Monday, September 3, 2012

Guru oh Guru

bismillah.. maaf, sekian lama aku menyepi diri.. terlalu sibuk dengan urusan duniawi..kebelakangan ini, ada yg memandang rendah akan profession kerjaya sebagai guru.. Adakah dengan perlambakan berita di dada akhbar dan media massa dewasa kini, yang berkaitan dengan isu-isu guru dan sekolah menjadi asas yang kukuh guru lain menerima tempias yang sama.. Guru manusia biasa.. Itulah masyarakat tak dapat nak terima. Aku akui, guru menjadi role model, tapi adakah golongan yang menuding jari kepada profession guru ini, berfikir sejenak..Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).. Ibu bapa juga guru kita,pensyarah juga guru..nama lain2, tapi maksudnya tetap sama..seseorang yang memberi ilmu kepada kita.. aku cukup pelik dengan perangai manusia yang tahu membuat pengakuan membuta tuli dan tidak berilmu berkaitan dengan kerjaya guru.. Jika tidak arif berkaitan sesuatu perkara, jangan banyak berkata2..kerana mulut badan binasa :) ni aku dapat share sikit perihal TUGAS2 guru selain MENDIDIK anak bangsa menjadi MODAL INSAN YANG BERGUNA :) Bila dh jadi cikgu..Baru kita tau susahnya jadi cikgu.. masa pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. masa aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. masa kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. masa RMT.. cikgu jd PELAYAN.. masa budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR.. masa ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. masa hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. masa persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI.. masa baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU.. masa budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. masa perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF.. masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.. masa masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. masa budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. masa budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. masa merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. masa budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS.. tanpa guru, mampukah kita membaca menulis mengira..??
tepuk dada, tanya iman..maaf,andai terkasar bahasa.. sekian.. wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...