Tuesday, October 12, 2010

Sepasang Kurung Merah

Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan

Mengisi di ruang kamarku


Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...




Alisha menyapu air matanya yang jatuh bagaikan mutiara yang tidak bertali. Itulah lagu yang pernah dihadiahkan untuk dirinya oleh seorang insan yang sentiasa di hatinya dari dulu sampai sekarang. Alisha Hana tersenyum pahit melihat kad undangan perkahwinan insan yang pernah mengaku dan berjanji akan menjaga dirinya seumur hidup dan sentiasa ada untuk dirinya. Tarikh pilihan kedua-dua mempelai 29 September 2009. Cantik tarikh tu. Alasan dia ditinggalkan, lelaki itu telah menemui cinta sejati. Habis diriku? Siapa sebenarnya aku di hatinya? Pelepas sunyi? Sekali lagi dia menyapu air matanya. Tatkala melihat bintang dilangit, rindu pada insan itu menggamit hatinya lagi.




"Tahun ni kita pilih warna baju sama warna ya. Baru nampak seperti pasangan lain". Alisha Hana hanya mengangguk dan tersenyum bahagia. Dia telah memilih warna merah sebagai warna tema. Alisha setuju. Demi dia, akan ku cuba usahakan agar dia dapat tersenyum. Itu sudah memadai buat diri Alisha. Namun, itu semua kenangan sekarang. Masih terngiang-ngiang di halwa telinganya akan gelak tawa, gurau senda dan telatah suka menyakat insan itu.

'Sayangku padanya bukan hanya dimulut. Kasihku padanya bukan hanya di pinggiran. Dialah segalanya untukku. Senyumnya adalah bahagiaku, tangisnya adalah senduku'. Alisha masih ingat lagi, suatu malam...

"Dia tak sihat". Sepotong ayat itu telah menyebabkan Alisha tidak lena. 'Bagaimana harus ku berjumpa dengannya? Bagaimana harusku menemaninya tatkala itu?'..Tidak lena tidur dibuatnya. Sungguh hatinya risau. Namun, dia juga dituduh kerana gedik kerana bergelak tawa dengan rakannya. Alisha juga dituduh tidak menghiraukannya. Andai la dia tahu, Alisha tidak lena pada malam itu..'Biarlah menjadi rahsiaku. Aku tidak ingin dikatakan meminta balasan dengan apa yang telah aku berikan dan aku tidak meminta balasan untuk itu'.

Mengenali dirinya merupakan kenangan yang sukar untuk Alisha lupakan. Banyak kenangan mereka lalui  bersama. Terasa berhenti degupan jantungnya tatkala terimbau kembali kenagnan di MINES. Bagi ikan makan. Alih-alih, Alisha dan dia yang makan. Mak dan Ayah ikan. hahaha. Alisha merasakan,  baharu semalam semua ini berlaku. Namun, Alisha harus sedar, dia bukan untuknya. Dia akan menjadi hak abadi wanita pilihannya. Wanita yang juga cinta sejatinya. 'Siapakah aku untuk menagih kasih dan meraih simpati?'.

Kasihnya ibarat layu diujung mekar,


 Haruskah ku terus melayani perasaan

Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan

Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri




Alisha memandu kereta dengan iringan lagu Puisi Cinta. Entah kenapa, hari ini dia telah memilih kurung putih. Perasaannya terasa lain.Berdebar-debar sahaja. Dia ingin insan itu tahu, dia mampu untuk tersenyum namun di hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Putih melambangkan kesucian. Begitulah hatinya tatkala itu. Ikhlas mendoakan kebahagiaan insan yang pernah bertakhta di hatinya. Namun,tiba di suatu persimpangan jalan.."Bummmmmmm". Alisha Hana pergi buat selama-lamanya dengan membawa hati yang terluka. Baju kurung putih yang dipakainya dibasahi dengan darah. Kebetulan, kereta pengantin lelaki melalui jalan yang sama. Kereta mereka berhenti untuk melihat kejadian yang berlaku. Pengantin lelaki turut keluar. Alangkah terkejutnya wanita itu wanita yang pernah dimainkan hatinya. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Dengan langkah yang hampir tumbang, pengantin lelaki mendekati wanita itu. Terlihat di dashboard keretanya sepucuk surat bersampul merah hati tertulis nama "Buat Azim Hariz Bin Amran"

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Azim dan wanita pilihan Azim. Azim jaga dia elok-elok ye. Jangan sakiti dan kasari dirinya seperti mana yang telah Azim buat kat saya.
Keduanya, izinkan saya terus menyimpan kenangan kita bersama. Saya akan sentiasa untuk awak walaupun sebagai seorang kawan. Saya akan terus menjadi tangan awak yang akan menyapu air mata dan yang akan sentiasa ada ketika anggota badan lain awak sakit.
Ketiganya, jika awak teringat akan saya, lihatlah bintang. Saya akan pergi jauh dari hidup awak, dan biarlah mata yang telah saya dermakan ini akan sentiasa ada untuk melihat awak walaupun saya dah tak ada sekalipun di dunia ini.
Mengenali dirimu merupakan kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan. Hanya ada seorang Azim Hariz bin Amran saya kenali di dunia ini. Walaupun kasih saya tidak sehebat Saidatina Khadijah dan Aisyah r.a, namun saya menyayangi awak sepenuh hati saya. 
Halalkan apa yang telah awak berikan kepada saya sebelum ini. Saya minta maaf, andai selama awak mengenali saya, saya banyak melukakan hati awak dan menghampakan perasaan awak. Hadiah terakhir dari saya,sepasang kurung merah....

Yang Ikhlas menyayangimu,
-Alisha Hana-


Azim meraup mukanya. Sepasang kurung merah. Azim menangis bagaikan anak kecil. Alisha, andai la kau tahu, aku juga turut menyintaimu sepenuh hatiku. Aku tidak mampu untuk menolak keputusan keluargaku. Engkaulah siangku dan engkaulah malamku. Engkaulah tangis tawaku.  Apa gunanya kau memberi matamu kepada insan lain, sedangkan dirimu jauh meninggalkanku. Aku tak akan pernah mampu untuk memandang mata coklatmu itu Alisha. Azim melintas jalan tanpa menoleh kiri kanan. Hatinya dipagut duka ya amat. "BUmmmmmm"..Dua nyawa hilang dalam satu masa. Masing-masing membawa hati yang terluka. Alisha Hana & Azim Hariz. Cinta yang tak berkesampaian. Mudah-mudahan cinta mereka akan bertemu di syurga. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...