Thursday, January 27, 2011

with L.O.VE






Behind your smile, I know there are sorrows.

Behind your laughters, I know there are tears.
But I want you to know that, behind you is me
 who always care for you.

If I never met you, I wouldn't like you.
If I didn't like you I wouldn't love you.
If I didn't love you I wouldn't miss you.
But I did, I do & I always will..

My love is as boundless as the sea,

My love as deep.
The more I give to thee, the more I have. 
For both are infinite.

-William Shakespeare-





Sunday, January 16, 2011

--- hUjAn ---



HUJAN..?
choopppppp!
bukan kumpulan HUJAN yang bawa lagu BILA AKU SUDAH TIADA tu...
maksud aku....HUJAN a.k.a RAIN...
dan bukan RAIN pelakon yang macho lagi kacak tu....

intro :

HUJAN...
hujan kan rahmat. Itu yang biasa kita dengar....dengan hujan. bumi menjadi lebih subur dan hijau....

HUJAN juga membawa seribu makna kepadaku...

"Kesian awak..." Aku mengangkat muka. Kemudian tersenyum. "Tak apa..." Aku menahan kesejukan. Aku dapat merasakan tanganku menggigil akibat kesejukan. 'Malam ni mesti demam.' Itulah aku. Kena hujan jer, malam mesti demam...."Kita beli payung jer ya..." Aku menggeleng. "Tak apa...dah nak sampai da pun kan..." Aku berlari meninggalkannya di belakangku..."Tunggu.." Aku berhenti. Aku lihat raut wajahnya sarat dengan rasa bersalah. Aku tersenyum. "Saya ok, awak jangan risau..". Kemudian baru dia tersenyum. Dia meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku. Aku pelik. Kenapa. Aku lihat dia tersenyum. "Payung saya kecik jer...harap awak dapat berteduh di bawahnya..." Aku tersenyum kemudian tunduk. Terasa hangat air mata mengalir pipiku..dia sendiri pun basah, namun masih tetap ingin memayungiku dengan tangannya....
emm....salahkah aku menyayangiku kerana keihklasannya itu...??



Sekarang....
Aku hanya mampu melihat hujan yang berguguran 
dengan seribu satu kenangan yang tidak terungkap dengan kata-kata..

Sekarang....
tiada tangan lagi yang akan memayungiku ketika aku kebasahan...

dan Sekarang juga....
aku ditinggalkan berseorangan seperti sebelumnya,
meniti hari dengan kesepian di sudut hati...
dan hanya mampu melihat hujan yang membasahi bumi dengan 
kenangan cinta semalam...


Friday, January 14, 2011

>>>> limit of time...


aku cuma rindu melihat bintang di langit....namun, tidak sebutir pun yang menunjukkan dirinya pada pandanganku seperti malam-malam sebelumnya....
malu mungkin. Tak pun merajuk, 
sebab lately aku jarang jenguk dia di balkoni....maaf ye..apa pun, 
i really miss u all...


ni yang TAK BEST balik kat sini...salah satunya..susah nak tengok bintang dengan bulan pada waktu malam....satu lagi..sebab...biar aku sendiri tahu...kalau boleh, memang nak g jauh, tapi nak buat macam mana...


bila aku gembira...sedih...kecewa..berduka..teringat seseorang
aku berdiri di balkoni..dan merenung langit nan gelap...
aku akan menunggu kehadiran kemunculannya
dengan penuh pengharapan dan seribu satu 
macam luahan perasaan.. 
demi melihat sebutir bintang sudah lebih mencukupi bagiku
untuk mengubati rasa di hati... 


just STAR!
dorang tau segalanya..
syhhhhhh...





Takdir Tautan Kasih

Hana Mazira memandang lesu pelamin nan indah di hadapannya sekarang. Cantik. Persis hatinya. Gandingan ungu dan silver. Dia pun pernah mengimpikan warna sedemikian untuk hari bahagianya dengan  seseorang dulu. Namun sekarang, impian tu hanya tinggal kenangan. Dia menyambung kembali kerjanya menggubah bunga telur. Di luar sana, kedengaran suara orang berkaraoke. Ismadi la tu. Mazira membuat andaian. Penduduk kampung memang sudah sedia maklum suara sengau-sengau dia kalau bernyanyi. Tambahan lagi, dia merupakan artis yang biasa membuat persembahan kalau ada majlis kahwin di kampung tersebut. Artis ngetop kampung. Hana Mazira berhenti seketika tatkala mendengar lagu yang Ismadi nyanyikan. Lagu Eddie Hamid, segalanya telah berakhir. Dia menahan air matanya dari gugur.
Di dalam diri ini
Tersimpan duri-duri
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walau ku membalutnya
Pedihnya hati ini
Mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku untuk memilikimu
Apakah tidak layakku
Menyuntingkan dirimu menghiasi kamarku
Yang gelita
Segalanya telah berakhir
Tanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu

Mazira mengelap air matanya dengan tisu. Lencun bantalnya dek basahan air mata. Tidak mampu untuk dia menerima hakikat dan kenyataan bahawa sebentar lagi Hadif akan menjadi abang iparnya. Foto Hadif di peluknya erat.
“Jaga akak saya baik-baik ya. Jangan sakiti dia seperti mana awak dah sakitkan saya...” Hana Mazira gagal mengawal emosinya pada tika itu. Bunyi ketukan pintu tidak dihiraukan. Hana Mazira menoleh.
“Kenapa ni?” Puan Latifah duduk di birai katil anak keduanya itu.
“Tak ada apa la bu, Angah baik-baik jer.” Hana Mazira menyibukkan dirinya mengemas pakaian ke dalam luggage. Surat tawaran menyambung pelajaran ke luar negara di simpannya kemas di dalam poket beg.

“Hadif. Saya ada satu berita baik untuk saya kongsi dengan awak.” Hana Mazira duduk di sebelah Hadif. Dia menyerahkan surat tawaran menyambung pelajaran ke luar negara kepada Hadif.
“Awak dapat tawaran menyambung pelajaran ke luar negara kan?” Hana Mazira terkejut lalu mengangguk. Macam mana Hadif boleh tahu, sedangkan surat di tangannya masih belum dibuka apatah lagi dibaca. Siapa yang bagitau kat Hadif? Dia bertanya sendiri. 
“Kalau awak sayangkan saya, jangan tinggalkan saya seorang disini.” Hadif berkata-kata tanpa menoleh Hana Mazira disebelahnya. Hana Mazira terkejut dengan permintaan itu.
“Susah payah saya berusaha untuk mendapat peluang seperti ni Hadif. Dulu awak cakap, awak akan sokong kalau saya sambung belajar”. Hana Mazira masih dapat mengawal emosinya. Ingin rasanya dia memutar kembali waktu semasa Hadif melafazkan kata-kata itu.
“Ikut awaklah. Awak pilihlah, saya atau study awak tu.” Hadif meninggalkan Hana Mazira seribu satu soalan. ‘Mengapa dia berubah seperti ni?’ Hana Mazira menyusuri tasik itu seorang diri memikirkan setiap persoalan yang menghantui mindanya akibat kata putus yang diberikan oleh Hadif. Cinta dan cita. Seminggu dia memikirkan perkara itu. Keluarganya menyokong keputusannya untuk menyambung pelajaran ke luar negara terutama abahnya. Kakak dan adik-adiknya juga tidak membantah malah memberi kata-kata peransang supaya tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan dia. Dalam tempoh itu juga Hadif seolah-olah menjauhkan diri daripadanya. Mesej tidak di balas dan call pun tak di angkat. Kepada kakak kembarnya, Hana Nazira lah dia berkongsi semua. Hana Nazira kadang-kadang menjadi posmen dia dan Hadif. Hana Mazira juga tahu, Hadif selalu mesej dengan kembarnya itu, tapi dia tak kisah. Hana Mazira mula goyah dengan keputusannya untuk meneruskan pengajian. Dia cuba untuk menghubungi keluarga Hadif. Mereka juga seolah-olah meminggirkannya. Salah ke aku nak sambung belajar? Salah ke keputusan aku ni? Hadif.....tolonglah saya. Hadif, saya tahu, selama ni saya banyak lukakan hati awak. Saya banyak susahkan awak. Saya dah banyak makan budi awak, tapi salah ke kalau saya nak belajar lagi? Dia mengelap air matanya. Sebulan lepas tu, ada rombongan datang ke rumah. Hana Mazira berasa sangat gembira apabila dia tahu rombongan tu wakil Hadif dan datang untuk meminang. Tetapi kenapa Hadif tidak beritahu awal-awal. Dia tidak siap apa-apapun. Dia berasa pelik, mengapa kembarnya yang bersiap cantik-cantik. Lupa pula, Hadif kan ada abang.
“Pihak kami datang, hendak menyunting Hana Nazira menjadi isteri Hadif...”. Bagaikan halilintar memecah Bumi. Pakkkkkkk. Terlepas pegangan gelas kaca di tangannya. Dengan pantas, dia mengutip serpihan kaca itu. Hatinya berdebar-debar. Betulkah apa yang didengarnya. Air mata mula gugur.
“Ya Allah....” jari manisnya terkena tusukan kaca. Bergetar tangannya mengutip serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Dia tidak terasa sakit di jari namun sakit itu lebih terasa di hati.
“Kenapa ni Ngah?” adiknya Hana Mayesa keget apabila melihat darah menitis ke lantai. Mazira hanya menundukkan mukanya. Adiknya juga terkejut tatkala mendengar perkhabaran yang dibawa oleh rombongan lelaki itu tadi. Masakan boleh bercinta dengan adik, berkahwin dengan kakak. Kakak kembar pulak tu. Hana Mayesa mendengus sendiri. Sepanjang hari itu sampai ke hari pernikahan hari ni, Hana Mazira banyak mendiamkan diri, bercakap bila di tanya sahaja. Tempoh pertunangan hanya seminggu.
“Aku nak minta maaf kat kau....”Kakak kembarnya meraih tangannya, namun di tariknya balik. Hana Nazira mengelap air matanya. Dia tau dia bersalah, namun dia pun sayangkan Hadif. Hadif cinta pertamanya. Sebelum ni, dia tak pernah bercinta. Apakan dayanya. Dia pun tidak sedar bila dia mula menyayangi Hadif.  Dia senang akan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Hana Mazira tidak pernah sesekali membenci kakak kembarnya itu. Cubit paha kanan, paha kiri terasa.
“Aku sayangkan kau lebih dari aku sayang Hadif.”Dia memeluk Nazira. Hanya Tuhan jer tahu macam mana rasa sayangnya kepada keluarganya, dan itu bukan beerti dia tidak menyayangi Hadif. Namun, dia percaya Hadif hanya ditakdirkan untuk menjadi kawan, bukan teman hidupnya.

“Angah….” Hana Mazira terkejut apabila Puan Latifah menyentuh bahunya. Hana Mazira mengelap air matanya. Dia tidak mahu ibunya tahu bahawa dia bersedih, sedangkan sepatutnya dia tumpang bahagia di hari pernikahan kakak kembarnya. Puan Latifah memandang ke arah sudut lain, risau jika anaknya tahu bahawa dia turut berasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Sekilas air di laut, dia dah tahu mana jantan mana betina. 9 bulan dia mengandungkan si kembarnya itu, dan selama 24 tahun kembarnya itu membesar di depan matanya. Dia sedar, Hana Mazira sangat menyayangi Nazira, kembarnya itu. Demi kembarnya, dia selalu beralah dengan apa sahaja perkara, termasuk Hadif.
“Dah siap? Ubat semua?” Hana Mazira mengangguk. Hana Mazira menutup luggage nya. Dia pasti, semua barang sudah siap di packing. Pukul sepuluh malam ni, penerbangannya ke Kanada. Dia pun tidak tahu apa hikmah penerbangannya bertetapan pada tarikh pernikahan Hana Nazira dengan Hadif. Dia kelihatan cantik semasa mengenakan kebaya pendek hitam berkerawang merah, dengan selendang yang sedondon warnanya.
“Cantik anak ibu hari ni..” Puan Latifah mengusap kepala Mazira. Mazira tersenyum.
“Tengoklah siapa ibunya…” Puan Latifah mencubit pipi anaknya. Mazira tersenyum lalu memeluk ibunya.

“Aku terima nikahnya Hana Nazira Binti Hanafi….” Dengan tenang Hadif melafazkan kata-kata pengabdian itu. Hana Mazira hanya mampu tersenyum. Bagai pinang dibelah dua. Sedondon berpakaian silver. Dia dapat melihat kebahagiaan di wajah Hana Nazira. Mana mungkin dia mampu menukar ganti kebahagiaan itu. Mazira tunduk, tidak sanggup melihat lelaki yang pernah di cintainya suatu masa dulu dan masih di sayangi itu mencium dahi Nazira yang sudah sah menjadi miliknya dunia dan akhirat. Setitis dua air matanya gugur. Sabarlah hati. Pandangan Hadif dengan Mazira bertaut sebentar sebelum Mazira mengalihkan pandangannya. Dia kini sedar, Hadif dah jadi abang iparnya. Hubungan itu akan terus kekal begitu. Yang berlalu, biarkanlah. Suatu hari nanti, dia akan melepaskan rasa sayang dan rindunya terhadap Hadif itu kepada Nazira, kerana Nazira lebih berhak ke atas Hadif. Itu janjinya. Mazira memeluk dan mencium Nazira. Dia masih mampu menahan air matanya. Dia tidak mahu merosakkan hari bahagia Nazira. Kebahagiaan Nazira, semestinya kebahagiaannya juga.
“Jaga Nazira baik-baik. Jangan sakiti dia seperti mana awak dah sakitkan saya..” HAdif terpana mendengar kata-kata itu. Hana Mazira berlalu selepas menghadiahkan seulas senyuman yang paling manis kepada Hadif. Hadif melihat bekas kekasihnya berlalu dengan perasaan yang bercampur baur. Dia pun tidak tahu, apa yang menyebabkan dia begitu nekad meninggalkan Mazira lalu memilih Nazira. Dia sudah terlanjur memberitahu kepada Nazira bahawa dia menyukai Nazira. Dia tak akan menyakiti Nazira kerana Nazira tidak bersalah. Namun, dia tidak menyangka Mazira yang akan lebih terluka. Ketenangan di wajah Mazira meragut rasa bersalahnya. Memang sikap Mazira dengan Nazira jauh berbeza walaupun mereka kembar. Nazira seorang yang lemah lembut, penyabar dan nampak lebih komited dalam hubungan berbanding Mazira yang cepat angin dan degil tahap dewa. Namun, Hadif turut mengakui, Mazira lebih cantik berbanding Nazira. Wajahnya yang manis ketika marah sangat cantik terutama kalau dia menjeling, Hadif tersenyum. Dia terkejut semasa Nazira memeluk lengannya. Dia sedar, sekarang dia telah sah menjadi suami Nazira dan Nazira dah jadi tanggungjawabnya. Dia akan sedaya upaya untuk membahagiakan Nazira kerana itu pilihannya sendiri. Hana Mazira…..nama itu akan terus di hatinya dan kenangannya bersama Mazira akan sentiasa di ingati, namun ia tidak akan pernah lebih dari seorang kawan.
Hana Mazira menyalami semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang hadir di majlis pernikahan Nazira. Dia perlu berangkat secepat mungkin kerana masih ada urusan di Kuala Lumpur yang belum selesai.
“Abah, angah pergi dulu.” Encik Hanafi menahan hiba di hati. Dalam masa sehari, dia ‘kehilangan’ dua orang anak perempuan. Hadif tahu, Mazira memang rapat dengan abahnya. Sebad tu, tak ada siapa yang dapat buli dia. Kalau siapa yang berani, memang kena la. Terima lah ‘kata-kata sedap di dengar’ dari nya. Puan Latifah tidak dapat menahan air matanya. Dia memeluk dan mencium dahi anak seakan-akan enggan melepaskan Mazira jauh darinya.
“Assalamualaikum semua…..” Hana Mazira melambai sambil tersenyum sebelum hilang dalam perut kereta. Mazira berhenti seketika di pantai tempat dia dan Hadif selalu lepak bersama. Hanya Tuhan jer tahu, bagaimana rasa hatinya saat itu. Hati mana yang tidak terluka saat melihat insan yang pernah bertakhta di hati menjadi milik orang lain. Hati mana yang tidak cemburu melihat kebahagiaan itu. Rantai dilehernya dibuka dan digenggam lama lalu di baling ke laut. Rantai itu pemberian Hadif saat dia mula bercinta dengan Hadif. Ia bukan miliknya lagi.
“Semoga kau berbahagia Hadif Imriaz…..”. Kata-kata ringkas itu sangat menyakitkan tatkala di lafazkan. Kesakitan itu, terasa mencucuk di tangkai hati namun Hana Mazira pasrah dengan suratan takdir.                                                                                                                                                                  

Tuesday, January 11, 2011

Ibtihana Imtiaz..


girls with sunset..


Tia..Aku mengamati gambar wanita yang ada di skrin laptopku. Ibtihana Imtiaz. Orangnya pun secantik nama. Perkenalan singkat aku dengannya melalui orang tengah membuatkan hidupku kembali indah. Aku berterima kasih kepada Amir kerana memperkenalkan kazennnya itu dengan aku. Amir kawan satu kolej denganku. Tia ni masih belajar lagi, kat UNIMAS. Course apa pun aku tak tahu, kosmetik kot, tak pun kos pengangkutan,hehe. Susah juga nak berkenalan dengan Tia ni. Aku tak pernah jumpa dia. Amir kenalkan aku dengan dia sebab dia tengok aku ni macam tak laku kot. Kalau tu alasan dia kenalkan aku dengan Tia, memang sengal tahap dewa la Amir ni. Aku ada gambar dia ni pun, sebab aku ambik dari facebook dia. Nakal tak? Nak buat macam mana, aku minta, dia tak kasi. 1001 macam alasan dia bagi. Kalau dikumpul alasan dia tu, dapat jadi rempah untuk masak lomak cili api. Alasan paling koman dia, ‘saya tak cantik, awak g minta kat pempuan lain’. Mak aieh, kalau aku nak gambar pempuan lain, wat pe la aku nak minta pic dia. Bukan nak buat apa pun, just nak cari ilham kalau tengah tension dengan study. (acececehhhh…alasan semata-mata).

Aku berkenalan dengannya bermula di Facebook. Tu pun Amir yang tolong bagitau nama dia. Aku search. Aku add. Nak buka page dia, tak dapat, dia private kan sume. . Lama gak untuk dia approve .Dari situ la aku chatting dengan dia baik via YM atau kat Fb chat. Nak guna Skype, dia tak bagi nama dia. Nak guna ooVoo lak, dia cakap dia da delete. Korang tengok, mana tak pening aku di buatnya. Ada jer alasan dia. Kita orang semacam ada instinct untuk online. Nak mesej? Mana mungkin, dia tak bagi no phone dia. Aku pun tak paksa juga. Slow and steady la beb. Jangan gopoh. Nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar ketinggalan.  Hampir sebulan aku chatting dengan dia, dia tak tunjukkan pic dia sendiri kat profile pic dia. Yang ada hanya gambar dia dengan kawan-kawan. Kalau sorang dua, tak pe gak. Ni, satu angkatan tentera dia bawa. Macam mana la aku nak kenal. Kat album dia, semua pic yang aku sendiri heran. Penuh dengan pic mini cooper. Dia minat kete ni kot. Aku pernah request kat dia supaya letak pic dia single. Kang,kempunan aku nak tengok pic dia. Dia cakap, ‘ok, demi kawan’. Aku tersenyum. Hari tu, nak dijadikan cerita, aku banyak kerja, tak dapatlah aku nak online. Dua tiga hari lepas tu, baru aku dapat online. Rindu juga rasanya nak chatting dengan dia. Dah dua tahun ati aku ni sepi tanpa cinta. Haha. Ayat pasrah siot! Tapi, itulah hakikatnya. Sejak ditinggal Nisrea dulu, ati aku tutup rapat. Takut terluka lagi. Namun bila Tia muncul dalam hidup aku, dia banyak mengajar aku erti penghargaan kepada hidup. Dia sentiasa ceria. Dan yang paling aku pelik perangai dia, dia suka tengok bintang terutama sekali apabila dia sedih. Aku tengok bintang waktu malam, biasa-biasa jer. Tak ada yang ‘spesel’ pun.

Perkara pertama aku buat masa aku online fb, aku tengok pic dia. Subhanallah. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Cantik? Entah lah. Comel? Mungkin juga. Ayu? Tak tahu nak jawab macam mana. Manis? Blur sekejap. Menggoda? Jauh sekali. Seksi? Langsung tak. Tapi kalau bibirnya, mungkin juga. Hehe. Tapi yang pasti, pic dia duduk di bangku, sambil redup mata dan senyumannya  memandang ke arah sunset, sangat  indah buatku. Gambar itu juga aku jadikan sebagai desktop background dan wallpaper kat handphone. Syhhhhh. Jangan bagi tahu dia!. Hihi. Lepas seminggu kalau tak silap aku la, dia letak balik pic dia dengan kawan-kawan dia. Aku curious gak nak tahu, sebab dia tak cakap kenapa dia buat macam tu. Patutlah. Aku faham sendiri. Dia cantik. Kat status yang dia post pun, dalam sepuluh, dua tiga orang jer pempuan yang interfere. Yang selebihnya, tahu-tahu jer la. Aku tengok, friends dia lebih separuh adalah lelaki. Kata tak cemburu dibuatnya. Aku pun sebenarnya nak suruh dia tukar pic dia, sebab aku tak nak dia expose kan diri dia kat laman social ni. Namun, aku tak da hak nak suruh dia wat camtu. And, bila dia da buat dulu, aku tersenyum la. Hihi. Kadang-kadang dia ngadu gak kat aku, ada mamat-mamat kat fb try nak usha dia. Minta nombor fon paling koman. Sebagai kawan, aku cuma mampu cakap, ‘Jangan layan. Bukannya boleh percaya sangat pun..’ sebenarnya ayat itu lebih menjurus ke arah ati aku sendiri. Aku yang usha dulu, tak kan la aku nak bagi chance kat orang lain lak.
And, ni kes pasal nombor fon lak. Lama gak rasanya aku minta nombor fon dia. Dia tanya aku, ‘awak guna celcom? Digi? Maxis?’ Aku jawab la. ‘Maxis’. Lama dia berdiam diri, baru dia balas. ‘Saya tak layan dg dengan maxis. Harap maaf’. Aku stuck sekejap! ‘Saya ada celcom juga’. Tak kan aku nak lepaskan peluang ni kot. Dia bagi nombor dia. Tapi tak semudah tu. Satu jam juga aku tunggu untuk dapatkan kesemua 10 digit nombor telefonnya. Aku kol, and tu la first time ever aku dengar suara dia. Manja jer bunyi suara dia. Getaran di hati ni, hanya Tuhan jer tau. Tapi aku masih dapat cover lagi. Gentleman ok. Hehe.

Semakin lama aku mengenalinya, semakin teruja untukku mendekatinya. Aku ingat lagi, Masa tu, aku tertekan sangat sampai boleh menangis dibuatnya. Dengan presentation yang ada masalah, kerja kumpulan, assignment, hal-hal family, duit, kerja part time dan macam-macam lagi. Semua benda ni berkumpul menjadi satu. Aku dapat rasakan, atiku terbeban dengan masalah ni. Ibtihana Imtiaz. Terima kasih kepada insan itu. ‘Allah takkan uji hambaNya jika Dia merasakan hambaNya itu tidak mampu untuk menerima dugaan itu..’ Masa tu, aku menangis. Betapa aku kerdil dan hina kerana melupakan pencipta apabila bahagia. Dia kol aku. Macam-macam perkara yang kami borakkan. Bila mendengar suaranya, aku dapat rasakan yang aku kembali bersemangat. Gelak ketawanya menjadikan hatiku lebih ceria. Ada jer benda yang ingin dia borakkan dan yang paling aku suka apabila dengar dia gelak time dapat kenakan aku. Kadang-kadang merajuk juga aku di buatnya, tapi dia ni pandai pujuk balik. Nak marah pun tak jadi. Memang nakal. Dia selalu meminjamkan bahunya untukku. ‘Saya kan ada’..ayat biasa dia kalau aku ada masalah. Dia minta alamat aku. aku tanya la, ‘Tak raya lagi, buat apa nak kirim kad raya..’ Aku saja nak kenakan dia. ‘Tak apa la, saya tahu saya ni siapa…’ Ayat ni lah aku paling lemah. Dia ni pandai buat aku rasa serba salah. Aku bagi juga, saja nak menyakat. Seminggu selepas itu, aku dapat hadiah. Hadiah ni akan ku simpan sampai bila-bila rasanya. Nak tau apa? Mesti korang fikir kek lapis Sarawak, tak pun ikan terubuk masin. Sebab pengirimnya Ibtihana Imtiaz Binti Imran. Terkejut aku hadiahnya seutas jam tangan. Jam tangan ultraman. Nak tergelak aku dibuatnya. Nak pakai pun tak muat. Aku tanya dia, nape bagi jam tangan cam tu kat aku. ‘Walau apa pun yang berlaku semasa kita masih hidup ni, tak kira susah ke senang untuk kita mengharungi nya, kita mesti tabah dan harus kembali kepada Sang Pencipta.’ Terharu aku. Aku tak sangka, ada makna jam tangan ultraman ni. Kiranya bentuk ultraman ni dia andaikan sebagai bentuk dugaan kita di uji. 

‘Awak sayang saya?’ Itu soalan cepumas yang aku dapat dari dia masa aku tengah ada kuliah. Macam mana nak focus dengan soalan macam tu. Dia da terima aku ke? Berbunganya ati aku time tu, Tuhan jer tau. dalam kelas yang paling membosankan pun aku boleh senyum sampaikan Amir pun pelik. Aku jawab la, ‘saya memang sayangkan awak. Nape?’ Berdebar-debar atiku menunggu mesej dia. ‘Saya pun sayangkan awak…..tapi, tak lebih dari seorang kawan. Saya sayang semua kawan saya..’. Pahitnya jawapan tu terpaksa ku telan jua. Nak buat macam mana. Aku memang selesa berkawan dengannya, begitu juga dengan dia.

Rupanya dalam keceriaan yang ditunjukkan, tersimpan satu luka lama. Luka yang masih berdarah. Pandainya dia sembunyikan rahsia atinya. Aku dah faham sangat perangai dia. Kalau dia cakap dia nak tengok bintang, mesti ada yang tak kena. Lately, dia selalu cakap, dia rindu nak tengok bintang. Tak ada bintang ke kat Sarawak sana? Pelik bin ajaib. ‘Saya tak ingin menjadi bulan.’ Aku bertanya kenapa, sebab bagiku, bulan kan cantik. ‘Biarlah saya menjadi bintang yang sentiasa menemani bulan untuk menerangi malam. Itu sudah lebih dari cukup untuk saya..’ Lama aku berfikir. Dalam maknanya.  Aku cuba untuk mengambil hatinya dengan caraku sendiri. Namun, aku kecundang di wajah penuh ketenangan itu. Rupanya aku bertepuk sebelah tangan dan sememangnya aku mengetahui hal itu. Aku yakin, dia mengetahui isi hatiku, namun dia menepis perasaan itu untuk terus hadir di hatinya. ‘Saya masih sayangkan dia..’ Aku terkesima. Itulah kata-kata keramat yang aku ingat sampai sekarang. Aku tahu, dia berusaha untuk menggembirakan semua kawannya, termasuk aku. ‘Bagaimana awak boleh sebegini tabah?’ Aku menahan kesedihan di hati. Sedih apabila mendengar ceritanya.
“Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat dimata kailmu,
Hendaklah kamu ambil terus ikan itu..
Janganlah sesekali lepaskan ia semula ke sungai,
Kerana bisa ketajaman mata kail dan mungkin ikan itu akan menderita selagi ia hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi  pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu,
Hendaklah kamu menjaga hatinya,
Janganlah sesekali tinggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
Dan,
Mungkin tak dapat lupakan segalanya selagi dia
Mengingatimu…”

Itulah jawapannya. ‘Saya hanya layak doakan kebahagiaan dia, bukan bersama dengannya..’ Aku tersentuh mendengar kata-kata itu, aku tak dapat bayangkan kalau aku ditempatnya.'Kalau masih sayang, cubalah ambil hati dia balik...'Aku tidak puas hati, mengapa dia harus mengalah sebegitu cepat. Aku terdengar dia tergelak di hujung talian.'Insyaallah.....'. Insyaallah? aku keliru. 'Insyaallah...???'. Terkeluar juga perkataan itu. 'Ya.Insyaallah..saya tak akan kembali dengan dia..' Kedengaran tenang sahaja suaranya. ehm..sampai ati gak lelaki tu wat Tia macam ni. Mungkin dia ada alasan yang sekukuh jambatan Pulau Pinang untuk meninggalkan kawanku ini. Perasaan aku terhadapnya masih ada, namun aku memahami dan menghormati keputusannya. Sekarang pun, aku masih contact dengannya seperti biasa, walaupun tidak sekerap dulu. Aku berharap, impiannya untuk menyambung pelajaran ke luar negara akan tercapai, amin. Mungkin dengan cara itu, atinya akan terubat. Siapa tahu kan. Dan sekarang ni, aku tengah cuba ‘usha’ sorang awek ni. Harap menjadi, hehe. Ibtihana Imtiaz, engkau seperti rumpai laut. Nampak lembut dan tidak kukuh, namun masih gah berdiri walau di pukul badai(betul ke perumpamaan ni? Ni akibat tido masa kelas BM dulu.). Ibtihana Imtiaz, aku dokan yang terbaik untukmu, sahabatku. Semoga Allah mengurniakan insan yang mampu menjaga atimu nan tulus itu….

(idea asal : Aitif Afifi)

aBc cAmpOr...

macam ni lah perasaan aku sekarang....(just gambar hiasan)

1)...first at all..nak kongsi rasa 'buhsan' yang melanda diri ni dengan you all sume..macam mana la penyakit buhsan boleh melanda sedangkan keja melambak...isk..tertidur dalam kelas lak tu tadi...aisehhhhh...nasib baik tak berdiri atas kerusi macam selalu kat sekolah dulu....
2)..rindunyer dengan Komeng....lama tak jumpa dia..peluk dia...gigit-gigit pipi dia yang tembam..tarik-tarik hidung dia yang mancung...tak pun paling kurang, tertendang dia kalau time tido...jgn salah faham, Komeng tu teddy bear...hihi..tiba2 leh rindu dgn kegemokan dia..haha..
3)..tadi makan malam kat Amjal dengan kawan2 dan junior..menu biasa : tomyam seafood + teh tarik + nasi putih...tomyam was the most of my feveret food..susah nak tukar menu lain, kau bagi seribu satu macam alasan pun, hatiku tetap pada tomyam.....yang aku tak pasti, sejak bila aku suka minum teh tarik, tak kira masa....aku suka tengok buih dia...menggoda! hahahaaa...
4)....lately, selalu tak sihat..aku pun tak pasti sebabnya....panadol da macam best fren..tak elok sebenarnya, tapi nak wat cam ner...a lot of things get worst and more badly..i can't answer by myself...depressed,.migraine, lost appetite,....ehm, susah nak luah kat orang ni..ada yang faham, dan tak kurang buat2 faham..it is better, aku write kat sini......
5)....kat sini..aku nak minta maaf kat seseorang, harap dia tak baca benda alah ni...i hurt his feeling damn much..i knew it, but i have no idea cam ner lagi nak suruh dia benci aku...aku tahu dia baik, dia boleh di katakan perfect, tapi aku tak akan dapat nak maafkan diri aku sendiri lagi kalau sekali lagi aku hampakan dia...please forgive me, aku tak nak kau terluka...maaf....kau lebih sesuai dengan dirnya, bukan diriku..
6)....sometimes, melepaskan apa yang kita pegang dan ada sekarang lebih baik dari kita terus menyakitinya secara diam mahupun terangan...

daaa.....nanti sambung lagi borak ek.. :)

Wednesday, January 5, 2011

...dan sesungguhnya

 Putera Kodok + Hana Hagemaru

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

  p/s : harap Putera Kodok suka.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...