Saturday, October 13, 2012

anak ke-2 :)

bismillah.. arini, aku terbaca satu post kat fb kawan..so aku share, sbb sgt berkaitan n kena ngn aku..benda ni just perkongsian semata2, kalo ada yg terasa, kebetulan jer kot...post kali ni berkaitan ngn ANAK no.2 dalam keluarga..sbb aku anak no.2.. :) ...
(gambaq d atas xda kaitan noh...saja2 jer letak..hehehe) --->ANAK MANJA EMAK ♥ sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu---> (ye ke anak emak?..aku rasa aku lagi rapat ngn ayah..kalo mak, abang aku ag rapat rasanya...)-----> ANAK DEGIL Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan---> (yg ni aku setuju..hehe..bak kata kawan aku, degil nak mampos..kepala batu, ati batu..wpun ati batu, dlm ati ada taman bungan dandelion tau...muahahaha!..ngee~)----> TAK PANDAI PUJUK memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)-----> (ni aku setuju jugak ni..aku x reti nk pujok, sapa majok ngn aku,mmg makan ati berulam jantung..kalo aku pujok, makin parah jdnya..ekekekekekeke!..sbb tu aku perlukan lelaki yg SGT penyabar.hehe)---> BERCINTA dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D -----> (agak la...)----> HITAM / PUTIH Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi----> (kena sgt kat batang hidung aku..hehehe~)----> HATI Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur----> BERDIKARI Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care----> (aku nak tunjuk kt org yg aku boleh buat!..bukan sbb nak menunjuk or takbur, tp aku nk buktikan, aku mampu n boleh buat apa yg org lain bleh wat :D)--> ARAHAN Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang----> (boleh..kalo kena ngn cara...kan ada demokrasi :)) --> PEMAAF & CARING tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah-----> PAKAIAN Nak semua up to date.semua nak kemas... sekian..tu jer aku nk kongsi..kalo kurang tu, maaf la ye..kta sama2 belajar dr kesilapan n kekurangan...wasalam :)

Thursday, October 11, 2012

my bestie a.k.a bff

bismillah....sesungguhnya, aku bersyukur,sbb masih d beri kesempatan untuk bernafas buat kesekian kalinya....entry kali ni aku nak dedicate kpd bestie aku dari masa aku sekolah zaman dolu2..hehe..----------->1st, Nurzawani Bt Mohd Irwan,lahir 27.o2.1988..dia da kawen da, and dh ada sorang anak..(dah jd makcik aku ni...x tua ag..hehe)...
------> 2nd,Norzailiza Bt Julai,lahir 1.07.1989 (dia muda dr kta org, dia masok ujian PTS dulu..ingt x? yg langkah setahun..dia la slh sorang insan bertuah tu..hehe)..skrng ni dia kt Uitm,Shah Alam..engineer in electrical, bukan enjin nyok..hehe..kt dlm pic ni, dia yg pakai tudung biru.. :) ....
--------> 3rd, Siti Zaharah Bt Sulaiman, lahir 16.07.1988..sabtu nih,13.10.2012 convo dia kt UMP pahang..engineer in chemical..engineer jugak dia nih..otak dua2 ketul kawan aku ni, cmfirm xda ruang utk sesawang labah2...hahaha..pa pe pun, aku nak ucapkan thniah kat Zahrah..congrats dear <3 ..
------> 4th, AKU sendiri..hehe..aku cuma ada 3 org jer bestie..walaupun kta org jarang jumpa, jarang msg..tp tu x bermkna kami x mengambil berat akan perihal kwn2 lain, tp biar la hubungan tu seperti angin..wpun x dilihat fizikalnya, namun dapat d rasa kehadirannya..kenangan dari 2001 (tingkatan 1) sehingga sekarang, ku sisip kemas dlm hati..walaupun kadang2 otak dorang ni senget, tp aku sygggggggggggggg sgt 10000X kt dorang..byk bnda da d kgsi bersama..i do love you all dear :) ......

Thursday, October 4, 2012

all about EVE

bismillah.... you all apa khabar..? aku sihat jer...aku baru pas keluar dr Midvalley..sesak siot, JUSCO wat sale..ergghhh,tp aku x beli pa pe pun,just window shopping..hee~......aku nak share banyak benda kt okrang ni, tp ari ni aku nak share satu jer dulu k...is about EVE ataupun kaum HAWA <3 ------>
‎~ Kesian Perempuan... diam — dia lemah . lantang — nampak salah . mesra — dia gatal . pasif — dipijak-pijak . kahwin — ’ bila beranak? ‘ . tak kahwin — pasti digelak . berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk . tak tutup — lagilah heboh . ... ... setia —dimadu laki . curang — dicanang keji . terlalu cinta — dimain-mainkan . terlalu berjaga — dimarah-marahkan . menangis —rimas selalu . mata kering — dipanggil kepala batu . buat betul —pelbagai benda dipersoal . buat silap — sekampung berbual . tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya.. cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi... ♥ insyaAllah...so,fikir2kan la apa yg aku da bg tau ni eh...nanti aku share ag yea..tc, nite..wasalam

Thursday, September 27, 2012

salam jumaat

bismillah.. salam jumaat :)-----aku just nak share ckit kat korang sume, supaya x la bosan baca status jiwang n mencarut aku. :) -----sume ni aku dapat dr fb, sharng from friends ----sama2 la kta beringat n beramal yea :D ------>
AKU telah DILAMAR oleh MALAIKAT MAUT... AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN... AKU bakal BERCERAI dgn DUNIA yang ku KEJAR... MAHARKU adalah NAZAK dan sepersalinan KAIN PUTIH... PELAMINKU diwangikan dengan GAHARU CENDANA... Disaat itu akan akan DIARAK dengan laungan AZAN.. BerAKADkan TALKIN, berWALIkan LIANG LAHAD, berSAKSIkan NISAN... pada MALAM PERTAMAku , aku akan DISERIKAN dengan persoalan MUNKAR dan NAKIR... Ingatlah..segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN..maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN..(✿◠‿◠) daaa....nanti kta share2 lagi yea..salam hujung minggu :D ... wasalam

renungan bersama 1

bismillah.. salam.. aku just nak share pe yg aku dapat dari fb..untuk menambah ilmu n pengetahuan..kalo terkurang tu,sama2 la kita belajar n menasihati yea :D ......... Wanita ibarat kelopak bunga.. Jgn dikasari, kelak hilang serinya.............Hati wanita lembut selembut kapas.......
Bahagia itu dari dalam diri,kesannya zahir,rupanya maknawi,,bahagia itu ada pada hati,bertakhta di kerajaan diri,terbenam bagai mutiara di lautan nurani..bahagia itu ada di jiwa,mahkota di singgahsana rasa..bahagia itu adalah suatu ketenangan..bila susah tiada gelisah,bila miskin syukur pada Tuhan,bila sakit tiada resah di jiwa..bukan kan Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah,jiwa kan menjadi tenang..semoga berbahagia selalu......... APA GUNA ADA , Rumah bertingkat-tingkat ,, Kereta berkilat-kilat ,, Duit berlipat-lipat ,, Isteri cantik memikat-mikat ,, Bkan 1 tapi empat ,, TAPI KALAU , Hati berkarat ,, Hidup tidak berkat ,, Ada duit tidak boleh bayar zakat ,, Nak pergi haji selalu tidak sempat ,, Isteri-isteri suka mengumpat ........... takat ni jer yea...nanti kta share ag .. wasalam..

Monday, September 3, 2012

Guru oh Guru

bismillah.. maaf, sekian lama aku menyepi diri.. terlalu sibuk dengan urusan duniawi..kebelakangan ini, ada yg memandang rendah akan profession kerjaya sebagai guru.. Adakah dengan perlambakan berita di dada akhbar dan media massa dewasa kini, yang berkaitan dengan isu-isu guru dan sekolah menjadi asas yang kukuh guru lain menerima tempias yang sama.. Guru manusia biasa.. Itulah masyarakat tak dapat nak terima. Aku akui, guru menjadi role model, tapi adakah golongan yang menuding jari kepada profession guru ini, berfikir sejenak..Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).. Ibu bapa juga guru kita,pensyarah juga guru..nama lain2, tapi maksudnya tetap sama..seseorang yang memberi ilmu kepada kita.. aku cukup pelik dengan perangai manusia yang tahu membuat pengakuan membuta tuli dan tidak berilmu berkaitan dengan kerjaya guru.. Jika tidak arif berkaitan sesuatu perkara, jangan banyak berkata2..kerana mulut badan binasa :) ni aku dapat share sikit perihal TUGAS2 guru selain MENDIDIK anak bangsa menjadi MODAL INSAN YANG BERGUNA :) Bila dh jadi cikgu..Baru kita tau susahnya jadi cikgu.. masa pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. masa aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. masa kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. masa RMT.. cikgu jd PELAYAN.. masa budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR.. masa ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. masa hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. masa persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI.. masa baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU.. masa budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. masa perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF.. masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.. masa masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. masa budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. masa budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. masa merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. masa budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS.. tanpa guru, mampukah kita membaca menulis mengira..??
tepuk dada, tanya iman..maaf,andai terkasar bahasa.. sekian.. wasalam

Sunday, May 13, 2012

terima kasih atas kelukaan ini

bismillah.. Apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Merunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun.. Masihkah ia seperti karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian.. Masihkah ia seperti bintang? Terang benderang menerangi kehidupan.. Apa khabar hati..? Soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab.. Soalan yang aku sendiri tak mampu nak rungkaikan kelukaannya.. tahun 2010..hatiku d duga dengan kelukaan yang aku sendiri tak tahu bagaimana ingin mengubatinya..penawarnya hanya insan yang memberi kelukaan itu..Namun aku sedar, hatinya bukan untukku lagi..sayangnya beralih dengan insan lain, cinta yg lebih indah berbanding kasihku....Dengan bertatih, aku bangun semula, meraih kekuatan yang ada. Dengan bantuan dan izinNya, aku mampu tersenyum kembali walaupun sumbang.. sekarang..tahun ini, hatiku diuji sekali lagi..dan sekali lagi aku terpaksa mencari jalan keluar..maruahku dihina, diriku dicaci, kasihku d pandang sepi, pengorbananku tak nampak walau sepicing pun di matanya....sekian lama aku memendam, sekian lama untukku menerima penghinaan demi penghinan...Aku tertunduk malu,Ya Tuhan, apa dosaku? Ya Tuhan, di mana silap aku menyayanginya? Aku tak pernah mengimpikan harapan yang aku bina dimusnahkan sebegini.. Ya Tuhan... masihkah aku punya peluang untuk hidup bahagia? Masihkah Kau ada bersamaku? masihkah ada kasihMu untukku? sakitnya tersenyum tatkala hati ni dilukakan oleh insan yang aku sayang..
aku mungkin tak leh lupakan dia..tp, hati ku...ku tutup rapat untuk kehadirannya kali ke dua...terima kasih untuk kelukaan ini.. wasaam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...