Saturday, October 16, 2010

Cinta Terakhirku..

"Awak boleh dapat yang jauh lebih baik dari saya". Dia mendiamkan diri. Kemudian menyambung, "mungkin antara kita sudah tidak ada jodoh. Saya lepas kan awak pergi Hana". Dia meninggalkan cincin yang pernah jadi tanda cinta kami. Kami sudah berjanji tidak akan menanggalkannya,tapi sekarang, dia sendiri yang pertama menanggalkannya. Aku ditinggalkan berseorangan di taman itu. Dia berlalu tanpa menoleh. Berat ku rasa dugaan kali ini. 3 tahun menyulam kasih tapi ini penghujungnya. Aku tak tau, apa salahku. ada sahaja yang tidak kena di matanya. Kesalahan yang kecil boleh menjadi alasan untuk dia memarahiku tanpa sebab dan musabab yang sebetulnya. Apa salah aku? Besar sangat ke kesalahan yang aku buat? Dah sekian kalinya aku menangis. Jauh benar dia berubah sekarang. Dulu, dia tidak macam ni. Dia seorang yang sangat memahami, romantik dan yang paling penting, dia tidak pernah meninggikan suaranya denganku. Sekarang, hampir setiap hari aku di marahi. Aku tidak tahu nak mengadu kat mana. Aku sayangkan dia. Kerana sayangkan dia lah, aku memendamkan sahaja apa yang aku rasa. Sakit, pahit dan duka aku tanggung seorang. Ini ke balasan apabila aku menyayangi dia? Aku da cuba yang terbaik untuk menjaga hatinya. Aku ambil cincin itu. Ku simpan. Cincin di jari manisku, aku lihat dan seketika terimbau kembali kenangan 26 April, saat cintaku dilamarnya.

Dulu engkau menyayangi diriku ini
Apa saja yang ku buat kau senangi




Bagimu akulah cahaya hidup
Menjadi penerang kegelapan mu

Engkau puja dan kau sanjung diriku ini
Tidak pernah kau menyinggung perasaaan ku
Hatiku kau belai bagai permata
Kau rela bersama dalam derita

Tapi kini engkau dah mula berubah
Tiada lagi mesra terhadapku
Mujur aku sedar tak lemas tenggelam
Dilautan madu yang beracun

Apabila kini diriku engkau benci
Apa saja yang ku buat salah belaka
Tiada lagi madah dan pujuk rayu
Hanyalah perpisahan yang kau pinta
(Black Dog Bone - Dulu dan Sekarang)


Sebulan telah berlalu, aku mendapat tahu dia sudah mempunyai penggantiku. Sekali lagi aku terluka. Patutlah dia berubah sikap. Aku lihat di blog dan Fb nya, gambar dia dan cinta barunya. "Wanita Plihan Hidupku". Tersenyum pahit aku membacanya. Aku? Persinggahan sementara. Tergelak sendiri aku dibuatnya. 

Izinkan cintaku 
berbunga dihatiku 



biar terus mekar jadi kenyataan 
tlah lama ku dahaga 
belaian seorang insan 
semoga bersamamu 
ceria hidupku 

ku tak akan bersuara 
walau dirimu kekurangan 
hanya setiamu itu kuharapkan 
ku tak akan menduakan 
walau kilauan menduakan 
kasih dan sayangku itu tetap utuh untukmu 
hanya kupinta dari setia selamanya 
sehingga abadi... 
cinta ini sayang itu kudoakan 

Tak mugkin kan terjadi 
kehancuran cinta kita 
andainya hatimu, seperti hatiku...
(Suara hatiku - Nike Ardilla)

Aku mendapat berita dia kemalangan daripada ibunya. Terasa luluh jantungku melihat dia terlantar tidak sedarkan diri dan berselirat dengan wayar. Sekali lagi keimananku di duga. Aku hanya mampu melihat dari luar. Siapalah aku dan apalah dayaku. Ku lihat cinta barunya sedang mengemas bunga dalam pasu. Bunya carnation dan di campur dengan ros merah. Aku menunggu sehingga kekasihnya keluar. Aku masuk dengan langkah yang amat berat. Tidak mampu ku melihat wajahnya yang sedang sarat dengan sakit. Aku tidak pernah mendoakan dia jadi begitu walaupun dia telah melukakan dan menduakan cintaku. Sayangku padanya tidak memerlukan balasan,cinta perlukan pengorbanan. Aku duduk bersebelahan dengannya. Ingin ke sentuh wajahnya, namun aku risau, dia bangun dan menghalauku. Biarlah aku cuma mampu melihatnya sahaja. Itu sudah lebih dari cukup. Ingin ku belai rambutnya, namun aku sedar, aku bukan siapa-siapa untuk berbuat demikian. Ingin ku selami hatinya, namun...aku tidak memegang kuncinya lagi. Aku meletakkan kaktus di tingkap bilik itu. Aku ingin dia sekuat kaktus itu tatkala melihatnya nanti. Aku hanya ingin melihat dia bangun dan bergembira serta berbahagia walaupun bukan denganku. Cukuplah sekiranya dia bangun dan sihat. Aku menyentuh tangannya yang berbalut dengan berhati-hati. "Awak bangun lah ye. Saya rindu nak tengok senyuman dan gurauan awak. Saya kan ada untuk awak kalau awak terluka. Saya akan tetap sayang awak dan izinkan saya terus sayang awak." Sebelum berlalu, aku meniggalkan cincin yang pernah yang pernah kami agung-agungkan dulu.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Luka semalam masih terasa. 
Aku dimaklumkan yang kau akan berkahwin dengan gadis pilihanmu. Apa yang mampu ku lakukan selain tersenyum. Semoga kau berbahagia walaupun bukan denganku.

"Sayang buat apa ni?" Aku menoleh. Aku mengelamun rupanya. Itulah lelaki yang bersamaku saat aku terjatuh dan terluka. Rupa-rupanya, dia selalu ada untukku, namun aku tidak pernah menyedarinya. Selama 7 tahun dia setia menungguku. Selama itu juga dia sudi meminjamkan bahunya untukku. Dialah cinta terakhirku dan cinta dunia akhiratku. Betapa aku tidak menyedari kehadirannya selama ini. Betapa butanya mataku dalam menilai perhatiannya. Dan kini, aku tidak akan mengulangi kesilapan dulu, akan ku hargai dirinya dan akan ku cuba menjadi yang terbaik untuk dirinya. Akan ku serahkan cintaku hanya untuknya. Kenangan lalu, menjadikan aku lebih dewasa dalam menilai insan lain.


Cintaku padamu hanya akan berakhir sehingga kelopak bunga yang terakhir ini gugur...

Hehe..Macam mana nak gugur, ni bunga plastik.Romantik juga suami aku ni. Ya, dialah suamiku, cinta terakhirku. Aku memeluknya dengan penuh kasih sayang dan penghargaan. "Terima kasih Abang".

p/s : hargai insan yang menghargai diri anda. Peganglah dia baik-baik, jangan dilepaskan tangannya. Andai dia pergi, anda tidak pernah mendapat yang sepertinya lagi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...