Friday, March 11, 2011

ku hanya ingin kau tahu....

ef

Tidak semudah itu….. Aku merenung lama kat senarai friends request. Aku bukan tak nak comfirm kan request dorang tu, tapi aku takut. Takut orang yang sama menyamar dengan menggunakan account baru. Setakat ni, ada 98 friends request yang aku terima. Dan dia yang ke 98. Terkejut beruk jugak aku. motif dia add aku balik??? Ehm..entah la..malas aku nak ambil pusing. Tak semudah itu untuk aku berbaik dengan orang yang tergamak lukakan perasaan aku. Dulu…dia sendiri yang mencanangkan satu dunia, bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang insan yang sungguh sempurna sifatnya.. Aku yang tidak mengukur di mana aku berdiri…di mana aku bersandar menumpang teduhan kasihnya….dahulu juga, bukan main lagi, ‘tak nak luka kan ati si dia’..sekarang, apa motif untuk add aku balik?? Untuk sakitkan ati aku lagi. Ehmm.. cukuplah Ahmad Iqmal………
Aku tak sangka…dia akan mucul lagi dalam hidupku. Bertahun aku menahan rasa di hati akibat perbuatannya dulu. Aku bangkit dengan rasa hati yang musnah. Sesungguhnya aku selalu membayangkan hidup bersama dengan dirinya. Aku,dia and our daughter jalan-jalan kat tepi tasik waktu petang. Aku akan merangkul lengannya dan our daughter akan berada kat dakapan dia. Sesekali dia akan mencuit hidungku. Namun……aku tahu…aku sedar…..aku bukan sesiapa dalam hidupnya untuk menumpang kasih itu..Bayangan itu yang selalu menggamit rinduku padanya. Dia mampu membuatku jatuh sayang dengannya, dan dia juga yang mampu membuatkan ku menahan rasa sakit ini.
Selepas kepergiannya dalam hidupku, tiada pengganti lagi untuk rasa itu. Aku kesepian ketika itu. Tiada teman untuk ku kongsi apa yang aku rasa. Aku terimbau dengan kenangan ketika bersama dengannya dulu. Aku kehilangan rasa percaya kepada cinta dan sayang. Dia meninggalkanku kerana menyangka aku telah menerima insan lain. Tapi hakikatnya…….Tuhan da buktikan siapa yang tergamak khianati cinta kami. Aku lepaskan semua rasa sayang itu kepadanya. Tidak ku tinggal sedikitpun untuk diriku. Aku hanya mempercayai dirinya. Aku hanya ada dirinya. Aku hanya ingin dia tahu, bahawa sayang aku hanya dirinya. Tidak pernah untukku pesongkan kepada yang lain.
Usahlah bersusah payah nak add aku balik…..mungkin kau ada alasan kau sendiri..Walau apa pun alasannya…aku tidak mampu untuk mengulang sejarah yang pernah berlaku dulu…biarlah kau dan aku hidup seperti sebelumnya..Semestinya kau sudah berbahagia, dah beranak barangkali….tumpukan sahaja perhatianmu pada dia……jangan luka kan hatinya seperti mana yang telah kau lakukan terhadapku….Semestinya dia mampu bahagiakan dirimu kerana kau telah memilihnya dengan menolakku jauh dari mu…dan sekarang, x perlu la kau nak mencariku lagi, walau hanya sebagai kawan, ku hanya ingin kau tahu bahawa aku TIDAK memerlukannya...
-terima kasih kerana sudi meninggalku dulu-
gh

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...