Monday, October 18, 2010

Pelangi Kasih

= Pelangi Kasih =
"Aitif tak datang jenguk kau ke Isha?" Aku mendongak. "Nak ke dia datang...." Seketika air mataku mengalir. "Tak apa Mia, dia banyak kerja." Aku menyedapkan hati sendiri. "Kau jangan nak back up-back up dia Isha. Aku kenal Aitif tu". Mia mengemas barang-barang hendak balik. Kasihan pula aku dengan dia. Lepas balik kerja, terus pergi melawat aku. Aku pula, sudah seminggu mendiami bilik putih ni. Family aku jauh. Nasib baik housemate aku ni baik, kalau tak, sunyi la aku.
sakit masa ni..
"Kau jangan fikir sangat si Aitif tu Isha. Kalau setakat muka tempoyak basi tu, petik jari kau boleh dapat." Mia melepaskan apa ketidakpuashatiannya. "Huh? tempoyak basi?". Tergelak juga aku dibuatnya. "Ko ni, tak baik tau cakap Aitif macam tu". Aku rasa kasihan pula dengan Aitif bila dilabel seperti tempoyak basi. "Memang pun. Ko ni pula, aku tau la rabun, terus da tak boleh beza intan dengan kaca. Si Hariz yang macho tu, ko tolak pula. Geram aku dengan kau ni.". Aku menadah telinga jer. Disambung, nanti makin panjang tazkirah percuma Mia ni. Aku cuma mengangguk macam burung belatuk."Aku balik dulu. Apa-apa nanti, give me a call. Ok my dear." "Thanks Mia. Aku sayang kat kau." Terharu aku dengan pengorbanan dia. "Aku pun sayang ko juga. Ko jaga diri k. Assalamualaikum". Salamnya ku sahut dalam hati.
Aku menoleh di meja di sebelah katilku. Bunganya sentiasa bertukar. Hampir setiap malam. Aku pelik. Sentiasa yang setia menghantar bunga carnation putih. Setahu aku, bunga carnation untuk mengelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. Aku da tanya dengan Mia, Mia pun tak tau. 
Aku memakai baju sejuk yang diberikan oleh Aitif setahun dulu semasa kami pergi ke Genting bersama-sama dengan keluarganya.. Aku mengorak langkah menuju taman di hadapan hospital. Ku peluk baju itu. Rindunya aku dengan dia. Aku duduk di buaian kanak-kanak. Indahnya bintang malam ni. Sebak rasanya.di pinggirkan tunang sendiri. Aku sayangkan dirinya bukan kerana hartanya dan pangkatnya. Aku menyayangi dirinya seada dirinya. Aku tahu, ramai kawan-kawanku hairan mengapa aku memilih Aitif. Ya, dia memang tidak ada rupa, namun aku sudah menyayanginya dan dia juga menyayangiku. Dia sayang ke kat aku ke? Sayang..cuma dia buzy masa ni. Aku tersenyum. Ya, Aitif sayangkan aku. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan mendail no Aitif.
"Siapa ni?" Kedengaran suara perempuan di hujung talian. Aku kenal suara mamanya, suara Lydia adiknya. Itu bukan suara mama atau Lydia. 
"Siapa ni?" Aku bertanya lagi. Berdebar rasanya hanya Tuahn yang tahu. Nak marah, nak menangis pun ada. Semuanya ada. Tapi aku masih boleh bertenang. "Saya tunang Aitif". Tunang????....Apa ni..?? "Tunang Aitif?". Bergetar suaraku bertanya. "Ya. Ni siapa?".  Terdengar jelas ketenagan suara wanita itu. "Sa..ya.......saaaaaya......saya kawan dia."Tak terkeluar suaraku. Aku menjawab dengan perasaan yang hancur namun aku tidak puas hati selagi aku tidak mendengar dari mulut Aitif sendiri. "Owh, kawan Abang Aitif. Dia tak ada. Dia tengah bercakap dengan ayah saya. Cik nak bercakap dengan dia ke?". "Ya." Aku tidak mampu untuk menuturkan kata-kata selain daripada perkataan itu.
"Kenapa ni?" Aku terkejut. Cepat-cepat aku menyeka air mata yang membasahi pipi. Aku menoleh, Hariz rupanya. Aku memandang ke arah lain. Beratnya dugaan kali ini. Sangat berat kurasakan bebanan di bahu ini. Tak terdaya untukku berdiri. Terasa pedih di hulu hatiku. Tunang..??? Aku..??.Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku. Sungguh aku tidak berdaya. Pengakuan Aitif bagai halilintar membelah Bumi. Lemah lututku untuk teguh berdiri. Aku bertanya mengapa aku dilakukan seperti ini, dengan mudah dia menjawab "Hati saya bukan untuk cinta awak lagi Isha". Ya Tuhan,berikanlah aku secebis harapan untuk berdiri semula. Sedihnya aku tika ini, Tuhan sahaja yang tahu. Kulihat bintang di langit nan gelap. 'Bintang owh bintang, ko dengar tak apa yang Aitif cakap kat aku tadi? Dia da tinggalkan aku. Dia da ada perempuan lain dalam hidupnya. Bintang,aku sedih sangat ni, dia main-mainkan aku rupanya selama ini. Bintang,tolong cakap kat Aitif, aku rindu sangat kat dia'.
"Sabar la Isha." Suara Hariz perlahan sahaja namun jelas di pendengaranku. Aku menoleh. "Hariz, Aitif tinggalkan saya". Pada masa itu, aku rasa ingin memeluk Hariz, ingin ku lepaskan tangisku di bahunya. "Saya tahu". Aku tersentak. "Apa yang awak tahu?"..Aku menyeka air mataku. "Aitif sudah hampir sebulan bertunang dengan Nur Azmira Aidan". Ya Tuhan, gagahkanlah hatiku untuk menerima perkhabaran ini. Nur Azmira? Sepadanlah tu, Aitif Afifi dengan Nur Azmira Aidan. Duhai airmata, berhentilah. Ku lihat cincin belah rotan di jari manisku. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kenapa aku tidak dimaklumkan semua ini. Aku sedar. aku tidak sesempurna wanita lain. Penyakit buah pinggangku boleh menyebabkan aku berisiko untuk mengandung. Kasihannya aku. Lemah ku rasa otot kaki ku ini. Tak berdaya untuk berdiri. Ku rebah di tanah. Terlukanya hatiku saat itu, Tuhan saja tahu. Sedalam mana kelukaannya, aku sendiri tidak pasti. 
"Awak ok Mayesa?" Hariz menghampiriku. Aku menolak. "Saya ok." Aku tersenyum pahit tapi pipiku tetap dibasahi air mata. "Saya sayangkan dia Hariz. Sampai hati dia buat saya macam ni. Apa dosa saya Hariz." Hariz mendekatiku. Dia memimpinku berdiri menuju ke bilik. Kakiku tidak terdaya untuk melangkah. Terasa ringan untuk memijak tanah. "Sabar Isha. Ada hikmah semua ini. Saya kan ada untuk awak. Awak sabar ye." Hariz membaringkan aku ke katil. Dia menyelimuti badanku dengan selimut. "Sebelum tidur, jangan lupa baca Alfatihah, 4 Qul dan Ayatul kursi". Aku mengikuti apa yang Hariz cakapkan bagaikan anak kecil. "Ingat Isha, segala-galanya telah Allah rancang dengan sebaik-baiknya. Dia lebih tahu apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Dan kepadaNya juga kita kembali." Aku terharu dan sedar tatkala mendengar kata-kata azimat itu. Ya. Aku yakin, Allah Maha Menguasai dan Mengetahui segalanya. Pabila bangun pagi itu, aku melihat sekeping nota bersama dengan bunga carnation memenuhi ruang bilikku. Terdapat sekuntum ros merah bersebelahan dengan bantalku.Siapa penghantarnya?. Aku membaca nota tersebut,


Come stop your crying
It will be alright
Just take my hand
Hold it tight
I will protect you
From all around you
I will be here
Don't you cry
For one so small
You seem so strong


Zalfa Mayesa, ingatlah saya masih disini untuk awak dan akan sentiasa ada untuk awak. Bersabarlah menerima dugaan ini, kerana selepas hujan, Allah akan mengurniakan pelangi nan indah kepada kita.
Yang sentiasa ada untukmu,
=Abdullah(Hamba Allah)=
Aku tersenyum. Romantik mamat ni. Dia ambil lagu You'll be in my heart. Siapakah dia, menjadi persoalan. Tak mungkin Hariz. Aku pernah mengecewakannya dulu.

Sekarang, sudah seminggu perkara itu berlaku. Aitif mengajakku berjumpa. Aku setuju kerana aku ingin mendapatkan kepastian mengapa dia melakukan keputusan senekad itu dengan meninggalkan aku. Aku membiarkan rambutku tanpa diikat. Dari jauh kelihatan Aitif dan tunangannya. Aku membuka cermin mata. Inilah perempuan yang berjaya memikat hati Aitif. Cantik lagi aku berbanding dia(saja nak sedapkan hati). Patutlah Aitif memilihnya, tutur katanya lembut, beriman, bertudung labuh dan cantik. Aku? Setakat engineer biasa. Bertudung jauh sekali. Aku memakai semula cermin mata hitamku. Aku tidak ingin Aitif melihat airmataku. Sesungguhnya, hati mana mampu bertahan melihat kebahagiaan mereka. Hipokritnya aku mengucapkan 'Selamat berbahagia' untuk mereka berdua. Rupa-rupanya Azmira tidak tahu sebelum ini Aitif bertunang denganku. Aku menanggalkan cincin belah rotan di jariku, lalu ku serahkan kepada Aitif. Kelihatan Azmira terpinga-pinga.'Ko jaga lah Aitif baik-baik untuk aku ya'. Aku terus menuju ke KLIA kerana penerbanganku ke Scotland pada pukul 7:30 malam. Aku mengambil keputusan untuk menyambung study. Sebenarnya trip ini lebih kepada hendak menenangkan hatiku yang lara. Mungkin dengan mencari ilmu di tempat orang, kedamaian akan ku raih semula. Insyaallah.

Setelah lima tahun aku diperantauan aku kembali ke tanah airku, tempat tumpah darahku. Aku tidak pulang dengan tangan kosong. Sekarang,alhamdulillah.Sesungguhnya, benar la apa yang Hariz cakapkan. Ada hikmah apabila Allah menduga kita. Pertamanya, supaya kita kembali kejalannya dan melalui dugaan itu juga, kita akan menjadi semakin dewasa dalam menilai hati budi manusia. Aku rasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang belajar ke Scotland kerana itulah impianku suatu masa dulu,menamatkan phD ku di sana. Sekarang, aku memegang phD. Mesti ayah dan ibuku berbangga. Inilah hikmah yang tak terbayar dengan yang aku tak dapat bayangkan bila masa aku berpisah dengan Aitif dahulu. Aku mengamati susuk tubuh lelaki itu. Macam ku kenali. Aku mendekatinya dan menanggalkan cermin mataku.

"Assalamualaikum". Aku menyapa. Kelihatan lelaki itu terkejut lantas melatah kecil. Tergelak aku di buatnya. "Waalaikumusalam." Aku menghampiri lalu tersenyum. Hariz semakin kacak sekarang. Nampak lebih matang dan berkarisma. "Zalfa Mayesa Binti Zarid?" Aku mengangguk. "Nama ayah sekali pun kena sebut juga ke?"Kelihatan merona merah pipi Hariz. "Ye, Isha la ni." Ku sekeh juga Hariz ni karang. Kelihatan dia tersengih macam kerang busuk. Kami beringinan menuju ke Kelisa merah hitamnya. Aku hairan,kenapa Hariz tidak mahu menukar kereta ini dengan yang lain. Aku memandangnya,"Kenangan tidak akan pernah sesekali dapat dibeli dengan duit dan ditukar ganti." Dia menjawab seolah-olah memahami persoalan yang menujah benaknya sebentar tadi. Aku memahami maksud itu. Kenangan aku dan dia sebelum ku bertemu dengan Aitif. Hariz, lelaki yang penuh dengan kesabaran den ketenangan di wajahnya.

Aitif Afifi menghampiri wanita itu. Hati lelaki goyah tatkala melihat karisma wanita itu. Ya, dia semakin cantik dan bergaya. Semakin ayu sekarang dengan tudung. Walaupun bertudung, dia masih nampak cantik dan bergaya. Aitif berasa rugi meninggalkannya suatu masa dulu."Saya masih sayangkan awak Isha." Aku tersentap. Aitif cuba untuk meraih tanganku namun ku tepis. "Nur Azmira Aidan awak nak letak mana?". Apa jenis lelaki Aitif ni. Aku pun pelik. Nama itu masih kukuh di ingatanku sampai sekarang. Dulu aku akui, aku membencinya, namun bila difikirkan balik, sudah memang jodoh dia dan Aitif, tiada siapa yang boleh menghalang. "Saya tak bahagia dengan dia Isha, saya nak minta maaf kat awak dengan apa yang dah berlaku dulu." Isk, geli aku dengan Aitif ni, dah kena sampuk ke apa. Dulu, bukan main lagi, hidup-hidup aku ditipu. Sekarang nak melutut pula. Sesenang itu dia mendapatkan aku, sesenang itu juga dia nak buang aku. Banyak cantik. Tempoyak basi!
"Isha". Aku menoleh. Macam mana Hariz boleh ada kat sini. "Kalau hati awak masih sayangkan Aitif, terimalah dia." Wajahnya masih tetap tenang seperti dulu. Aku tersenyum.
"Aku terima nikahnya,....." dengan sekali lafaz, Zalfa Mayesa Binti Zarid menjadi milik seorang lelaki bernama suami. 
"Abang berdoa, biarlah kasih kita melabuhkan sauhnya diperhentian kasih ini. Tiada kedua dan ketiga Sayang di hati Abang. Siang dan malam Abang, hanya untuk Sayang dan Sayanglah insan yang menghuni di hati Abang ini untuk sekian kalinya." Betapa syahdunya aku mendengar pengakuan suamiku itu. Mia juga telah memberitahuku perkara yang sebenar. Hariz Zakuan. Lelaki ini yang telah menjagaku ketika aku sakit dihospital lima tahun dulu dan telah menghadiahkan bunga kepadaku serta kad itu. Lelaki ini juga yang telah banyak membantu keluargaku. Dan yang paling penting, lelaki ini yang berada tika aku berduka dan terluka. Dia sudi meminjamkan bahunya untukku menangis tanpa merungut dan dialah tempat ku mengadu tika hatiku di palu angin rindu kepada Aitif. Ku peluk erat dirinya tika itu. Butalah mataku jika aku masih memilih kaca .Betapa indahnya pelangi yang Allah kurniakan kepadaku setelah gerimis melanda. Sesungguhnya, aku bersyukur kepadaMu Ya Tuahnku. Semoga kasih yang tercipta ini akan terus mekar hingga ke syurga.
= Hariz Zakuan & Zalfa Mayesa =




2 comments:

  1. hana...heheh..karna mau komen di sini, ku buat akun blog..
    ku suka tulisan nya...
    asik...
    ku bakalan baca yg lain.^___^

    ReplyDelete
  2. terima kasih ye karna sudi melewati blog ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...