Friday, March 18, 2011

kerana...itu adalah dia


"Ko nak berkenalan dengan kawan aku tak?"...Soalan ni la yang aku malas sangat nak dengar..KLISE jer sume tu.
"Jantan eh??" Si minah ni mengangguk. 
"Asal kau mengeluh? Ko tak kenal dia ag. Dia keja kat bank tau.." Adeyhhh..tak paham ke minah ni yang aku tak minat nak dengar.
"Cleaner eh? Tak pun guard.." Segedebuk belakang aku kena tamparan. Mak aieh...peritnya ku rasa. 
"Ada ke pulak..Ko nak ke tak nak ni. Ni nombor dia...." Aku angkat g kuanter. Malas nak ambik pusing. Kedengaran kawan aku ni memekik bagai orang tiga suku bila aku malas nak layan.
"Bak sini nombor dia..." Aku ambik jugak, sebab nak jaga ati kawan. Kang dia kecik ati. Dah la dia cakap, dia susah2 cari nombor mamat ni semata2 nak kenalkan aku dengan dia.
"Na..ko nak tak. Shahril ada kawan dengan dak engineer. Ada la sorang dua yang single." Langkahku terhenti. Engineer??? Hehe..aku suka! Tapi...aku tak nak..just suka jer....hihi..
"Cerewetnya ko ni...". Serta merta mood aku hilang mendengarkan kata2 itu. Cerewet?? ehm...Aku duduk di satu bangku menghadap bangunan berkembar kebanggaan Malaysia...Nasib baik dorang dua2 ekor ni kawan aku dari sekolah rendah ag..kalo tak, pekena juga kata2 yg sedap dari aku..
"Memang aku cerewet.......sebab tu Iqmal tinggalkan aku...". Entah la, tiba2 jer aku leh ingat kat Iqmal. 
"Sorry la Na..kita orang tak sengaja.." Terasa berat hendak ku luahkan apa yang aku rasa time ni. Orang nampak aku ok...aku leh gelak2....tp..orang x nampak kalo aku nangis sorang2...orang x tau kalo aku teringat apa yang Iqmal da wat kat aku...Aku diamkan jer..Apa yang berlaku antara aku dengan Iqmal, masih menjadi rahsiaku sampai sekarang...Itu rahsia cinta kami, dan sekarang masih menjadi rahsia....aku tak ceritakan kepada sesiapa cacat cela dia...orang cuma nampak, kesilapan aku...
"Aku tak kisah dia keja apa, technician, askar, driver lori, kuli, pekerja ladang..apa ke..........aku tak peduli dia anak siapa.......aku tak akan bersuara kalo dia pernah jadi suami orang sebelum dia jumpa aku, dia pernah jual anak dara orang sekalipun........aku tak kisah sume 2........yang penting, hati dia., keikhlasan dia untuk terima diri aku seadanya...yang boleh hargai kehadiran aku kat sisi dia...."..Aku merenung langit yang ditaburi dengan bintang2 yang bergemerlapan..Cantik..
"Dah la tu Na...kita orang tak sengaja.."
"Apa maknya kalo dia ada degree...master..phd..kalo aku ni dia buat macam sampah!"..
"Ko jangan samakan lelaki lain dengan Iqmal...."
"Its ok Akma..Aku dapat terima da nape dia tinggalkan aku dulu..yang penting, korang ada untuk aku.." Gugur jua air mata yang ku tahan. Kawan2 la ada denganku masa aku keseorangan dulu, dan mereka sentiasa ada untukku...

p/s : terima lah dia seadanya, hargai dia...apa yang telah berlaku dengan nya suatu masa dulu, anggaplah itu kesilapannya dan belajarlah menerima kekurangan nya itu..dan cuba lengkapi dengan kelebihan yang ada dengan kita.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...