan ayahnya. Kelihatan ibunya menangis. Ayahnya pun begitu. Nazirah tersenyum lalu bertanya, “Nape ni, Along belum mati lagi la.” Seraya mendengar ayat itu, ibunya terus memeluknya. Nazirah tidak dapat menahan sendu. “Ibu..ayah.Along sayangkan ibu. Along pun sayangkan ayah.” Ayahnya mengusap ubun-ubun anaknya itu. “Ayah dengan ibu pun sayangkan Along. Semua orang sayangkan Along.”. Selepas beberapa hari mendiami rumah putih itu, dia dibenarkan balik. Semasa melepasi satu bilik, dia rasa tertarik untuk membukanya. Mungkin kerana kedengaran alunan lagu Puisi Cinta yang datangnya dari bilik itu. Kelihatan seorang lelaki bertopi duduk di birai katil tetapi membelakangkan dirinya. “Assalamualaikum”. Nazirah terpana. Terasa berdenyut kepalanya saat itu. Syahmil tersenyum. Rindu di hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun, mengapa wajah Nazirah pucat? Apa yang dia lakukan di hospital ni? Syahmil menyahut salam Nazirah dan menjemput dia masuk. Keadaan diam sementara, bagaikan ada malaikat yang lalu. Nazirah kehilangan kata-kata. Syahmil kelu untuk berkata. “Apa khabar?” Syahmil bertanya memecahkan kesunyian. “Alhamdulillah, sihat.” Syahmil perasaan, Nazirah sudah bertudung sekarang. Cantik. Sebelum ini, Nazirah memang cantik, namun bila bertudung, semakin manis dan ayu. “Aaa......”. Nazirah tidak tahu. Nak panggil awak ke abang. Rindu pada Syahmil tidak terluah dengan kata-kata. Nazirah merenung dalam wajah Syahmil, masih tenang. Namun, kenapa pucat? Sakitkah dia?. Nazirah meminta diri untuk balik. Dia tidak mampu untuk berdiri lama, dia takut dia akan menangis. Sekian lama dia menahan rasa di hati. Tidak mungkin dia melukakan hati Syahmil untuk menerimanya semula, kerana dia tahu, bila-bila masa sahaja dia akan berjumpa kekasih abadi.

Assalamualaikum,
Pertama sekali, Abang hendak minta maaf kat Sayang sebab lukakan hati Sayang. Abang tidak pernah berniat untuk melukakan hati Sayang. Tapi,Abang terpaksa. Abang terlalu sayangkan sayang. Tak mungkin abang mampu untuk melihat air mata sayang. Berat untuk Abang ungkapkan kata-kata itu, namun Abang tidak berdaya Sayang. Abang minta maaf Sayang.
Abang nak Sayang tahu, cuma ada Nur Hana Nazirah di hati Abang. Tidak ada apa yang mampu mengubahnya selain Pencipta kita. Hanya nama itu yang menjadi racun dan penawar di hati Abang. Hanya insan itu yang membuatkan hari-hari Abang menjadi indah. Sayang, hanya Sayang di hati Abang, percayalah dengan Abang. Namun, apakan daya, nyawa ini bukan milik kita abadi. Mungkin, masa Sayang baca surat Abang ini, Abang dah tak ada. Abang minta maaf, Abang berahsia dengan Sayang pasal penyakit Abang. Sayang, Abang disahkan leukemia saat hubungan kita sedang memekar. Apa daya Abang.
Abang minta maaf, sebab Abang mungkir janji untuk jaga Sayang sepanjang hayat Abang. Abang ingin sekali melakukannya, namun....Abang tak mampu. Sayang, janji dengan Abang, Sayang jangan nangis kalau Abang dah tak ada. Nanti tak comel lagi. J Biarpun Sayang bukan yang pertama, namun Sayanglah yang terakhir dalam hidup Abang. Sayang, Abang sayangkan Sayang.
Abang teringin nak tengok sunset dengan Sayang. Abang teringin pegang tangan Sayang masa tengok sunset. Sayang, halalkan apa yang Sayang pernah kongsi dan beri dengan Abang. Abang sayang Sayang sepenuh hati ini. Sekian,wasalam.
Yang ikhlas menyintaimu,
Muhd.Iqbal Syahmil

Nazirah melipat surat itu. Leukemia? Ya Tuhan, dugaan apakah yang Kau berikan padaku ini. Nazirah meraup mukanya. Air mata sedari tadi memang menjadi teman. Bahunya terasa sangat berat untuk memikul berita itu. Dia rasa terlalu kerdil untuk dugaan yang maha hebat itu. Pada dasarnya, surat itu sepatutnya diserahkan kepada 
Surat itu adik Syahmil yang berikan semasa mereka berjumpa di Midvalley petang tadi.Nazirah selepas pemergiannya, namun Anita tidak sampai hati untuk melakukannya.Kedengaran azan Subuh. Rupanya,semalaman dia tidak tidur. Nazirah mengambil wudhuk dan mengerjakan solat Subuh. Di tikar sejadah, dia sujud kesyukuran kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan bertaubat. Dia berasa begitu kerdil dak tidak punyai apa pun. Semasa hendak bangun menyimpan telekung, sekali lagi dia pengsan disebabkan kesakitan kepala ya amat.
Majlis akad nikah dilakukan dalam suasana yang sederhana namun penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Akhirnya, dengan sekali lafaz, Nur Hana Nazirah Binti Habibudin menjadi milik Muhamad Iqbal Syahmil. Gugur jua air mata Nazirah saat Syahmil mencium dahinya. Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang Dia rencakan. Kedukaan dilengkapi dengan kebahagiaan. Hidup mereka dihiasi dengan senyuman dan kegembiraan. Syahmil imam, Nazirah makmumnya. Doa diaminkan bersama. Syahmil akan mencium dahi isteri yang tercinta selepas sembahyang, sebelum dan selepas bangun tidur. Setiap kali Nazirah menyikat rambut suaminya, dia akan menangis. Tidak mampu untuk dia melihat rambut suaminya semakin gugur. Dan setiap kali itu juga Syahmil akan memeluknya dan Syahmil akan mengucapkan kalimah, ‘Abang sayangkan Sayang.’
Keadaan riuh rendah dengan suara anak-anak buah masing-masing. Kedua-dua keluarga iaitu keluarga Syahmil dan keluarga Nazirah bersetuju hendak mengadakan picnic bersama-sama. Syahmil memimpin tangan isterinya untuk duduk di suatu kawasan bagi melihat sunset. Syahmil mencium tangan isterinya seraya berkata, “Sayang, Abang hendak Sayang tahu, Abang sangat-sangat sayangkan Sayang. Tidak akan ada pernah sayang kedua di hati Abang. Tak ada kalimah yang lebih agung untuk Abang katakan bahawa Abang sayangkan Sayang.” Nazirah tidak mampu untuk menangkis air mata daripada gugur. Syahmil mengelap air mata kemudia mencium dahi isterinya. “Sayanglah isteri dunia dan akhirat Abang.”. Nazirah memeluk suaminya. Nazirah kehilangan kata-kata. Syahmil mencium tangan isterinya dan isterinya erat-erat. Tidak akan pernah dia melepaskan pelukan itu sampai bila-bila. Dia tahu, isterinya menahan sakit. Walaupun isterinya tidak pernah memberitahu dia menghidapi barah otak, namun dia tahu. Dia tidak mahu isterinya lemah apabila melihatnya menangis. Setiap kali dia melihat Nazirah menahan sakit, dia akan menangis. Jiwanya hancur melihat isterinya menahan sakit. Nazirah tidak pernah makan ubat dihadapannya. Dia tahu juga, Nazirah sedaya upaya untuk menggembirakannya. Betapa mulianya hati isterinya itu. ‘Abang sayangkan Sayang sampai bila-bila.’ Subhanallah. Kelihatan cantik dan indah sekali sunset pada petang itu. Seindah isterinya. Syahmil mengucup dahi isterinya yang sedang lena. Syahmil tersenyum. Dia pun berasa penat dan inginkan rehat. Semua ahli keluarga akan terasa sayu dan syahdu melihat percintaan antara Syahmil dan Nazirah. Kedua-duanya pergi dalam wajah yang tenang dan bahagia. Kelihatan Nazirah sedang memeluk erat suaminya seumpama enggan melepaskan dan Syahmil pula menggengam erat tangan isterinya. Sunset pada petang itu menjadi saksi berakhirnya kisah cinta anak Adam ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...