Thursday, September 27, 2012

salam jumaat

bismillah.. salam jumaat :)-----aku just nak share ckit kat korang sume, supaya x la bosan baca status jiwang n mencarut aku. :) -----sume ni aku dapat dr fb, sharng from friends ----sama2 la kta beringat n beramal yea :D ------>
AKU telah DILAMAR oleh MALAIKAT MAUT... AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN... AKU bakal BERCERAI dgn DUNIA yang ku KEJAR... MAHARKU adalah NAZAK dan sepersalinan KAIN PUTIH... PELAMINKU diwangikan dengan GAHARU CENDANA... Disaat itu akan akan DIARAK dengan laungan AZAN.. BerAKADkan TALKIN, berWALIkan LIANG LAHAD, berSAKSIkan NISAN... pada MALAM PERTAMAku , aku akan DISERIKAN dengan persoalan MUNKAR dan NAKIR... Ingatlah..segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN..maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN..(✿◠‿◠) daaa....nanti kta share2 lagi yea..salam hujung minggu :D ... wasalam

renungan bersama 1

bismillah.. salam.. aku just nak share pe yg aku dapat dari fb..untuk menambah ilmu n pengetahuan..kalo terkurang tu,sama2 la kita belajar n menasihati yea :D ......... Wanita ibarat kelopak bunga.. Jgn dikasari, kelak hilang serinya.............Hati wanita lembut selembut kapas.......
Bahagia itu dari dalam diri,kesannya zahir,rupanya maknawi,,bahagia itu ada pada hati,bertakhta di kerajaan diri,terbenam bagai mutiara di lautan nurani..bahagia itu ada di jiwa,mahkota di singgahsana rasa..bahagia itu adalah suatu ketenangan..bila susah tiada gelisah,bila miskin syukur pada Tuhan,bila sakit tiada resah di jiwa..bukan kan Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah,jiwa kan menjadi tenang..semoga berbahagia selalu......... APA GUNA ADA , Rumah bertingkat-tingkat ,, Kereta berkilat-kilat ,, Duit berlipat-lipat ,, Isteri cantik memikat-mikat ,, Bkan 1 tapi empat ,, TAPI KALAU , Hati berkarat ,, Hidup tidak berkat ,, Ada duit tidak boleh bayar zakat ,, Nak pergi haji selalu tidak sempat ,, Isteri-isteri suka mengumpat ........... takat ni jer yea...nanti kta share ag .. wasalam..

Monday, September 3, 2012

Guru oh Guru

bismillah.. maaf, sekian lama aku menyepi diri.. terlalu sibuk dengan urusan duniawi..kebelakangan ini, ada yg memandang rendah akan profession kerjaya sebagai guru.. Adakah dengan perlambakan berita di dada akhbar dan media massa dewasa kini, yang berkaitan dengan isu-isu guru dan sekolah menjadi asas yang kukuh guru lain menerima tempias yang sama.. Guru manusia biasa.. Itulah masyarakat tak dapat nak terima. Aku akui, guru menjadi role model, tapi adakah golongan yang menuding jari kepada profession guru ini, berfikir sejenak..Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).. Ibu bapa juga guru kita,pensyarah juga guru..nama lain2, tapi maksudnya tetap sama..seseorang yang memberi ilmu kepada kita.. aku cukup pelik dengan perangai manusia yang tahu membuat pengakuan membuta tuli dan tidak berilmu berkaitan dengan kerjaya guru.. Jika tidak arif berkaitan sesuatu perkara, jangan banyak berkata2..kerana mulut badan binasa :) ni aku dapat share sikit perihal TUGAS2 guru selain MENDIDIK anak bangsa menjadi MODAL INSAN YANG BERGUNA :) Bila dh jadi cikgu..Baru kita tau susahnya jadi cikgu.. masa pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. masa aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. masa kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. masa RMT.. cikgu jd PELAYAN.. masa budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR.. masa ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. masa hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. masa persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI.. masa baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU.. masa budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. masa perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF.. masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.. masa masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. masa budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. masa budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. masa merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. masa budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS.. tanpa guru, mampukah kita membaca menulis mengira..??
tepuk dada, tanya iman..maaf,andai terkasar bahasa.. sekian.. wasalam

Sunday, May 13, 2012

terima kasih atas kelukaan ini

bismillah.. Apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Merunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun.. Masihkah ia seperti karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian.. Masihkah ia seperti bintang? Terang benderang menerangi kehidupan.. Apa khabar hati..? Soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab.. Soalan yang aku sendiri tak mampu nak rungkaikan kelukaannya.. tahun 2010..hatiku d duga dengan kelukaan yang aku sendiri tak tahu bagaimana ingin mengubatinya..penawarnya hanya insan yang memberi kelukaan itu..Namun aku sedar, hatinya bukan untukku lagi..sayangnya beralih dengan insan lain, cinta yg lebih indah berbanding kasihku....Dengan bertatih, aku bangun semula, meraih kekuatan yang ada. Dengan bantuan dan izinNya, aku mampu tersenyum kembali walaupun sumbang.. sekarang..tahun ini, hatiku diuji sekali lagi..dan sekali lagi aku terpaksa mencari jalan keluar..maruahku dihina, diriku dicaci, kasihku d pandang sepi, pengorbananku tak nampak walau sepicing pun di matanya....sekian lama aku memendam, sekian lama untukku menerima penghinaan demi penghinan...Aku tertunduk malu,Ya Tuhan, apa dosaku? Ya Tuhan, di mana silap aku menyayanginya? Aku tak pernah mengimpikan harapan yang aku bina dimusnahkan sebegini.. Ya Tuhan... masihkah aku punya peluang untuk hidup bahagia? Masihkah Kau ada bersamaku? masihkah ada kasihMu untukku? sakitnya tersenyum tatkala hati ni dilukakan oleh insan yang aku sayang..
aku mungkin tak leh lupakan dia..tp, hati ku...ku tutup rapat untuk kehadirannya kali ke dua...terima kasih untuk kelukaan ini.. wasaam~

Saturday, April 21, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

bismillah..
Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu . Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. sekian.. wasalam

Thursday, April 12, 2012

KISAH KAABAH YANG JARANG KITA KETAHUI.

Bismillah..

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

والله اعلم.


wasalam..

TEKA TEKI DALAM AL-QURAN

bismillah..

Dapatkah anda menjawab Teka Teki ini ?


1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?
Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim

5. Wahyu terakhir diturunkan?
Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg hebah = al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara..jika 6 ditolak 6 bersamaan 0, tetapi jika 6 ditolak dengan (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) jawapannya jugak adalah 0 ... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah.
memandangkan Surah Taubah tiada "bismillahirrahmanirrahim "maka sepatutnya ada 113 "bismillahirrahmanirrahim"
tetapi bila dikira balik ada 114 "bismillahirrahmanirrahim"
dalam surah manakah letaknya "bismillahirrahmanirrahim" yang satu lagi?
Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30. Ayat dlm Surah An-Naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada Ratu Balqis.


9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun kehairanan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.

Soalannya - manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

10. Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?
Jawapan: Surah Al-An'am.

11. Surah ape yang tiada huruf Mim...?
Jawapan: surah Al-Kauthar

12. Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.

والله اعلم


wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...